Monday, September 7, 2009

Berakhirnya Kisah Tragis Mariam Di Korea

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Pertama kali membaca kisah Mariam, seorang wanita Melayu yang pindah dan hidup dengan seorang lelaki Korea, perasaan saya bercampur baur. Sedih, marah dan sinis pun ada. 
Mariam Johari, 88, rakyat Tanah Melayu yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu, meninggal dunia, malam kelmarin di sebuah rumah kebajikan di Seoul. Beliau diberitakan ada membuat wasiat sebelum menyambut Ramadan, yang antara lain, mahukan pengebumiannya diadakan mengikut Kristian.
Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae meninggal dunia kira-kira jam 1.20 pagi waktu Korea Selatan (kira-kira jam 12.20 malam kelmarin waktu Malaysia) ketika tidur selepas kira-kira empat bulan tidak sihat.Mariam kemudian berkenalan dengan tentera kerahan Jepun dari Korea, Cho Se Won, yang membawanya ke Korea Selatan dan terkandas di negara itu.

Namun, hasratnya bertemu semula tiga anaknya kandungnya, Ramlah Sonni, 74, Jelani dan Jamnah, 67, akhirnya termakbul apabila Korea Broadcasting System (KBS) membawa Ramlah dan Jelani serta cucunya, Ahmad Onn, 43 dan menantu, Siti Zainab Noor, 37, ke studio KBS di Seoul pada 18 Julai 2007.

Pertemuan kali pertama selama enam hari tidak berakhir di situ apabila Mariam pula dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan pada 13 September 2007. Jelani berkata, itulah kali terakhir beliau serta kakak dan adiknya bertemu dengan ibu mereka.

Berakhir sudah kisahnya, biarpun ada urusan yang belum 'selesai'. Kematiannya juga mengundang polemik jika jasadnya dibawa ke tanah air. Moga Allah mengampuninya.

11 comments:

  1. Kita semua sebenarnya tidak tahu kisah silam Mariam ini...hanya Allah yang menjadi Penentu...kerana mungkin dia telah menjadi 'KOREAN/kristian' semenjak 64 tahun yang lalu..

    ReplyDelete
  2. Salam.....


    Owh...dah meninggal dah dia....

    ReplyDelete
  3. pagi tadi dengar kat TV3 - sedih pulak rasanya yong.
    kesian dia
    perjalanan hidupnya berliku.

    ReplyDelete
  4. Allah maha adil :)

    First time dgr kisah ini :p

    ReplyDelete
  5. Salam sdr.

    Wasiat yang tentunya membawa mesej yang tersendiri sekiranya benar ada wasiat. Sepatutnya tidak perlulah diundang kontraversi agama lagi.

    ReplyDelete
  6. Kak Hida,..

    Benar seperti yang dinyatakan. Hanya dia yang tahu apa yang dilakukannya.

    Moga sejarah ini tidak berulang..

    Tragis rasanya, apabila lahir sebagai Melayu-Islam, tetapi akhirnya dikebumikan sebagai Korea-Kristian.

    ReplyDelete
  7. Xiiinam,

    Moga Allah mengampuninya.

    Makaseh singgah.

    ReplyDelete
  8. Bang, Saya rasa macam ada beberapa 'scene rahsia' dalam kisah Mariam ni. Amat menarik jika difilemkan.

    Mungkin boleh jadi sempadan buat mereka yang ingin mengikut jejaknya.

    Apa pun, hanya Allah yang Maha Mengetahui di sebalik apa yang terjadi.

    ReplyDelete
  9. Khairi,

    Moga kita tidak diuji begini..

    ReplyDelete
  10. Pakdin, sepatutnya begitulah. Line dah ok, masuklah entry baru...

    Mesti Pakdin ada lagi kisah menarik zaman muda trang tang-tang dulu..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...