Saturday, January 17, 2009

Akhirnya Kuala Terengganu Milik PAS!


Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Sekeping foto boleh memberi seribu cerita. Ia juga menjelaskan bahawa akhirnya teka teki siapa akan menguasai parlimen Kuala Terengganu terjawab juga pada hari ini.

PAS menang dengan majoriti yang lebih besar berbanding kemenangan BN pada 2008.

Sebenarnya, aku hairan, mengapa PAS boleh menang? Bukan tidak yakin, tapi selama kempen dijalankan, seolah-olahnya berita di akhbar dan TV memberi gambaran pengundi KT telah sepakat akan mengundi BN. Apakah pemberita dan wartawan sudah terlalu buta untuk melihat situasi yang berlaku di sana, lalu memberi kredit kepada berita tentang BN? Tidakkah aspek pemberitaan yang dibuat secara melampau ini akhirnya 'makan tuan'?

Banyak cerita menarik yang terjadi di pilihan raya kecil KT. Antaranya, Pengerusi SPR untuk pilihan raya kecil ini, yang juga Datuk Bandar Kuala Terengganu, telah melepaskan jawatannya setelah ada suara-suara mendakwa (masakan pokok bergoyang kalau tiada angin..) beliau memberi arahan langsung kepada kaki tangan kerajaan negeri agar menyokong BN. Ini juga sebenarnya tidak membantu kempen BN, sebab masyarakat hari ini tidak boleh ditakut-takutkan sebegitu rupa.

Tentulah PakDin (Mountdweller) tersenyum sokmo dengan berita kemenangan ini.

Aku berpendapat, bedah siasat yang lebih menyeluruh akan dibuat oleh penganalisis politik yang lebih terampil. Hendaknya, janganlah menyembunyikan fakta, mengapa BN gagal di KT. Paklah dan Najib harus diberitahu secara jujur tentang kelemahan BN atau tokoh-tokoh pilihan mereka.

Dr. Agus Yusof (UKM) pada aku, adalah antara penganalisis yang jujur dalam memberi pendapat tentang politik Malaysia masa kini. Yang lainnya, lebih kepada menjaga kepentingan pihak tertentu dan periuk nasi sendiri.

Tahniah kepada semua petugas pilihan raya, seperti penampal poster, tukang rayu undi, tukang tebang buluh, tukang jerit, tukang pacak bendera dan semua yang terlibat dalam pilihan raya ini, khususnya pengundi di KT, anda telah menyuarakan hak anda. Alhamdulillah, demokrasi kekal subur di Malaysia, biarpun ada kalanya aku kecewa dengan liputan berita di TV3 dan RTM...


9 comments:

  1. aik, tu jer?

    Misteri sungguh, macam Maksu gak..

    ReplyDelete
  2. Cikgu ein.. biasalah kan berita nasional kita byk memihak pada kepentingan tertentu ;)

    Nampaknya rakyat di situ mahukan perubahan kan ;)

    ReplyDelete
  3. Berahimnyok,
    Bangkai gajah tidak boleh ditutup dengan sehelai daun..

    Bangkai gajah yang baunya tengik dan pengik itu mahu ditutup tutup tapi bau itu telah sampai seluruh pelusuk dunia hatta ke Monggolia..

    Seorang wanita mungkin boleh dibom dan hancur mancur dagingnya tapi dua Malaikat yang berada di kiri dan kanan kita yang menjadi penyaksian mana mungkin diletupkan.

    lambat laun jer....

    ReplyDelete
  4. ini padangan teman yop.

    selain dari arus perubahan tu dah mula menyelinap keakar umbi : Ezam + TV3 + TPM membantu PAS secara senyap.
    membantu membuatkan orang semua sakit hati dan meluat nak pangkal BN.

    rasanya yop ada yg meluahkan marah @ meluat dikertas undi....yang penting parti ko mesti kalah ! tentang siapa yg nak menang tak penting ( itu satu kajian dan pandangan )

    BN + TV3 + EZAM : kena belajar dari Permatang Paun dan KT.

    Teman marah benor tgk TV3 pada satu pagi...
    Teman getik benor tgk Ezam....siapa Anwar.Munafik tu ke !!!!tersirap darah....( dlm satu blog kerajaan )

    ReplyDelete
  5. salam..
    Alhamdulillah
    rakyat pndai mnilai ant kca dan permata..
    pentas ngara mula b'taring'
    tp kampus msih dkuasai ASPIRASI
    doakan..

    ReplyDelete
  6. Baru lega tgk berita pukul 8 mlm. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  7. aik? patutlah tersedak2, brahimnyior sebut nama saya tadi.

    saya pun nak cakap, hehehehe, tahniah (lebih sikit dari razor)

    ReplyDelete
  8. Buat semua rakan blogger, makaseh sudi tinggalkan jejak.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...