Tuesday, August 5, 2014

SEKOLAH SATU SESI: SATU PANDANGAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sistem sekolah satu sesi atau persekolahan sebelah pagi, merupakan hasrat Kementerian Pendidikan yang dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 2017.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan dipetik sebagai berkata, kurang 20 peratus daripada keseluruhan sekolah di seluruh negara yang masih mengamalkan sistem persekolahan dua sesi. Antara kekangan melaksanakan sekolah satu sesi adalah keperluan menambah bilangan bilik darjah dan mengatasi masalah kekurangan guru. (SINAR; 10 Oktober 2012)
    
Banyak kebaikan daripada pelaksanaan sekolah satu sesi. Antaranya, tempoh masa boleh dilanjutkan dengan menambah satu atau dua jam untuk mata pelajaran Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris. Perbelanjaan pengurusan sekolah juga lebih jimat kerana semua pelajar dan guru berada di sekolah pada satu sesi.
Di samping itu, sesi pembelajaran dari pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang memberikan masa yang panjang kepada pelajar untuk belajar dan berinteraksi dengan guru. Dari sudut psikologi pendidikan, pembelajaran sebelah pagi lebih memberi keselesaan kepada pelajar kerana cuaca dan persekitaran pada waktu pagi lebih nyaman dan mengurangkan rasa mengantuk. Justeru, pelajar dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran dan seterusnya memberi kesan yang lebih baik.
Sekolah satu sesi juga memberikan peluang yang lebih selesa kepada sekolah untuk mengadakan kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum boleh diadakan pada waktu petang dengan lebih mudah untuk mendapatkan bilik kegiatan serta tiada gangguan.
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga mensasarkan pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi sepenuhnya sekiranya mendapat peruntukan yang besar.

Kendatipun kerajaan melakarkan hasrat yang baik, langkah untuk mewujudkan sekolah satu sesi memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Kerajaan perlu mendirikan bangunan bilik darjah yang lebih banyak dan kawasan yang lebih luas diperlukan untuk tujuan terebut. Keaadaan ini sukar untuk dilaksanakan di kawasan bandar kerana kawasan agak terhad, dan kos pembinaannya lebih mahal.

Saya yakin dan percaya, usaha ini dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila kita mempunyai kemampuan kewangan yang stabil. Insya-Allah, sekolah satu sesi akan dapat dilaksanakan. 

2 comments:

  1. Tak guna gak kalau tempoh pelajaran disekolah jadi panjang kalau kualiti guru masih ditakuk lama...kita hanya meningkatkan kuantiti jam disekolah bukannya kualiti....sebab tuh lah pusat tuisyen tumbuh bagai cendawan kerana pelajar cuba cari jalan keluar terhadap masalah ni....Kualiti guru subjek kritikal math,b.Inggeris,fizik,kimia dan sebagainya adalah meragukan....Kalau kualiti tenaga pengajar tak ditingkatkan, sekolah satu sesi ini sebenarnya akan memerangkap pelajar n menjerumuskan mereka ke dalam masalah yang lebih besar lagi.....keadaan sekarang tak ubah macam tikus membaiki labu makin teruk je jadinya, sakit kepala tapi bagi ubat sakit lutut....Terlalu nak ikut model negara luar tanpa melihat secara terperinci kemampuan n kualiti guru2 kita dulu...umpama ada kete nak upgrade enjin jadi laju macam kete kawan kite tapi tayar pancit tak diganti....Model2 negara2 lain yg dah berjaya wajar dicontohi tapi problem di Malaysia nih ialah persoalan2 paling mendasar/asas pon tak diatasi dulu tapi ada hati nak wat itu ini....macam budak2 nak lari tapi merangkak pon failed lagi....

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...