Sunday, April 19, 2009

Karnival Bahasa Sekolah-Sekolah Negeri Perak 2009

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.


Menjadi urus setia dalam program anjuran JPN dan PPD bukanlah sesuatu yang luar biasa, bahkan ramai rakan-rakan guru di daerah ini, yang terlibat sehingga ke peringkat kebangsaan. Bagaimanapun, penglibatan itu lebih kepada tugas-tugas sokongan, demi memastikan kelangsungan aktiviti yang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Inilah muka-muka penyusun hadiah dan sijil-Cikgu Akma, Siti, Husna dan Salwa
selepas penat menyusun hadiah dan sijil


Sebahagian lagi tenaga penting Karnival Bahasa-
Ustaz Yasser, bersama dua orang pengacara
berpengalaman
iaitu Cikgu Zaridah dan Cikgu Nor Mazlan


Kali ini, aku diarahkan menjadi urus setia Sijil dan Hadiah untuk satu lagi program JPN. Bertempat di Teluk Batik Resort, Lumut, pada 17 dan 18 April 2009, sebanyak lebih 1000 orang pelajar dan guru ber'kampung' di sana bagi menjayakan Karnival Bahasa Peringkat Negeri Perak. Sebanyak 10 daerah menghantar wakil bagi pertandingan Choral Speaking (SR dan SM), Public Speaking (SR dan SM), Bercerita, Action Songs dan Story Telling (SK sahaja).

Program tersebut sangat meriah, dan majlis penutupnya dirasmikan oleh tuan pengarah JPN Perak, Tuan Haji Mohd Radzi bin Abdul Jabar.

Pengarah JPN Perak dan hadirin sedang menonton persembahan pelajar

"Pengarah JPN ni, cikgu (subjek) Sastera saya dulu," bisik Cikgu Zaridah, pengacara majlis kepada kami.

Persembahan hebat Choral Speaking SBPI Gopeng

"Kemenangan milik kami!" Pelajar SBPI Gopeng

Paling mengujakan pasukan Choral Speaking Kinta Selatan yang diwakili pelajar SBPI Gopeng menang dalam pertandingan tersebut. Secara ironinya, mereka mendapat giliran terakhir, tetapi memberikan persembahan yang mantap dan meyakinkan juri. Lebih bermakna buat aku ialah seorang daripada pesertanya ialah Ain Insyirah, anak saudaraku.

Tahniah kepada semua pemenang. Maklumat awal pertandingan peringkat kebangsaan ialah Pertandingan Bercerita (SR) akan diadakan di Melaka pada Mei 2009; Choral Speaking (SR) pada Oktober 2009 di Negeri Sembilan; Choral Speaking (SM) pada Julai di Melaka; manakala Story Telling dan Action Songs akan diadakan di Perlis pada bulan Oktober 2009.

14 comments:

  1. membaca dan menengok semua gambor2 tu - tahniah kerana kita berada disatu lagi media yang sama........

    ReplyDelete
  2. yAPPP,..

    Betoi tu bang.. Tapi seminggu dua ni, sibuk bebeno. Tak sempat nak masuk entry baru, blog kengkawan pun main jenguk kejap-kejap jer...

    Penat seminggu ni...

    ReplyDelete
  3. Salam,
    sabtu pun kerja jugak ye?

    ReplyDelete
  4. Salam Sdr. Brahim

    Tahniah kerana berjaya membawa kemenangan dan berjaya mengendalikan majlis.

    ReplyDelete
  5. Hazlin,

    Begitulah keadaannya.

    Tugas tetap tugas.

    ReplyDelete
  6. Maksu,

    Makaseh bebanyak, saya sangat hargainya.

    ReplyDelete
  7. Pakdin,

    Makaseh bagi semangat.

    Ada lagi kisah seram?

    ReplyDelete
  8. Salam,

    Entah mengapa saya seperti tidak sukakan choral speaking..samaada mendengar atau terlibat. Alunan nadanya seakan..oh susah mahu bercerita.

    Apapun selamat berkarnival dan semuanya ya cikgu!

    ReplyDelete
  9. Choral Speaking ni tak sama macam koir, Farid.

    nada Koir seakan-akan berada di ..

    Saya tau maksud Farid..


    Insya Allah, tidak berubah niat.

    ReplyDelete
  10. team lain kalah kes kurang sengeng kepala kot!.... hehehe....

    ReplyDelete
  11. err...en.nyior..yg sebla encik tu...yg dlm gambar 1st tu...er.....manis senyum tu..peace...

    ReplyDelete
  12. Tahniah kerana dapat berbakti kepada rakan setugas dalam bidang yang sama. Semoga Karnival Bahasa ini dapat membuahkan hasil yang cemerlang kepada anak bangsa semua. Selamat Berjaya.

    ReplyDelete
  13. Salam Cikgu,

    Sekolah saya wakil daerah Hilir Perak di Karnival ni. Bahagian Choral speaking. Dapat tmpat ketiga dibawah SPBI dan RPK K kangsar (sek lama sy).

    Komen cikgu2nya...boleh pulak dalam Choral Speaking kali ni ada aksi melampau...bukan goyang kepala ja...siap goyang badan lagi?

    Saya no komen...sb tak involve pun! Apa2pun tahniah dpt buat prog yg hebat!

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan