Sunday, January 25, 2009

BELASUNGKAWA UNTUK APIS DAN TOYEN

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Bagi yang telah mempunyai anak yang sudah bekerja, bayangkanlah perasaan anda jika menerima panggilan daripada polis seperti yang dilalui Abang Dollah, bapa Hafirul Hafis.

Telefon bimbit Abang Dollah berbunyi ketika jarum jam menghampiri ke 3 pagi.
Abang Dollah : Hallo, siapa ni?
Polis : Maaf encik, ini Encik Abdullah bin Hashim?
Abang Dollah : Ya, saya bercakap. Mengapa?
Polis : Ini dari Balai Polis Teluk Intan. Sarjan xxxx bercakap. Encik ni, ayah kepada Hafirul Hafis?
Abang Dollah : Ya,..ya saya. Apa dah jadi dengan anak saya, tuan?
Polis : Banyakkan bersabar, Encik Abdullah. Anak encik terlibat dalam kemalangan jalan raya di sini jam 1 pagi tadi. Harap encik dapat ke sini atau ke Hospital Teluk Intan.

* Dialog di atas aku gubah melalui penceritaan semula oleh Abang Dollah sendiri semasa menerima berita kemalangan maut anaknya, Hafirul Hafis dan rakan sekampungnya, Mohd Shahrin Nizar (Toyen).

Kedua-duanya, Apis dan Toyen, adalah bekas pelajarku dahulu. Aku tak pasti usia mereka, tapi sekitar 24 dan 25 tahun.

Tapi yang agak rapat denganku, pastilah Apis, yang telah berjaya kubentuk dan kugilap menjadi Pengakap Diraja semasa di SMKBS. Dia baru menerima anugerah pengakap Diraja daripada Raja Nazrin Shah, pada Jun 2008 yang lalu. Betapa bangganya dia ketika itu. Aku juga rasa terharu sebab amat jarang pelajarku menerima anugerah tersebut. Sanggup dia bercuti dan pulang semata-mata untuk menerima anugerah itu.

Apis yang aku kenali, bukanlah pelajar yang cemerlang dalam akademik, tapi sangat berdisiplin dalam kerja-kerja kepengakapan.

Tragedi mereka bermula apabila bertolak selepas Toyen tamat kerja di Pos Malaysia Klang, jam 10 malam. Khabarnya mereka pulang ke Lekir sempena cuti TBC yang baru bermula. Menurut cerita Abang Dollah, Apis menunggang sementara Toyen membonceng. Ketika perjalanan hampir ke penghujung, mereka mengelak anjing yang menyeberang, lalu bertembung dengan lori AYAMAS. Apis parah di kepala, manakala Toyen remuk dada, menyebabkan kedua-duanya meninggal dunia di situ juga.

Ketika aku menziarahi Toyen, jenazahnya sedang dimandikan. Aku bergegas ke Tg Kepah untuk menjenguk jasad Apis buat kali terakhir. Ketika membacakan Yassin di sisi jenazah, aku terasa sebak, mengenangkan kenangan dia berlatih menari dabus, membuat ikatan bunga keti, buku sila dan genggam monyet, mengajar aku membuat gajet pengakap, dan memori itu bermain-main di kepala ketika aku menziarahi jenazahnya. Tidak sanggup rasanya melihat keadaan jenazahnya yang terbujur kaku.

Aku hanya mampu memujuk hati, bahawa Apis dan Toyen disayangi oleh Allah Maha Pencipta. Biarlah mereka pergi dengan tenang. Jika hidup pun, pasti cacat, sebab lukanya amat parah.

Sayunya melihat foto Apis menerima anugerah Pengakap Diraja di dinding rumahnya tadi. Aku takkan menerima lagi mesej daripada Apis, tetapi kenangan bersama bekas pelajar sepertinya terpahat kekal di dalam hati.

Al-Fatihah untuk Apis dan Toyen..Berita di Metro

11 comments:

  1. Al Fatihah. Bersabarlah Cikgu.....

    ReplyDelete
  2. salam cikgu..tu la jue pon sebak bila abah jue bagi tau tadi...apis tu sebaya ngan adik jue..23 tahun..walaupon dia nakal skit..tapi dia cukup hormat pada orang tua..tapi nakal2 budak muda..dia kalau jumpa saya mesti pangil 'akak' sambil tunduk hormat..dgn senyuman...sedih tul dgr...tapi tuhan lebih syangkan dia..kita doakan lah dia agar ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman..amin..al-fatihah.

    ReplyDelete
  3. al fatihah

    takziah dari kami sekeluarga

    4 kematian dalam masa sehari. 3 dari dalam blog. satu dari kg batu rakit.

    p/s: isteri tokey kedai yang betul2 depan masjid meninggal.

    ReplyDelete
  4. Razor,

    Su isteri Cek Tar ker?

    Selalu saya usik dia, kalu singgah di kedai Cek Tar. Alfatihah..

    ReplyDelete
  5. Pokli dan Jue,
    Begitulah janji Allah. Kematian sudah pasti. Yang pasti, kita juga akan melaluinya satu masa nanti..

    ReplyDelete
  6. yer sue che puang cek ta,

    oo kenal ke?

    dia mmg selalu suka bergurau.

    ReplyDelete
  7. Innalillah..

    Seorang guru terpaksa melepaskan 2orang bekas anak muridnya pergi..

    dan

    dua keluarga terpaksa melepaskan ahlinya pergi dulu..

    semoga roh keduanya dirahmati Allah.

    amiiinn.

    ReplyDelete
  8. Semoga roh mereka dirahmati Allah.. salam takziah

    ReplyDelete
  9. Ashley dan Iina,
    mkaseh bebanyak. Arwah Apis tu tinggi dan hensem budaknya.

    ReplyDelete
  10. Semoga roh mereka dirahmati Allah.

    Menerima panggilan tengah malam atau awal pagi sering membawa berita buruk.

    ReplyDelete
  11. masa arwah mak saya xsiden, gitu jugaklah, tapi yang called, member opis, saya sedang hadiri kursus plaks tu. habis tu, kemas barang ler, called husband suruh ambil saya, baru gerak balik. :(

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...