Wednesday, September 30, 2009

Tsunami Lagi!

Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Seramai 34 orang dilaporkan terbunuh selepas gempa bumi kuat yang membawa tsunami melanda Pasifik Selatan, khususnya di Samoa dan Samoa Amerika.

Menurut Palang Merah dan laporan media setakat pagi ini, mangsa yang maut ialah di Samoa dan Samoa Amerika dalam kejadian jam 6.48 pagi waktu tempatan (1748 GMT).

Menurut Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat, gempa berukuran 8.0 magnitud itu cukup kuat untuk menyebabkan tsunami di dua negara kepulauan Pasifik Selatan itu.

Moga-moga negara kita terhindar dari bencana itu. Ingatlah, Allah berkuasa membolak-balikkan segala isi bumi jika Dia menghendakinya.

2 comments:

  1. nauzubillah...saya baru rasa gegaran di sini (uitm,s.alam). Ya Allah ampunilah seluruh muslim..amin..

    ReplyDelete
  2. kat indon pun gegar lagi. kita dah rasa sikit2. lama2 jadi bukit. kesian juga kat anak2 yg masih kecil.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...