Wednesday, September 19, 2012

Industri Burung Walit

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

"Kerajaan tidak mahu harga sarang burung walit terus merudum. Dahulu harga mencecah RM6, 000 bagi 1 kilogram, sekarang jatuh sehingga RM1, 500. Jika perkara ini tidak diselesaikan, harga sarang burung walit akan jatuh ke RM800 atau RM700 sahaja,"Begitulah kata-kata Datuk Seri Noh Omar, yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Sebenarnya, isu burung walit akhir-akhir ini menimbulkan polemik dalam kalangan pengusaha sarang burung di seluruh negara. Ini diburukkan apabila Republik Rakyat China, yang sebelum ini mengimport produk tersebut dari negara ini mengenakan sekatan dan beberapa peraturan baru setelah mendapati kualiti sarang burung walit negara ini tidak menepati piawaian yang ditetapkan.

Satu ketika, sarang burung walit menjadi 'lubuk emas' kerana harganya mencapai RM7000 sekilogram. Bagaimanapun, perusahaan ini timbuh bak cendawan selepas hujan menyebabkan kualitinya menurun. Ramai pengusaha hanya berminat menghasilkan sarang burung walit berdasarkan kuantiti, bukannya kualiti. Bagi mengelakkan penurunan kualiti produk tersebut, kerajaan China mewajibkan syarat pemasangan Radio Frequency Identification (RFID) bagi memudahkan sumber burung walit dikesan, seterusnya memastikan kualitinya mengikut piawaian yang standard.

Menurut Noh, pemasangan RFID hanya dilakukan oleh pengeksport, bukannya pengusaha rumah burung walit. Malah, pengusaha hanya perlu mendaftarkan rumah tersebut dengan pusat veterinar. Dengan ini, pusat veterinar akan membuat pemantauan berkala terhadap rumah sarang burung walit mereka.

Satu protokol antara Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mewakili kerajaan Malaysia dan negara China pada 20 September 2012 merupakan langkah penting untuk menjamin sarang burung walit dari Malaysia dieksport ke negara itu tanpa masalah berbangkit.

Kementerian sebenarnya harus mengambil kira bunyi bising yang dihasilkan oleh muzik latar yang dipasang oleh pengusaha burung walit di negara ini. Ia merimaskan dan mengganggu ketenteraman masyarakat yang berdekatan.

1 comment:

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...