Tuesday, April 14, 2009

Kenangan LIAS '93 Terpahat Dalam Memori..



Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di blog ini.

Inilah kami, warga Kolej 5 UPM yang mengadakan lawatan ke Sumatera 1993

Semasa di UPM dulu, aku dan rakan-rakan Kolej Kelima, UPM berhasrat mengadakan Lawatan Integrasi Akademik Ke Sumatera atau LIAS. Kami menyediakan kertas cadangan, menghubungi pihak Persatuan Mahasiswa Universiti Sumatera Utara (USU) dan mendapatkan penaja dari merata-rata tempat.

Bergaya di Bukit Gundaling, satu daripada panorama menarik di Sumatera

Aku dan room mate, Khairi (kini pensyarah di UPM) mempunyai pengalaman yang amat menarik bersama Balok, Jagung, Nyah, Ezza, Din Bundel, Abang Nas, Suhaini, Arul, Maz, Lin dan beberapa orang lagi yang sudah kuingat-ingat lupa namanya. (Maklumlah, sudah tua. hehehehe)

Kami berniaga di Gerai Makan sempena Pesta Konvo di UPM. Itulah pengalaman pertama aku berniaga. Biarpun penat, tapi menyeronokkan. Duit hasil jualan kami kumpulkan dalam tabung khas untuk memastikan lawatan tersebut dapat diadakan.

Saban malam, kami membuka kiosk burger di kafetaria KK5. Tiap malam, ada giliran setiap petugas untuk memastikan burger tersebut dapat disediakan dan dijual kepada pelanggan. Hampir 8 bulan kami membuat persediaan dan akhirnya, kami berjaya juga. Kami tidak pun mendapat sumbangan kewangan daripada HEP, tetapi mereka memberi sokongan moral dan surat menyurat.

Akhirnya, kami dapat juga ke Medan, melawat USU, singgah di Danau Toba dan melancong ke air terjun Sipiso-piso (air terjunnya sangat menggayatkan, sayup ke bawah jika dilihat dari tebing tinggi).

Bergambar dengan rakan siswa dari USU termasuk pelajar Malaysia yang belajar di sana

Buat rakan-rakan di LIAS '93, aku takkan lupakan kenangan kita di sana, termasuk kisah rakan yang 'tertipu' dengan penjual kain di Pulau Samosir.

Hampir menangis rakan perempuanku itu kerana kain yang dibelinya tidak cukup untuk dibuat baju kurung, lalu dia meminta agar wangnya dipulangkan.

"Sial, bu... Sial,.. enggak mau saya terima kembali ongkosnya!" kata wanita Batak yang menjual kain tersebut.

Mujur juga ada rakan dari USU yang kemudian berunding dan menyelesaikannya. Mulut wanita Batak itu mengomel tidak puas hati dengan tindakan rakanku memulangkan kembali kain yang dijualnya.

Buat x-room mate yang banyak jasa, terima kasih masukkan foto ini dalam Facebook, moga hubungan persahabatan kita kekal abadi.

p/s: Tengok foto lama ni, teringat zaman muda-muda dulu. Dah tua rupanyer.. hehehe

10 comments:

  1. tengok gambar 10 years back memang funny..
    apa pun jauh berjalan akan meluaskan pemandangan..good for you!

    ReplyDelete
  2. Kenangan menggamit, tentunya banyak ceritera yang dilakarkan dalam cerita itu.. tentunya ada lagi yang belum dicoretkan...

    ReplyDelete
  3. Kak Hida,

    Sengaja masukkan kisah retro ni, supaya saya sedar yang diri dah makin dimamah tua. Tapi kenangan bersama rakan-rakan dulu memang menarik.

    Biarpun takkan diulang, saya puas mengenangkannya.

    ReplyDelete
  4. Lan,
    banyak lagi episod menarik dalam lawatan itu.

    Aku berkampung tiga ari di SMKPR, untuk bahas ala parlimen di sana.

    Dapat jumpa Hj Man, abang hang...

    Bila hang abih Master? Gud luck!

    ReplyDelete
  5. salam..

    wah nampak sedang mengimbau memori kenangan lalu..semoga ada manfaatnya..

    Jemput ke blog baru saya.

    http://www.faridrashidi.com/

    ReplyDelete
  6. Ibnurashidi, saya dah kemas kini addr dalam senarai saya.


    Harap tenang di bumi anbiya..

    ReplyDelete
  7. Seronok bila tengok balik gambar2 lama..Kenangan lalu mengusik jiwa..hehehe

    ReplyDelete
  8. Tentu byk cerita yang ko boleh lakarkan di sini...

    Ko xbrasa nak masuk debat utk guru bm wakil negeri perak ka?

    Aku tunggu hang di Tjg Malim hingga akhir 2010..meh ler join sama...

    ReplyDelete
  9. Kenangan lalu memang indah untuk dikenang. Kekadang boleh tersengih sorang-sorang.

    Sdr. Brahim persilakan ke blog saya dan sudilah terima cendera hati yang saya hulurkan.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan