Tuesday, October 4, 2011

PYTHON RETICULATIS HAIWAN BELAAN EKSOTIK

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Python Reticulatis atau ular sawa adalah haiwan reptilia terpanjang yang sering ditemui di hutan-hutan Asia Tenggara. Ular dewasa boleh membesar sehingga lebih 8.7 m (28 kaki) tetapi kebiasaanya purata panjang ular ini antara 3-6 m (10–20 kaki).

Ular sawa merupakan reptilia yang tidak berbisa. Ia tidak menjadi ancaman kepada manusia kerana ular ini bersifat pemalu dan menjauhkan dirinya daripada kawasan penempatan manusia. Jarang berlaku serangan ular sawa terhadap manusia. Bagaimanapun pernah dilaporkan, di Johor, seorang penoreh getah mati dibaham seekor ular sawa pada tahun 1995. Walaupun tiada bisa, rahangnya amat kuat dan gigi tajamnya mampu mengoyak kulit  jika digigit olehnya.
Ular sawa boleh berenang dan mampu berlapar selama berbulan-bulan. Ia mempunyai persamaan dengan sepupunya, anaconda yang banyak ditemui di Hutan Amazon, Amerika Selatan. 

Habitat

Ular sawa tinggal di hutan hujan, dan sekitar belukar. Ia juga mudah ditemui di kawasan paya. Ia sering berlingkar di pokok atau menyerang hendap mangsanya dari hutan semak samun.

Pemakanan

Dalam persekitaran semula jadi, ular sawa makan mamalia terutamanya burung kecil. Pernah . direkodkan ia membaham beruang madu dan babi hutan. Ia boleh mengambil masa 10 minggu untuk mangsanya dihadamkan sepenuhnya.
Sebagai pemburu, ular sawa menangkap mangsanya dengan cara menunggu mangsa di kawasan tertentu. Ia menggunakan kelebihan badannya yang kuat untuk membelit mangsa sehingga lemas. Kemudian, ular ini membaham mangsanya dengan menelannya dari kepala, sehinggalah ke bahagian kaki atau ekor.

Pembiakan

Secara am, ular sawa betina menghasilkan antara 15 dan 80 biji telur dalam satu musim pembiakan. Suhu optimum pengeraman 31–32°C (88–90 °F), dan telur tersebut mengambil masa purata 88 hari untuk ditetaskan. Anak ular sawa yang baru lahir berukuran sekurang-kurangnya 2 kaki 2 kaki (61 cm).

Kepentingan

Ular sawa merupakan haiwan yang dilindungi. Habitatnya makin diancam oleh kemajuan dan pembangunan. Tanpa sokongan masyarakat, ular sawa akan hilang habitat semula jadi dan boleh pupus sekiranya tiada tindakan diambil oleh pelbagai pihak untuk melindunginya.

3 comments:

  1. Salam cikgu Izzuddin..

    Terimakasih atas perkongsian info yang menarik tentang ular sawa. Kak Tirana kongsi di shared items ye...tq

    ReplyDelete
  2. Makaseh kak. Saya dapat tangkap dua ekor anak ular sawa di dewan peperiksaan tiga minggu lalu. Alhamdulillah, di bawah jagaan saya dan beberapa orang guru, kami mandikan dan beri makan burung pipit serta tikus.

    ReplyDelete
  3. kalau jumpa depan2 memang lari sudah
    eheheheh

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...