Friday, March 19, 2010

Cerita Menarik Dua Pelajar Cemerlang SMKBS.

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Belum terlewat untuk saya  bercerita kisah dua orang pelajar yang cemerlang baru-baru ini. Saya tidak berminat mengetengahkan kisah pelajar perempuan dari Sarawak, sebab latar belakang keluarganya agak membanggakan.

Cerita saya berkisar tentang kejayaan pelajar sekolah luar bandar tempat saya bertugas. Kedua-duanya lelaki, dari latar belakang yang hampir sama. Bukan daripada keluarga kaya, dan hanya lebih pada semangat dan kekuatan jiwa.  

Azmer (kiri) dan Abdullah telah membuktikan mereka 
berjaya biarpun menghadapi dugaan perit dalam hidup

Muhammad Azmer Reza, mendapat keputusan 9A1B. Dia anak sulung yang terpisah daripada adik beradik lantaran perceraian ibu bapa. Awal tahun 2009, tahun yang sama dia mengambil SPM, adik-adiknya yang tinggal bersama ayahnya di Negeri Sembilan, telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Tiga orang adiknya itu meninggal dunia. Tetapi Azmer berjaya membuktikan bahawa tragedi tersebut tidak menghalangnya mencapai keputusan cemerlang dalam SPM.
Abdullah Sulaiman, mendapat 9A1C. Anak pekerja am Pusat Pertanian Lekir,  manakala ibunya lumpuh dan tidak mampu berjalan. Rumahnya buruk dan kehidupannya sederhana. Dia bukan berasal daripada pelajar cemerlang. Keputusan UPSRnya hanya 2A, tetapi berkat ilmu yang dipelajari, dia berjaya membuktikan kemiskinan dan penderitaan ibunya bukan penghalang untuknya berjaya.

Kedua-dua pelajar ini hanya mendapat sentuhan guru yang bersemangat dan kelas Yayasan Al-Bukhari. Sekalung penghargaan kepada Tan Seri Mokhtar Al-Bukhari, yang menyumbangkan wang untuk membantu anak-anak luar bandar mendapatkan tuisyen percuma. 

Di sebalik kejayaan ini, beberapa nama yang sekolah letakkan sebagai sasaran dalam kumpulan cemerlang, tercicir apabila keputusan diumumkan. Rupa-rupanya, mereka kehilangan haluan semasa menghampiri SPM. Ada yang 'bercinta monyet', menyebabkan hilang fokus dan pedoman. Apabila keputusan sudah keluar, mereka hanya mampu menyatakan kekesalan.
Tahniah kepada yang berjaya. Kepada yang kurang berjaya, binalah kembali keyakinan diri. Jangan anggap kegagalan sebagai penamat. Ingatlah kata HAMKA, "Jangan ketawa melihat orang lain jatuh. Daripada kejatuhan, orang bisa bangun kembali. Tapi yang ruginya, apabila jatuh, kita tidak bisa bangun semula.."

4 comments:

  1. Tahniah kepada yang berjaya...Kemiskinan bukan penghalang untuk mencapai kejayaan. Kak Tirana dulu pun miskin juga tapi tetap bersemangat untuk mencari ilmu..

    ReplyDelete
  2. tahniah...erm...sesiapa yg berusaha,maka dialah yg berjaya... =)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Tirana.

    Saya yakin kak sangat memahami mengapa anak orang miskin dan sederhana, lebih teruja apbl bjaya. Dengan kemampuan keluarga yg terhad, masih dpt mencapai kejayaan, ia adalah satu manifestasi iltizam dan kesungguhan untuk berubah.

    Salam iqbal,

    Benarlah, siapa yg berusaha, kejayaan akan jd miliknya. Allah sentiasa adil kepada hambanya.

    ReplyDelete
  4. kejayaan tu datang melalui hasil usaha

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...