Sunday, January 8, 2012

Akhirnya Datuk Hassan Ali Dipecat Juga..(UPDATE)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya bukanlah ahli politik, malah bukan juga pemerhati politik yang tegar. Tapi sebagai rakyat Malaysia, yang cintakan agama, saya pernah beranggapan PAS adalah wadah terbaik untuk memartabatkan Islam kerana ketegasannya sebelum ini.

Jujur saya nyatakan di sini, saya antara orang yang mula-mula menziarahi Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang selepas PAS berjaya menguasai DUN negeri berkenaan pada pilihanraya umum (PRU) 1999.

Saya mengagumi ketrampilan (arwah) Ustaz Fadzil Noor yang pada hemat saya, seorang yang berpegang kepada prinsip PAS sejak dahulu lagi. Satu jawapan ustaz Fadzil yang masih saya ingat ketika beliau ditanya mengapa memakai songkok, jawapannya ialah, "Songkok bukan milik mutlak UMNO atau mana-mana kumpulan."

Apabila Datuk Hassan Ali bertindak mempertahankan agama semasa beliau menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor, saya masih mempunyai harapan bahawa PAS akan memegang prinsipnya dan mempertahankan beliau. Terlalu banyak isu berkaitan portfolio beliau termasuklah isu gereja, murtad, kalimah Allah, arak dan demonstrasi HIMPUN.

Rentetan 'keceluparan' dan keterbukaan Hassan Ali mendepani isu berkaitan Islam di Selangor, ia tidak disenangi banyak pihak khususnya beberapa orang Ahli Parlimen dan ADUN Pakatan Rakyat daripada DAP dan PKR. Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR) sebelum mesyuarat jawatankuasa disiplin parti telah memberi kata dua kepada PAS agar satu tindakan tegas perlu diambil terhadap exco Negeri Selangor tersebut kerana  melampaui batasan persefahaman dalam PR.

Saya masih ingat lagi kata-kata Datuk Hassan Ali dalam temu bual dengan media, "Jika memerintah Selangor pun kita (PAS) tidak mampu menegakkan Islam dan mempertahankan institusi raja Melayu, apakah yang kita harapkan apabila kita menguasai Putrajaya nanti?"

Hari ini,Hassan Ali sudah tidak lagi menjadi ahli PAS. Beliau bukan sahaja dibuang jawatan, tetapi juga keahliannya juga ditarik balik.Pelbagai respons pro dan kontra boleh dilihat di portal maya.

Sudah menjadi kelaziman, ini akan menjadi satu isu yang kontroversi dan boleh menjejaskan kredibiliti PAS yang selama ini pun dilihat sebagai 'tukang angguk' kepada PKR dan DAP.

PAS, kembalilah kepada prinsip asal.

2 comments:

  1. Byk yang saya setuju dalam tulisan cikgu nie.turut mengikuti bbrp isu2 yg hangat kebelakangan ini.politik mmg tidak dapat dipisahkan dari ISLAM..namun selagi mana ia sebuah "parti politik" ia masih boleh dikritik dan dperbetulkan..malah seharusnya perlu terus dikritkik sebaik salah 1 alat untuk mencapai matlamat (ISLAM) itu sendiri.

    ReplyDelete
  2. Parti yang dikritik tidak sanggunp membetulkan kesilapannya maka rosakkanlah perjuangan yang di bawa oleh alim ulama sejak penubuhannya. Muhasabah diri , fikirkan perjuangan apakah yang hendak dicari... perjuangan duniawi atau perjuangan menegakkan agama ALLAH yang dipertanggungjawabkan oleh ALLAH kepada umat manusia. Ingatlah ALLAH akan memperhalusi segala perbuatan kita di hari perhitungan.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...