Thursday, December 18, 2014

DOAKAN KAMI DAPAT MELAKSANAKAN UMRAH DENGAN SEMPURNA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Semuanya bermula apabila kami mendaftarkan giliran menunaikan ibadah haji untuk mak dan ayah mertua saya. Ketika itu tahun 2012, kalau tidak salah saya. Usia mertua saya sudah mencapai warga emas, dan tentulah kudrat mereka tidak sekuat saya dan isteri. 
  "Bila gilirannya?" Tanya ayah mertua saya sebaik kami berurusan di kaunter Tabung Haji Dungun.
"Hermmm, lambat lagi Bak." (panggilan saya kepada ayah mertua)
"Tahun 2045..," Jawab isteri saya pendek.
Kami saling berpandangan.  Semua diam. Persoalan yang bermain di fikiran, adakah sempat membawa mereka menunaikan haji pada tahun tersebut.
Ketika mendaftar haji pun, usia Bak mencecah 72 tahun manakala ibu mertua saya pula 66 tahun.
"Bak dah tak ada waktu tu...", kata Bak optimis dengan nada sayu. 
Ayatnya pendek tapi cukup merentap perasaan. Isteri saya bertekad tetap ingin membawa ibu dan bapanya ke sana, sekurang-kurangnya untuk mengerjakan umrah dahulu.

Saya tekad untuk membuat rayuan, tetapi agak sukar kami mendapat tempat kerana senarai rayuan juga panjang. Ini tahun ketiga saya membuat rayuan dengan harapan musim haji 2015 nanti kami dapat membawa mertua ke sana. 
Akhirnya kami membulatkan tekad membawa mertua menunaikan umrah terlebih dahulu.
Tempat di TH Travels pada awalnya dijanjikan ada, dan kami akan bertolak pada 16hb Disember, pulang pada 27hb berikutnya. Entah di mana silapnya, tempat kami diambil oleh pihak lain. Dalam keadaan serba kalut itu, seorang rakan kami, ustaz Fadzli menawarkan empat tempat untuk umrah Disember, iaitu pada 19hb Disember dan pulang ke tanah air pada 30 hb berikutnya melalui Omega Travel.
Alhamdulillah, ada rezeki untuk membawa ayah dan mak mertua saya ke sana. Segala urusan perjalanan setakat ini sudah dibereskan. Doakan kami selamat pergi dan balik. Doakan juga semoga Allah permudahkan urusan ibadah umrah yang bakal kami laksanakan. 

Maafkan segala silap dan salah sepanjang kita berkongsi ruang di media maya. Kalau ini adalah posting akhir saya, siapa tahu, sebab kata Imam Al-Ghazali, perkara paling hampir dengan manusia adalah mati!

7 comments:

  1. Assalam Tuan Semoga selamat pergi dan balik. Semoga segala urusan disana nanti di permudahkan ALLAH swt...amiiin..

    ReplyDelete
  2. Jika dinama kan rezeki cikgu.
    Kami suami isteri berdaftar utk umrah bulan April 2014. Tetapi akhirnya tak dapat pergi kerana visa tak lepas..aza menarik diri kerana di waktu yang sama juga kesihatan mak aza semakin merosot..uzur..sehingga aza mengambil cuti menjaga mak di wad. kekangan visa rupanya ada hikmah..aza dapat menjaga mak sakit..

    akhirnya rombongan kami mendapat pelepasan visa pada 13 Disember..suami pergi dahulu..aza di kampung menjaga mak..tak mengapa..ada hikmahnya disitu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Subhanallah... Wamakaru wamakarallah, wallahukhairul makakirin. Kamu merancang, Allah merancang dan Allah sebaik-baik perancang.
      Azza, jaga dan berbakti sementara masih ada peluang.. Terbaik!

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Selamat menunaikan ibadah UMRAH tuan. Saya doakan agar rombongan tuan selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.


    (TETUAN SAFARIN & CO)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...