Thursday, January 29, 2009

Senapang

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Ayah pernah memiliki senapang pusaka daripada arwah atuk. Kata ayah, atuk membeli senapang patah itu pada tahun 1953.

Senapang laras satu, jenis Spanish 12 bore itu dijaga atuk dan diwariskan kepada ayah selaku anak lelaki sulung.

Pada 2003, ayah mula memohon sub lesen untuk memastikan senapang pusaka itu tidak terlepas tangan. Aku sebenarnya teruja untuk meneruskan legasi keturunan ayah untuk menjaga senapang tersebut. Maklumlah, sebagai anak lelaki sulung, aku sememangnya 'layak' menjaganya, sementelah adikku Sani dan Oun kurang menunjukkan minat ke arah itu.

Hari demi hari, tahun demi tahun, jawapan yang kami terima ialah '..masih dalam pertimbangan.' Ayah yang semakin uzur ketika itu telah menggunakan pelbagai saluran, termasuk meminta seorang bapa saudara yang bekerja di KDN membantu menyelesaikan masalah ini.

Begitulah juga dengan hubungan ayah dengan beberapa orang tokoh parti pemerintah, yang berpengaruh dan mempunyai kuasa untuk membantu urusan mendapatkan lesen berkenaan.

Malangnya, apa yang dihajati tidak dicapai. Ketika ayah menutup mata buat selama-lamanya, senapang pusaka itu tidak dapat diwariskan kepada aku, kerana aku tidak memperoleh lesen. Malah, seingat aku, kami membuat rayuan tidak kurang daripada 10 kali. Jawapannya tetap sama, "..masih dalam pertimbangan."

Sebulan selepas ayah meninggal dunia, aku menerima sepucuk surat daripada KDN, yang memaklumkan secara muktamad bahawa permohonan tersebut TIDAK DILULUSKAN. Senapang yang menjadi kebanggaan arwah atuk dan ayah, akhirnya bertukar tuan, kerana aku tidak layak memilikinya. Senapang itu kemudiannya diserahkan ke Balai Polis berhampiran, dan aku tidak lagi ambil peduli tentangnya.

Kecewa sebenarnya aku, kerana aku gagal meneruskan penjagaan pusaka yang banyak memori kepada ayah.

Aku juga kecewa, kerana bapa saudara yang kami harapkan itu, tidak berusaha sedaya upayanya, malah lebih banyak memberi alasan untuk mengelak membantu ayah. Dengan kedudukannya sebagai pegawai kanan di KDN, perkara itu boleh diuruskan.

Aku kecewa sebenarnya, apabila tokoh politik yang pernah ayah sanjung ketika dalam UMNO dahulu, tidak bersungguh-sungguh membantu kami.

Paling mengecewakan, apabila seorang polis pangkat rendah yang sering berurusan dengan kami, secara berbisik memberitahu aku dan ayah, bahawa kami 'tak beri makan' kepada pihak atasan.

Aku terkesima. Apa maksudnya?

Secara perlahan, dia memberitahu, tauke dan pekebun Cina sanggup berbelanja sehingga ribuan ringgit untuk membayar kepada pegawai kanan polis bagi memudahkan urusan mendapatkan lesen senjata api.

Patutlah kami gagal mendapat lesen.

21 comments:

  1. Zaman sekarang ni begitulah gayanya..semua pakai main suap jika nak dapatkan sesuatu... Iman dah semakin menipis... Tapi sayang betul..senapang pusaka tu tak dapat diwarisi.

    ReplyDelete
  2. Tirana, memang sayang, tapi ada hikmahnya...

    Selaras senapang sekarang ini, +RM6000. Nak dapat balik, susahlah, apatah lagi bila dah jadi milik kerajaan..

    ReplyDelete
  3. 'tak beri makan'

    haha.

    xsuka sungguh nak berurusan dengan org yg mengharapkan sesuatu..

    pasal tu pun nak suap2.

    haih

    ReplyDelete
  4. Razor,

    Dah berakar umbi dah budaya nih, susah nak buang agaknya..

    Tapi bayangkan, jumlah penerima lesen senjata api dalam kalangan kaum bukan Melayu semakin bertambah, manakala orang Melayu semakin mengecil...

    Apa jadi nanti, tak taulah..

    ReplyDelete
  5. susah ke nak dapat lesen senjata api?

    tapi kalau ikut procedure takpe, yang pakai orang dalam dan nak hulur bawah meja ni yang tak sedap la...

    budaya.

