Tuesday, March 3, 2015

KEPUTUSAN SPM 2014

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Hari ini, Selasa 3 hb MAC 2015, keputusan SPM 2014 akan diketahui seawal 10 pagi di sekolah masing-masing. Bagi mereka yang menunggunya, detik ini menjadi satu igauan, sama ada bakal memperoleh keputusan yang baik, atau sebaliknya. 

Jika baik keputusannya, peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi amat cerah. Ia adalah tiket ke universiti atau pusat pengajian tinggi yang lain. Jika sebaliknya, ia bukan penamat dan pengakhiran hidup.

Saya imbau kembali kenangan mengambil keputusan SPM 1988, di SMK Ahmad Boestama, tempat saya menimba ilmu dahulu. Keputusan saya agak baik tetapi peluang untuk ke maktab perguruan (ketika itu maktab perguruan menjadi pilihan utama rakan-rakan yang mendapat keputusan cemerlang) buat saya agak tipis. 

Saya meneruskan pengajian hingga ke peringkat STPM di sekolah yang sama. Akhirnya saya dapat juga menjejakkan kaki ke menara gading. 

MORAL: kini banyak peluang untuk pelajar melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi. Keputusan SPM hanya permulaan langkah ke arah yang lebih jauh. Moga anda berjaya mencapai cita-cita.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...