Friday, March 26, 2010

Kesejahteraan Berasaskan Syariah Di Brunei

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

 Perasaan saya bercampur baur apabila membaca kenyataan tegas Menteri Hal Ehwal Agama Brunei dalam Harian Metro dua hari lalu. Beliau dengan jelas menjawab soalan ahli parlimen  bukan Islam tentang premis arak yang dilarang beroperasi di Brunei.

"Yang paling kami takut ialah laknat Allah. Laknat-Nya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja, tetapi (juga) kepada mereka yang berada di negara ini.

Pelancong yang ingin minum arak, boleh minum di negara mereka. Malah mereka boleh mandi arak (di negara mereka)."

Beliau turut menegaskan bahawa sekiranya hari ini, diberi kebenaran pembukaan premis arak untuk kemudahan pelancong, akan ada permintaan untuk rumah urut, pelacuran dan kasino atas alasan yang sama pada masa hadapan.

Brunei memang dikenali sebagai sebuah negara yang tegas dan menjaga kebajikan rakyatnya. Bilalah Malaysia akan mendapat suasana seperti ini?

Adalah malang kepada ummah, apabila segala pintu maksiat dibuka hanya kerana alasan untuk menjaga hati rakyat bukan Islam. Misalnya, orang bukan Islam boleh membuka premis judi dan arak, asalkan ada papan tanda "DILARANG KEPADA ORANG ISLAM". 

Akibatnya, negara kita kehilangan berkat dan maksiat semakin menjadi-jadi. Tidakkah pihak berkuasa terfikir, azab Allah yang bakal tiba akan menghancurkan negara yang kita sayang ini?

8 comments:

  1. bagus kerajaan brunei,, pelancungan bukan tujuan maksiat.

    ReplyDelete
  2. rasa malu lak Malaysia benarkan jual arak

    ReplyDelete
  3. yups
    kerajaan Brunei memang bagus

    ReplyDelete
  4. Subhanallah...kagumnya saya!semoga Malaysia akan mencontohi ketegasan Brunei,supaya satu hari nanti kita akan dijauhkan drpd murka Allah.terima kasih bang,sy tak baca paper sgt pun.Tq sbb share kat sini =)

    ReplyDelete
  5. Salam Touyakaruma, memang kita patut malu, sebab ibu segala maksiat dijual tanpa dikawal dengan peraturan ketat.

    Hans, setuju..

    Iqbal,
    Kita kongsikan apa yang bleh kita bincangkan.. Ada baiknya berita seumpama ini, sebab mungkin bleh menyedarkan pihak di atas..

    ReplyDelete
  6. Cikgu, saya salute Brunei. Mereka tak takut pada manusia. Tak bimbang akan perasaan manusia. Tak payah susah susah nak jaga hati orang. Tapi mereka takut pada Allah S.W.T.

    Saya harap saya boleh merasai keadaan itu di sini.

    ReplyDelete
  7. Salha, makaseh singgah. Begitulah, jika pemimpin berjaya didik rakyat takut akan Allah, kita tak berdepan masalah yang berat dari segi sosial, seperti sekarang..

    Agaknya, Allah sedang menurunkan ujiannya kepada negara kita tanpa kita sedari.. Begitu banyak kemungkaran tidak dibendung, kini satu persatu masalah sosial mula menapak dalam masyarakat.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...