Thursday, April 9, 2009

Semoga Berjaya, Jamal Abdillah

Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Inilah kali kedua aku memasukkan kisah artis yang kuminati dalam entry di blog ini. Kali pertama, M. Nasir. Kali ini, Jamal Abdillah. Secara terus terang, aku meminati suara dan lagu-lagu nyanyiannya.

Banyak lagunya yang kekal segar evergreen dan masih menjadi pilihan ketika mandi. Terkesan melihat lakonannya dalam "Azura" bersama Ogy Ahmad Daud. Selepas itu, meletup kisah dia ditangkap kerana dadah di Lapangan Terbang Kuching.

Jamal melalui ranjau hidup sebagai artis dengan penuh suka duka. Perkahwinannya juga gagal, tetapi masih berbaka dengan adanya Osama Yamani.

Tempoh hari, ketika Jamal melayan Kryl, KE dan SY di konti SINARFM, gamat juga suasana. Kebetulan, aku bermesyuarat di luar pejabat, dapat jugalah mendengar celoteh mereka. Jamal sempat juga melayan perantau di SINARFM, Hizam yang dua pupu dengan aku.

Jamal Abdillah Enggan Cari Jodoh Lagi




Teks oleh Ellyna Ali


KUALA LUMPUR, 8 APRIL 2009: Kalau ditanya soal kahwin, masih belum sampai seru lagi bagi Raja Pop Jamal Abdillah untuk mencari pengganti yang lain. Sudah 3 kali dia mendirikan rumahtangga. Sayangnya, ketiga-tiga perkahwinan Jamal itu gagal diselamatkan.

"Semuanya adalah ketentuan Tuhan. Dulu saya sendiri yang mencari jodoh. Rasanya, sekarang ini saya tak mahu lagi fikir itu semua. Saya mahu fikir tentang diri saya saja. Lebih baiklah saya jaga diri saya sendiri. Kalau tidak kesian pada orang lain sebab mereka pula yang jadi mangsa keruntuhan rumah tangga saya.

"Kalau tetap ada jodoh saya, biarlah jodoh itu yang datang dengan sendirinya. Saya tidak akan menolak. Tak mungkin saya dapat melakukannya (menolak jodoh)," katanya kepada murai.com.my.

Tidak hairanlah mengapa sisa-sisa hidup Jamal kini lebih banyak ditumpukan kepada Pengasih yang kini sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya sendiri.

"Hidup mati saya adalah untuk Pengasih sekarang ini. Saya sudah tidak ada keluarga lain. Ayah dan ibu pun sudah tiada. Jadi, Pengasihlah satu-satunya keluarga yang saya ada sekarang ini.

"Hendak ke mana pun tiada tempat lagi kecuali Pengasih dan bersama Pengasih juga saya akan terus berjuang, malah bergabung dengan mereka untuk membantu mereka melakukan kerja-kerja amal.

"Sepanjang bersama Pengasih, saya dapat lihat perubahan yang cukup besar berlaku pada diri saya dan ianya adalah satu perubahan yang cukup positif," katanya dengan penuh bersemangat.

Barangkali apa yang dilakukannya dengan Pengasih mempunyai kena-mengena dengan pembedahan yang dilakukannya di bahagian kepala. Pembedahan tersebut meninggalkan kesan parut hingga memaksa Jamal mengenakan rambut palsu.

"Sebenarnya, rakan-rakan saya tak bagi saya pakai rambut palsu. Kata mereka, parut tersebut tidak begitu keterlaluan. Tapi saya yang nak guna rambut palsu itu.

"Ia hanya untuk sementara waktu saja. Bila kesan parut itu sudah hilang, saya akan buka semula rambut palsu ini. Bagaimana fesyen rambut palsu yang saya pakai ini? Nampak OK tak?" katanya secara berseloroh.


Jamal Muncul Dengan Tak Hilang Cinta


Dalam usia yang hampir menjangkau 50 tahun pada 7 Mei 2009 ini, Jamal masih lagi kekal menjadi antara penyanyi lelaki yang cukup berpengaruh serta disegani dalam industri muzik tempatan kita.

Lebih penting lagi, juara Bintang RTM 1979 ini masih mampu mengekalkan kehebatan vokalnya dan jualan albumnya pula sentiasa saja laris. Sebab itulah Warner Music Malaysia yang menjadi syarikat naungan Jamal selama ini cukup berani melaburkan wang untuk menerbitkan album studio barunya, Tak Hilang Cinta.

Menceritakan serba-sedikit tentang pembikinan Tak Hilang Cinta, Jamal berkata, album tersebut mengambil masa selama 2 tahun untuk disiapkan.

"Prosesnya mengambil masa yang agak lama kerana saya mahu tampilkan sesuatu kelainan yang orang masih tidak tahu lagi tentang Jamal Abdillah. Sebab itulah saya pilih beberapa lagu yang memiliki muzik serta sound yang sangat kotemporari. Misalnya lagu Apa Lagi yang berentak funk. Ini adalah kali pertama saya membawakan lagu dalam genre muzik funk.

"Ada juga sebuah lagu yang menampilkan saya dengan Daly AhliFiqir iaitu Terpesona Dusta iaitu 2 lagu yang telah digabungkan serta dijadikan sebagai lagu medley. Selain itu, saya juga turut menghasilkan 2 lagu ciptaan saya sendiri iaitu Di Mana Akhirnya dan Akulah Kekasihmu," katanya.

Jelas Jamal lagi, sebenarnya sudah lama dia mencipta lagunya sendiri tetapi selalunya dia mempunyai sikap yang tidak mahu bersusah-payah untuk melakukannya.

3 comments:

  1. yang bab kita kita boleh berkongsi minat - teman ada semua album Jamal....
    orang kg lah katakan...
    semuga Jamal diberi sokongan dan dokongan untuk menerus kehidupan.........

    mati hidup semula...
    jangan mati lagi...
    sebab peluang sentiasa diberi yop jamal.....

    ReplyDelete
  2. aku tak minat JAMAAAALLL..tulonggg

    ye la..demer kata suara PURE!!Ramai yang minta suara ia termasuk le suami aku tu!!

    hehehe..

    apa apa le komer wehhh..

    ReplyDelete
  3. Salam sdr. Brahim.

    Ya, sama-samalah kita doakan supaya dia kuat dan berjaya menjalani hidup dengan sempurna.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...