Tuesday, April 12, 2011

Guru Ditumbuk Hidung, Murid Dibelasah Hingga Mati.

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kisah seorang murid berusia 7 tahun dibelasah hingga koma, dan akhirnya menemui ajalnya, cukup menyebabkan masyarakat marah. Mana mungkin, seorang guru (yang juga penyelia) boleh bertindak keterlaluan sehingga mengambil nyawa seorang kanak-kanak yang baru mengenal erti hidup. Walau apa pun alasannya, saya bersependapat dengan majoriti ahli masyarakat yang tidak setuju dengan tindakan guru berkenaan. 

Kini guru tersebut di tahan reman dan bakal dibicarakan. Persoalannya, layakkah dia digelar guru? Bukankah dia sudah menjatuhkan martabat dan profesion mulia ini?

Kisah kedua, berlaku di Perlis juga. Seorang samseng baru berusia 14 tahun, menunjukkan kegagahan dengan membelasah guru wanita sehingga patah hidungnya. Guru tersebut dikatakan cuba meleraikan suspek yang sedang membuli seorang pelajar lain. Suspek tersebut kemudian ditahan reman dan dijamin RM3000 sebelum kesnya dipanjangkan. 

Dua kisah ini tidak berlaku di Afrika. Bukan berlaku di Amerika, tetapi di negara kita. Apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem pendidikan kita? Bukankah kedua-dua pihak, guru dan murid saling memerlukan? Ironinya, seorang insan tidak bergelar guru, jika tiada murid. Jika tidak menghormati guru, ilmu yang kita pelajari tidak mendapat keberkatan.

 

3 comments:

  1. Salam Sdr. Brahim

    Enah kenapa di akhir-akhir ini kejadian sebegini berlaku di alam pendidikan. Dulu di zaman saya bersekolah guru bebas bertindak ke atas muridnya dan disokong pula oleh Ibubapa. Saya pernah kena dengan guru di sekolah dan kesan di sekolah telah dilihat oleh bapa. Malangnya bukan saya dibela, tetapi kena lagi kat rumah oleh bapa dengan alasan "Kalau kamu tidak nakal dan tidak salah, Guru kamu tidak gila untuk menghukum dan merotan kamu. Bapa boleh nampak kesan rotan kerana pada zaman itu ke Sekolah berseluar pendek dan sasaran Guru saya adalah di paha dan betis!

    Yang peliknya di zaman itu tidak ada pula Murid Samseng/Pembuli atau Cikgu kena belasah oleh Muridnya atau disaman oleh siAyah Murid. Agaknya otak orang dulu lebih bertamadun dari sekarang kot?

    ReplyDelete
  2. makin naik takut pula saya baca ttg artikel ni. entah bagai manalah idup anak2 saya nnti.. makin naik bimbang & risau pula dbuatnya..

    ya allah, kau selamatkanlah hamba2 mu ini ya allah.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...