Thursday, June 22, 2017

KENANGAN BERSAMA MAK

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pagi ini, saya berkesempatan memberi ucapan kepada pelajar dan guru sempena hari lebaran yang bakal menjelang pada 25 JUN 2017 nanti. Kami di SMKSB mengadakan majlis Lambaian Aidilfitri, dan selepas itu diadakan Temu Murni (Penyerahan slip peperiksaan pertengahan tahun kepada ibu bapa) selepas pukul 10 pagi. 

Di hadapan pelajar dan guru, saya ceritakan kenangan bersama arwah mak, Aminah binti Md Husin. Tiada gantinya buat arwah mak. Entah mengapa saya tiba tiba menjadikan mak sebagai subjek utama ucapan saya pada majlis yang sepatutnya disambut secara gembira. Namun begitu, saya kongsikan dengan pelajar saat saat akhir mak bersama kami adik beradik. Sebak juga saya menceritakan kisah mak ketika di HSM dan HRPB. 

Mak meninggalkan kami pada 23 Ramadhan, tahun 2005. Sejak itu, saya terasa kehilangan seorang yang rapat dengan saya. Saya ingatkan kepada pelajar, supaya tidak mensia-siakan ibu mereka ketika masih ada peluang. 

Ketika saya bercerita kisah mak, audiens termasuk guru senyap. Ada juga pelajar perempuan yang menyeka mata yang bergenang. Mungkin mereka juga teringatkan kepada ibu masing masing.

Hakikatnya, mak takkan kembali lagi. Saya doakan dapat berjumpa mak lagi di syurga. 

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...