Marah adalah perasaan tidak puas hati yang tidak dapat dibendung yang membawa kepada perkara yang di luar batasan. Jadi Islam mengajar utk menahan marah seperti berikut:
Pertama
Melatih diri untuk bersifat baik dan positif seperti lemah lembut, sabar, dan tenang dalam menghadapi situasi yang menimbulkan kemarahan.
Dalam satu kisah, Rasulullah saw telah menunjukkan contoh terbaik kepada kita dalam menangani kemarahan. Suatu hari seorg lelaki yg bernama Zaid bin Sa’nah (sebelum keislamannya), datang berjumpa Nabi Muhamad SAW untuk meminta hutang daripada Nabi SAW namun belum masanya lagi hutang itu dibayar. Zaid datang dengan penuh kekasaran. Nabi menyambut kedatangan Zaid dengan senyuman dan berlapang dada. Umar mengherdik Zaid atas kekasaran Zaid terhadap Rasulullah SAW. Maka, Nabi pun berkata kepada Zaid dan Umar, “Aku dan dia(Zaid), kami lebih memerlukan kepada sikap yang lain daripada apa yang kamu tunjukkan wahai Umar. Engkau sepatutnya menyuruh aku supaya membayar dengan baik dan menyuruh lelaki tadi (Zaid) meminta dengan cara yang baik”
Para sahabat berbesar hati membayarkan hutang tersebut namun Nabi telah membayar lebih daripada hutang tersebut sebagai tanda memujuk Zaid atas sikap kasar Umar terhadapnya.
Akhirnya Zaid memeluk Islam setelah melihat kebaikan akhlak Nabi s.a.w.
(hadith riwayat Ibnu Hibban al-Hakim dan at-Thabrani)
“Orang-orang yang bertakwa ialah orang yang berinfak baik pada waktu lapang mahupun sempit, dan orang yang menahan amarahnya dan memaafkan kesalahan org lain, dan Allah mencintai orang yang berbuat kebaikan” (Al-imran:134)
Nabi SAW bersabda bermaksud :
“Sesiapa yang menahan marah sedangkan dia mampu melepaskan marahnya Allah akan memanggilnya pada hari kiamat di hadapan sekalian makhluk sehingga Allah memberinya pilihan untuk dia memilih mana mana bidadari”
(hadith riwayat Ahmad, Abu Daud & At-Tirmizi)
Kedua
Orang yang marah hendaklah mengubah kedudukannya dari berdiri kepada duduk, apabila kedudukan seseorang yang marah itu berdiri maka memudahkan dia untuk mengambil tindakan atas amarahnya.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
”apabila seseorang kamu marah dalam keadaan berdiri hendaklah dia duduk, jika masih tidak hilang kemarahannya hendaklah dia berbaring secara mengiring”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
Ketiga
Tidak berkata-kata kerana kata-kata boleh menambahkan kemarahan dan kata-kata yg telah dilafazkan membuatkan timbul rasa penyesalan tika perasaan marah telah reda
Nabi SAW bersabda maksudnya :
”apabila seseorang kamu marah hendaklah dia diam"Nabi saw mengucapkannya 3 kali”
(Hadith riwayat Ahmad, Tarmizi & Abu Daud)
Keempat
Berwudhuk, kerana kemarahan datang daripada syaitan yang dicipta daripada api, maka yang demikian hanya air (berwudhuk) yang dapat memadamkannya dengan izin Allah dapat meredakan kemarahan.
Nabi SAW bersabda maksudnya :
“sesungguhnya kemarahan adalah daripada syaitan dan syaitan dicipta daripada api, apabila salah seorang kamu marah maka hendaklah dia berwudhuk”
(Hadith riwayat Ahmad & Abu Daud)
“Ketahuilah sesungguhnya kemarahan adalah bara yg marak menyala di dalam hati anak adam”
(Hadith riwayat Ahmad & Tarmizi)

Rujukan: Al-Wafi Fi Syarhil Arbai'in an-Nawawiyyah oleh Dr Mustafa al-Bugho
dan Dr Muhyiddin Mistu.
perkongsian yang bagus ni tuan.
ReplyDeleteTerima kasih tuan... Sudikan singgah lagi.
Delete