Wednesday, September 2, 2009

Khidmat Cuci Kereta.

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Anda pernah menggunakan khidmat cucian kereta? Tidak kiralah sama ada ia menggunakan tenaga manusia (manual) ataupun mesin, kedai cuci kereta akhir-akhir ini semakin bercambah bak cendawan tumbuh selepas hujan. Dari satu segi, ia menjana ekonomi di samping membuka peluang perniagaan kecil-kecilan.
Meskipun mencuci kereta boleh dilakukan oleh tuan punya kenderaan, ramai dalam kalangan kita termasuk saya yang suka menghantar kereta ke kedai cuci kenderaan yang berdekatan taman perumahan, kompleks beli belah dan seumpamanya. Lebih mudah dan murah, berbanding dengan mencuci sendiri.
 Sebuah kereta mengambil masa 10-15 minit untuk dicuci
Akhir-akhir ini, seolah wujud perang harga antara kedai cuci kereta, dek persaingan yang semakin sengit dan kegawatan ekonomi yang belum pasti pulihnya, menyebabkan ada kedai menerima bayaran cuci kereta serendah RM3 untuk cucian luar dan dalam. Pelanggan biasanya ingin khidmat yang murah tetapi berbaloi. Hargalah yang jadi penentu.
 Antara cecair pencuci yang digunakan untuk mencuci kenderaan
Sama ada disedari atau tidak, khidmat cucian kereta semakin dimonopoli oleh satu kaum. Saya sempat berbual dengan pengusahanya, seorang India warga tempatan, tetapi mempunyai pekerja daripada kalangan warga asing dari negara India.
"Boleh untung ke cuci kereta sekarang?"
"Tarak untung juga, ini ekonomi tada baik." Katanya bersahaja.
"Dalam satu hari, berapa customer you dapat?" Saya melontar soalan kedua.
"Tarak tentula, dalam 20 pun susah mau dapat," katanya dengan telor Tamil. Sambil melayan, dia memerhatikan 'anak buah'nya yang sibuk mencuci sebuah Waja. Sebuah TV lengkap dengan ASTRO menayangkan klip video lagu Tamil, mungkin untuk memberi hiburan kepada pekerjanya yang sedang bertugas.
"Mana you dapat chemical?"
"Teluk Intan," Jawabnya pendek. 
Saya melihat labelnya yang agak kusam, tetapi masih jelas dibaca. Sah, pembekalnya adalah syarikat milik orang India juga. 
 Cecair pencuci dibekalkan dari Teluk Intan
Kesimpulan yang mudah boleh saya buat, industri (kalau boleh dikatakan industrilah) mencuci kereta mempunyai prospek yang baik, dan kini diambil peluang oleh kaum India. Mereka membekalkan bahan kimia dan cecair pencuci, mereka mengusahakannya dan menggajikan pekerja yang sebangsa tetapi dari negara lain. Sama seperti perkhidmatan gunting rambut yang kini dimonopoli oleh satu kaum, kerana orang kita terutama generasi muda tidak melihat prospek jangka panjang industri ini.

5 comments:

  1. mana boleh tak untung..
    kalau di KL ni..
    kaya raya deme tu...
    mana ada masa nak cuci kereta..

    mengenai monopoli ni satu hal...dah jadi bentuk kepercayaan.
    org india cuci lagi baik dari orang melayu..

    terbukti : 2 kedai di bukit beruntung ni....satu india.dan melayu...
    teman pun ke kedai india tu..

    ReplyDelete
  2. ka kb lagi mahal la kalau gitu... RM8 - 10

    ReplyDelete
  3. Bang Harun,

    Saya pun tau, mane boleh tak untung... Mesti ada untung, sebab tu diorang boleh bertahan. Lagipun khidmat ni memang diperlukan, sebab masyarakat semakin menggunakan kereta sebagai keperluan, bukan kehendak lagi.

    Satu sebab nape orang Melayu suka pegi kedai cuci orang India, boleh disuruh tanpa 'heart feeling'..

    ReplyDelete
  4. Shifu67,

    Kalu hage RM8-10 tu, kira ok lah. Cuci ok tak? Kalu bersih, berbaloi le. Kalu lebih kurang je cuci, baik 'blah' tempat lain.

    Kat tempat teman, RM8 pun ada, kira oklah dengan cuciannya. Servis pun cepat tapi memuaskan, sayangnya, India yang usahakan.

    Melayu, ada satu, tapi RM15... Beza, kan?

    ReplyDelete
  5. teringin gak nak buka carwash tp tak tau nak beli kat mana shampoo kereta tu.Boleh sapa-sapa bagi tau kat mana aku boleh dapat di kawasan seberang perai.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...