Sunday, January 11, 2009

Mati Adalah Pasti, Hidup Insya Allah..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Minggu lalu, aku menghadiri dan menziarahi kematian adik saudara pupu, di Kg Batu 3, Segari. Umurnya baru 20-an, tetapi sudah dijemput ke barzakh dalam nahas ditabrak lori ikan di jalan Kg Acheh. Aku tidak rapat dengannya, lantaran perbezaan umur kami. Tambahan pula, sejak kematian emaknya, Mak Andak Buang, aku jarang sekali bertemu dengannya.

Kematiannya agak tragis, kerana meninggal dunia pada usia muda, dalam keadaan hilang kasih sayang (ayahnya berkahwin semula selepas kematian emaknya). Tinggallah dia 'terkonteng-konteng' menempuh hidup penuh cabaran.

Barangkali, mati adalah lebih baik untuknya.

Sabtu, 10 Januari 2009, Pakcik Pawi bekas tukang kebun sekolah tempat aku bertugas, telah dijemput ke alam baqa'. Kali terakhir aku bertemu dengannya ketika beliau menunggang motor untuk membeli makanan dua minggu lalu.

Itulah penyudah hidup, dua insan yang kuziarahi buat kali terakhir. Mati memang sudah pasti Allah janjikan. Setiap yang hidup pasti merasai mati.. Tiada seorang pun daripada kita boleh mengelakkan jadual kematiannya.

Cuma, aku berdoa, biarlah aku sempat menunaikan fardhu haji, dan sempat aku membesarkan anak-anak yang masih kecil ini sehingga dewasa dan berjaya. Moga-moga Allah maqbulkan doaku, moga-moga...

6 comments:

  1. Mudah-mudahan Cikgu izzuddin dipanjangkan usia oleh Allah agar sempat menunaikan haji dan mendidik anak-anak yang masih kecil...


    Saya pun masih ada tanggungjawab yang belum selesai. Mudah-mudahan sempat melaksanakannya sebelum kematian datang menjemput.

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah Brahimnyok,
    Be patient..Bila sampai masa dan ketikanya kita akan menjadi tetamu Allah. Kadang kadang rezeki datang dalam keadaan yang tak disangka sangka..
    Just make do'a..and ikhlaskan dan bulatkan hati..

    ReplyDelete
  3. Takziah.Alfatihah. Berdoa semoga hidup dalam keberkatan

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...