Monday, January 5, 2009

Masya-Allah, Zaman Jahiliahkah Ini?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Membaca Harian Metro, bertarikh 4 Januari semakin menakutkan aku. Apakah ini bakal generasi masa hadapan yang ingin kita lihat?

Benarlah kita semakin dihanyutkan dengan budaya hedonisme. Apakah hedonisme? Hedonisme adalah satu bentuk budaya yang dipelopori pada era 70-an, ketika ganja dan mariajuana menjadi kebiasaan dalam masyarakat di Amerika. Ia berteraskan seks bebas, hiburan dan keseronokan semata-mata. Budaya ini cepat menular ke negara kita, termasuk di IPT awam ketika itu. Lantaran itu, ia mewujudkan ruang untuk gerakan Islam seperti ABIM, JIM mengisi ruang alternatif.

Sebenarnya ini bukanlah perkara baru dalam masyarakat. Budaya zina (disebut secara bersopan-mengadakan hubungan seks tanpa nikah) sudah wujud pada zaman Jahiliah lagi. Kini, sama ada suka atau tidak suka, kita harus menerima hakikat zina di peringkat remaja semakin menjadi-jadi di negara kita. Remaja yang baru mengenal dunia, pada usia muda seawal 10-15 tahun, sudah menyerahkan tubuh mereka untuk dinikmati jantan sundal yang bukan bergelar suami. Mereka seronok melakukannya. Bacalah dan terimalah kenyataan ini. GENERASI MALAYSIA SUDAH SEMAKIN ROSAK, DAN IA PERLU DIPULIHKAN SEBELUM MENJADI LEBIH PARAH.

Apakah kita wajar berpeluk tubuh dan membiarkan ini dipikul oleh uru dan kerajaan?

Sudahlah, berpolemik dalam politik tidak menyelesaikan masalah. Kita ada masalah yang perlu kita selesaikan. Meletakkan penyelesaian pada satu pihak, bukan penyudahnya.




6 comments:

  1. Salam cikgu Izzuddin...

    Alahai lamanya saya tak masuk ke sini. Sibuk sikit, tak dapat lawat semua blog kawan-kawan dalam satu masa. Apa khabar, cikgu?

    Masalah salah laku menjadi tanggung jawab semua pihak - ibubapa, masyarakat dan pemerintah. Jika semua pihak mengambil berat masalah ini dan bertindak serta memainkan peranan masing-masing tentu masalah ini dapat dibendung. Masalahnya sekarang semua pihak tak jalankan peranan. Ibubapa sibuk mencari harta hingga anak-anak terabai, masyarakat mengamalkan prinsip "tak nak jaga tepi kain orang" dan pemerintah pulak sibuk bercakaran sesama mereka dalam politik sehingga tiada masa untuk memberi tumpuan terhadap menangani masalah dan pendidikan kanak-kanak dan remaja. Bolehlah kita katakan kanak-kanak dan remaja kita terbiar tanpa pengawasan dan tunjuk ajar.

    ReplyDelete
  2. Metro Semalam : dari 20 remaja dikata 17 dah tak ada DARA.dan MALU kalau masih ada DARA.

    Masyallah yop : itu yang saya dan kami hadapi di komuniti setempat. Apa yg boleh kita katakan. Perlaksanaan demi perlaksaan program yg menjuruskan kearah kesedaran tidak disambut dengan baik ( TERUTAMANYA dari masyarakat persekitaran ). Sebagaimana kata Puan Tirana : demi untuk tidak MENJAGA TEPI KAIN ORANG LAIN.....

    Maaf yop : saya 'menyimpan ' beberapa orang remaja yang macam tu.GIAN BUAT DOSA..tapi dihujungnya kami tidak boleh meroboh sistem kepercayaan mereka.

    Kita tunggu yop : tsunami kehidupan seterusnya : kalau tidak meletakkan kepentingan SUARA2 mereka...mereka seakan MENCARI dan MAHU sesuatu yang kita tak tahu.tak nampak.tak mahu ambil tahu....AKHIRNYA : DUNIA KAMI ADALAH DUNIA KAMI....

    ReplyDelete
  3. cikgu boleh ceritakan zaman ipt 70an di m'sia tak?

    anyway, saya pun kesian ngan remaja2 ni. nak buat mcmana, terpulang pada diri. mungkin dulu dah ada tapi diorang kuat x nak terima. skang jiwa lemah!

    ReplyDelete
  4. bIMBANGNYA... Dunia hari ini makin caca marba..

    Saya rasa kita akan ditimpa musibah satu hari nanti, andainya tiada usaha untuk balik ke pangkal jalan.

    Bosnia, Acheh, semuanya sudah Allah turunkan bala..

    Hari ini, Palestin, bermandi darah dengan kekejaman tentera Zionis..

    Jiwa remaja kita hari ini semakin mudah roboh, semudah 'dara' mereka dirobohkan...

    ReplyDelete
  5. Untuk selesaikan masalah ini :-
    1) Didikan agama.
    2) rasa takut pada Pencipta
    3) Takut pada penyaksian Raqib dan atid yang mencatat segala gala..

    1. didikan agama a) umur 6 tahun ke bawah kita didik anak penuh kasih sayang

    2) 7-13 tahun :- didik dan bertegas. pukul untuk mendidik bila ada keperluan..jangan biarrrrr jer anak. Waktu ni solat kena jaga betul betul. quran kena ajar betul betul. akhlak ken atengok betul betul..by the time anak masuk 10 tahun, syaitan lagi hebat menggoda sebab anakdah nak masuk akil baligh..

    3) 13 tahun dan seterusnya..
    jadi rakan pada anak. bincang bila ada masalah. ambil tahu masalah emosi mreka..jangan biarkan mereka lebih membertahu kawan instead of kita sebagai ibubapa...biar kita jadi kawan mereka..

    masalah sentiasa menembusi alam remaja. zaman bila pun..tak kira masa..bukankah dulu pun kita biasa melaluinya...ada ada sahaja godaannya..cuma masalah yang terhasil berbeza tapi TETAP ada persamaan. contoh; zaman 60'an pengaruh hippies..ganja dan free thinker. 70'an zaman ganja bertukar jadi zaman disko..sama juga masalahnya..pergaulan bebas. zaman 80'an zaman rock..rambut panjang, weng weng sana sini..pompuan lelaki sama je..tak dapat dikenal...pengaruh dadah..zaman 90'an zaman rappers..aahhh pil khayal pulak yang masuk..millineum..masuk pulak zaman budak pompuan hisap rokok, mat rempit, minah rempit..YOU NAME IT..segalanya yang merosakkan akan tetap datang...

    KITA YANG KENA BUAT PILIHAN..
    Allah bagi akal..gunakanlah!

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...