Sunday, January 1, 2012

Kemalangan Ngeri Di Jalan Lekir-Sitiawan Membuka Tirai 2012 (UPDATE)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Ketika bersarapan dengan anak-anak di sebuah warung berdekatan, saya mendapat berita kemalangan ngeri melibatkan sebuah lori treler dan sebuah kereta yang berlaku lewat malam tadi. Jumlah korban agak besar, menyebabkan saya bergegas ke tempat kejadian yang tidak jauh dari rumah saya.

Setibanya di sana, lori treler masih lagi belum dialihkan, manakala sisa kenderaan dan gerai buah yang roboh masih tidak diurus. Beberapa orang termasuk seorang dua kenalan turut berada di sana.

"Anak murid cikgu jugak, budak Batu 14. Budak Batu 15 pun ada." Kata seorang kenalan memberitahu.

Berderau hati mendengar berita bahawa kemalangan tersebut meragut nyawa beberapa orang murid sekolah saya. Tanpa berlengah, saya terus ke rumah mereka. Setibanya di rumah seorang mangsa, saya mendapatkan khabar lebih jelas. 7 orang mereka dalam sebuah Honda Stream terbunuh manakala seorang lagi cedera ringan tetapi trauma. Pelajar saya yang terbunuh ialah Muhamad Kamil Samsuri,15; Mohamad Shadan Mohd. Arshad,15; Ahmad Faizal Ahamad Termizi,15; Mohd. Shafiq Riduan Yusof,16; Badrul Isa Sulaiman,20; dan adiknya Mohd. Hadi,17 manakala Khairul Faiz, 17 tahun cedera. Pemandunya, Mohd. Hisham Mat Zaki,23 merupakan abang angkat kepada Badrul dan Hadi.

Saya mendapat makluman daripada Nasarudin, abang arwah Kamil bahawa mereka dikebumikan dalam satu liang dan disembahyangkan di masjid Batu 14, Lekir setibanya dari Hospital Manjung.

Faizal, paling hadapan ketika satu kejadian di ladang sawit
Muhammad Kamil, saya temui kali terakhir minggu lalu ketika dia berjumpa saya sambil berbual tentang hala tuju selepas PMR 2011. Katanya, dia ingin ke Vokasional, tetapi dia sayangkan sekolah lama. Syafiq Ridzuan pula adalah pemain takraw sekolah. Dia seorang pendiam, tetapi tidak menimbulkan masalah disiplin. Faizal pula, pernah 'kantoi' bersama rakan lain di ladang sawit pada hari persekolahan. Walau apa pun yang pernah mereka lakukan, saya sudah memaafkan anak-anak ini. Moga syurgalah tempat mereka. AMIN..

Koleksi foto http://dahujan.blogspot.com/









Honda Stream yang terbalik
Bahagian belakang Honda Stream
Rempuhan dari treler yang membawa tong gas.
Terdapat cebisan mangsa di kereta  En. Osman






Moga Allah merahmati mereka. Ajal maut adalah ketentuan. Mati sudah pasti tetapi masanya sahaja yang kita tidak tahu. Semoga ini menjadi pengajaran kepada kita.

15 comments:

  1. ajal & maut di tangan allah...

    ReplyDelete
  2. Semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman... Memang sedih mendengar berita sebegini.. Tapi semua itu sudah ketentuan takdir. Susah nak lupa apatah lagi jika mangsa adalah seseorang yang kita kenali...

    ReplyDelete
  3. faizal dan kamil mmber sye.,.,sdh rrr.,.,

    ReplyDelete
  4. sedih...baru semalam kita bercerita tentang anak2 zaman sekarang...suka bebas dan tak suka di kongkong...tatkala itu lah kemalangan ini berlaku...

    ReplyDelete
  5. jalan maut,..,seminggu lepas dah 2 eksiden maut area jalan lekir ni,.,.,bt6 dan bt 12,.,.,hati2 lah kepada semua pengguna jalan raya,.,cukup merisaukan saya sebeb selalu guna jalan2 ni,.,.semoga allah SWT mencucuri rahmat kepada mangsa2,.,al-fatihah

    ReplyDelete
  6. jalan maut,..,seminggu lepas dah 2 eksiden maut area jalan lekir ni,.,.,bt6 dan bt 12,.,.,hati2 lah kepada semua pengguna jalan raya,.,cukup merisaukan saya sebeb selalu guna jalan2 ni,.,.semoga allah SWT mencucuri rahmat kepada mangsa2,.,al-fatihah

    ReplyDelete
  7. takziah kepada semua keluarga mangsa yang terlibat

    ReplyDelete
  8. Terima kasih semua pengunjung.. Beringatlah sesama kita.

    ReplyDelete
  9. Al-fatihah buat kawan kawan saya :'(

    ReplyDelete
  10. al-fatihah kpd smua mgsa..moge roh arwah dicucuri rahmat dan di tmpatkn di kalangan org2 yg beriman..amin..

    ReplyDelete
  11. waktu bujang2 dulu sekitar 2001 - 2002 saya biasa menggunakan jalan ini sewaktu posting di HSM dulu, setiap Jumaat balik ke KL dan Ahad balik semula ke Manjung. mmg sy elakkan dari berjalan mlm, kerana byk faktor2 seperti jalannya yg agak lengang, sunyi,lori byk dan juga sesetengah driver yg drive like they own the road! sy pula drive sorang2, lady driver pulak. klu dah lewat dari KL sy tido dulu di rumah kawan di Teluk Intan, pagi2 pas subuh baru sambung drive terus masuk keja.. kata org hidup biarlah sentiasa berhati2. memang ajal dan maut sudah ditakdirkan ttp ALLAh berikan kita otak dan akal untuk berfikir yg mana baik untuk kita dan sebaliknya. sekarang as a mother of a son, hati sgt senang tersentuh bila terdengar tragedi2 mcm ni, cannot imagine bagaimana perasaan ibubapa mrk.. lesson to learn is jaga lah anak2 kita,lihat dgn siapa mereka berkawan. biarlah over protective atau over control. anak2 amanah ALLAH..

    ReplyDelete
  12. kepade penguna2 jln tlog la jdkan pengajaran.... kalo kome x syg nyawe sendiri pon igt le pengune lain yg x bersalah.

    ReplyDelete
  13. Saya juga tumpang sedih atas berita ini. Al-Fatihah.

    ReplyDelete
  14. 2 beradik tu sepupu sy..sngt sedih di atas kejadian ini

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...