Monday, August 31, 2009

Kemerdekaan, Moga Negaraku Terus Gemilang

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.
Jika manusia, usia 52 tahun dianggap menghampiri 'usia emas'. Bagi sebuah negara berdaulat seperti Malaysia, usia ini masih muda. Asalnya negara ini bernama Tanah Melayu, Malaya  yang  mendapat kemerdekaan melalui rundingan dan kerjasama  antara penduduk pribumi  dan imigran India dan China  serta kaum lain. Akhirnya perpaduan tersebut membawa kepada kebebasan  daripada penjajah British pada tarikh 31 Ogos 1957 yang lalu.
Semenanjung Tanah Melayu kemudiannya bergabung dengan Sabah, Sarawak dan Singapura yang membentuk Malaysia pada 16 September 1963. Ini juga disebabkan tekanan pengaruh komunis ketika itu yang cuba menangguk di air keruh. Parti Komunis Malaya (PKM) melakukan pelbagai taktik jahat dan kejam demi memastikan masyarakat menerima kehadiran mereka.
Pada 1965, Singapura melalui muslihat Lee Kuan Yew, pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP) telah keluar daripada gabungan Malaysia atas sebab-sebab yang mudah. Paling menyedihkan, Singapura yang menjadi pusat perkembangan ekonomi Malaya ketika itu menjadi sebuah negara bebas setelah mendapat 'izin' Perdana Menteri ketika itu, Tunku Abdul Rahman.
Sesiapapun tidak boleh mengubah sejarah. Ia sudah tertulis begitu dan sehingga bila pun, itulah hakikatnya.
 Hari ini, Malaysia sudah boleh duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Bagaimanapun, masih banyak cabaran yang perlu ditempuhi untuk tempoh-tempoh yang akan datang.
Moga-moga Malaysia kekal aman dan sejahtera. Bagaimanapun, perpaduan kaum harus dipelihara, kerana ia adalah kunci keamanan dan kesejahteraan bersama. Jangan terlalu banyak meminta, sehingga menggadaikan kedaulatan raja Melayu dan agama Islam. Orang Melayu pada dasarnya boleh berkongsi negara dengan kaum lain di negara ini. Hormatilah perlembagaan, bak pepatah orang tua-tua, di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
SALAM KEMERDEKAAN BUAT SEMUA SAHABAT BLOGGER DAN PENGUNJUNG. SEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK UNTUK NEGARA KITA.

6 comments:

  1. salam kemerdekaan yop

    semuga apa yang dah berlaku , sedang berlaku - mampu membuatkan kita sedar - mengekalkan kemerdekaan ini lebih susah dari mulanya - dengan perubahan persekiratan menjadikan kita semakin takut...

    apa yg berlaku 52 tahun akan datang...

    ReplyDelete
  2. Selamat hari merdeka Cikgu Izzudin...

    ReplyDelete
  3. salam merdeka...

    merdekakan diri dari imej yg mengerikan...

    errr... kalau takat cakap je turun berapa kg... tak leh caya eiii

    ReplyDelete
  4. Bang Harun, lagi 52 tahun, rasanya saya dah takde dah. Abang pun mungkin tinggal nama saja, macam orang lain yang balik ke fitrah masing-masing,..

    Tinggallah anak cucu, sama ada mereka nak menangis atau tawa gembira, bergantung kepada kebijaksanaan generasi hari ini.

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Tirana, moga negara ini kekal aman sejahtera.

    ReplyDelete
  6. Shifu67,

    Dah kompem turun. Hahahaha... hangat ati ka? Dapat susut tak?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan