Saturday, June 3, 2017

TRAGEDI PEMBUNUHAN ZULFARHAN DI UPNM

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Kematian seorang siswa tahun 3 Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, baru -baru ini mengejutkan kita. Zulfarhan Osman bin Zulkarnain, 21 diberitakan maut akibat kesan dipukul dan didera dengan seterika panas. Ia bukan perkara baharu, sebaliknya bagaikan skrip lama yang diulang kembali. Kes buli yang semakin membimbangkan sehingga meragut nyawa insan tidak sepatutnya berlaku di sebuah negara yang kononnya mempunyai rakyat yang bertamadun. 


Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPNM Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berkata pihaknya telah bermesyuarat bersama bahagian pengurusan tertinggi ATM susulan kematian siswa malang tersebut.

"Dalam mesyuarat tersebut, ATM dan UPNM bersetuju menubuhkan jawatankuasa  bagi menyiasat kematian Allahyarham," katanya kepada Bernama.

Menurut kenyataan Bahagian Hal Ehwal Awam, Markas ATM, Zulfarhan Osman berasal dari Johor Bahru dan merupakan penuntut tahun ketiga Jurusan Kejuruteraan Elektrik.

Penuntut UPNM itu meninggal dunia di Hospital Serdang dengan kesan lebam dan melecur di badan, menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Fadzil Ahmat.

"ATM memandang serius kejadian ini dan akan melaksanakan siasatan dalaman bagi mengetahui punca kejadian," kata kenyataan Markas ATM itu.


Ia menegaskan tiada kompromi akan ditunjukkan ke atas mereka yang terlibat dalam apa jua pelanggaran undang-undang dan peratuan serta mengambil tindakan tegas ke atas mereka yang berkenaan.

Hakikatnya, nyawa Zulfarhan yang melayang akibat tindakan ganas, tidak dapat dikembalikan. Ia seharusnya menjadi pengajaran kepada kita, dan dinoktahkan, tidak kira di mana-mana institusi pengajian di negara ini. 

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...