    ReplyDelete
  6. jangan harap ngan kengkawan politik. tgk dalam tivi byk cerita, cerita tamil, cerita cina, semua depa berkawan time nak pangkah jer...oops!

    ReplyDelete
  7. Razor,

    Syaratnya, ada tanah sekurang-kurangnya 4 ekar; bekas tentera atau polis diutamakan; tiada kesalahan jenayah.

    Saya ada tanah pusaka keluarga 4.8 ekar, pernah masuk wataniah dan tak pernah masuk penjara. Setakat kena saman jalan raya tu, ada lah...

    Tapi itulah kesudahannya. Tu yang kecewa sangat...

    ReplyDelete
  8. Maksu,

    Apa lagi yang boleh diharapkan. Barang yang lepas jangan dikenang..

    ReplyDelete
  9. ko memang tak layak ada senapang kut.... hehehe.

    ReplyDelete
  10. Duit kopi ni ..dah semakin hari semakin parah...

    ReplyDelete
  11. pelik gak cerite ni....slalu senapang tu...kalau semua ahli keluarga x nak baru bleh serah kt kerajaan...ni mesti de yg tak kene ni..tah2 senapang tu dah pidah milik kt...org len..yang suap bayak2 kot...

    ReplyDelete
  12. saye pn skarg gah mohon sub dari ayah angkat..sebab sume anak2 die tak nak senapang tu...tapi lum thu lgi keputusanye...

    ReplyDelete
  13. sayangnya harta tu terlepas tangan. skrg kita tgok bangsa asing bukan main bangga lagi galas senapang pergi memburu. org melayu hnya mampu pandang aja. klu ada pun parang kontot terselit kat pinggang. nak dapatkan lesen, susah sgt. nak suap, lebih baik suap anak bini kat rumah. Jgn sampai suatu hari nanti, bangsa asing suapkan muncung senapang ke mulut anak cucu kita, udahlah..

    ReplyDelete
  14. susah jgak nak ambil lesen njata api rupanya..entah ap2 la pgawai krjaan ni..bila org beria2 nk ambil lsen xnak lluskan,,tp bila ad snjata charge mcam2..ap la nak jd..

    ReplyDelete
  15. Kalau aku rela bakar, patah riukan senapang tu dulu, then baru serah kat polis. Kalau ditanya camna jadi camni..? Aku jawab ko pegi kubur tanya arwah ayah/atuk aku.

    ReplyDelete
  16. Saya pun kesal ngn sikap kerajaan yg mnarik blik lesen snjata api untk org melayu..sptutnye bg klonggaran pd org mlayu nk mhon..ni nk tnah 4 ekar dusun shja..mne nk cari..klw bli snjata sludup tau plak mrah..

    ReplyDelete
  17. Sama lah kita cerita pun hampir sama.dah 10thu memohon ....rayuan rayuan .ke KDN masih belum lulus

    ReplyDelete
  18. Emmmmm......penat dah fikir....mohon pindah milik dari org tua aku ada sampai meninggal pun senyap sunyi....tk jgk lulus2

    ReplyDelete
  19. sekarang memang dah susah nak wariskan senjata api.. tak mcm dulu..sebab last skali KDN akan tentukan dlm meeting..

    ReplyDelete
  20. mengikut prosiding, pegawai KDN tiada kuasa mengenai urusan lesen senjata api.

    ramai yang ingin mewarisi senjata api di orang tuanya tidak dapat. tapi ada cara konon, lebih mudah, jika ditukar hak milik dari bapa ke anak. ramai yang buat cara itu. selalunya konon sukses

    ReplyDelete
  21. Saya dah mohon pindahmilik dari bapa dah 18 tahun. Berkali2 ditolak. Sampai bapa meninggal, permohonan tak juga diluluskan. Setiap kali mohon siap kena letak duit kopi. Bangsa lain sekali mohon terus lulus. Saya dah fed up dengan bangsa Melayu yang bekerja dengan persenjataan ini. Bila kita minta elok2, tak dibagi. Bila kita buat senjata sendiri, cepat aje tangkap.bila cina letak duit kopi sampai rm100 ribu, terus lulus. Memang gampang melayu2 yang handle bab senjata ini terutama di KDN.seolah2 sengaja tak nak bagi melayu lesen senjata api ini.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...