Saturday, October 1, 2011

PM Mengecewakan Isi Hati Orang Melayu Islam

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Tidak perlu saya huraikan apa dosa Wee Meng Chee a.k.a Namewee kepada orang Melayu. Jika anda pembaca naif yang tak tahu apa-apa tentang anak muda Johor yang penah menuntut di Taiwan ini, anda boleh taip namanya di Youtube dan melihat betapa biadabnya dia terhadap orang Melayu dan agama Islam.

Persoalan yang menarik untuk saya ketengahkan adalah respons manusia paling berkuasa di Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak, Perdana Menteri yang saya hormati selama ini

Datuk Seri Najib dipetik sebagai berkata 'Namewee merupakan seorang individu yang ada kelainan tersendiri.'
Beliau juga berkata, "Saya tak nak beri komen, tapi sebab masing-masing ada kelainannya. Dia merupakan seorang yang ada kelainan dia, bukanlah merupakan seorang konvensional dari segi pendekatan pemikirannya,”


Saya kecewa dengan pandangan Datuk Seri Najib. Bertambah kecewa lagi apabila mendapati rakan-rakan yang sebelum ini mengkritik kebiadaban Namewee, juga menjadi lembut hati apabila secara terang-terangan Namewee menunjukkan sikap menyokong perhimpunan BERSIH melalui penghasilan filem merapunya, Nasi Lemak 2.0.

*Saya ingin menasihati rakyat Malaysia yang patuh pada peraturan, anda tidak akan mendapat perhatian PM jika kekal begitu. Anda harus ada sikap 'lain daripada yang lain'. Atau anda boleh buat kacau huru harakan negara, kemudian burukkan negara kepada dunia luar

*Bahasa yang digunakan adalah bahasa inversi, iaitu bahasa sindiran yang sinonim dengan masyarakat Melayu. Pemahaman secara tersirat amat diperlukan.

2 comments:

  1. Ada tekanan ke. sehingga pandangannya dilihat terpesong dari harapan masyarakat melayu

    ReplyDelete
  2. Pokli.. Di pihak Najib, mungkin ia berasa tindakannya rasional. Tapi saya anggap kebiadapan Namewee tak sepatutnya di'lupakan' begitu saja..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan