Tuesday, September 11, 2012

JAMUAN 'POTLUCK'

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya harus akui, Ustaz Mohd Imran, sahabat saya seorang guru yang pandai memasak. Semasa jamuan Hari Raya secara 'potluck', dia berbesar hati untuk memasak kambing yang disumbangkan oleh rakan kami, Hazlisham Haron.

Daging kambing yang dimasak itu siap dimasak dan dihidangkan kepada semua warga pendidik termasuk staf sekolah. Daging kambing itu lazat dan unik. Saya tidaklah makan terlalu banyak kerana bimbang juga kalau-kalau tekanan darah boleh naik mendadak.

Daging kambing yang dimasak dibalut dengan kertas aluminium
 Sebenarnya, biarpun wanita sinonim dengan tugas memasak untuk keluarga, orang lelaki juga mampu membuktikan keupayaan dalam kerja dapur. Kami teruja melihat cara daging kambing itu dimasak. Ustaz Mohd Imran bagai sudah biasa dengan kerja begini, jadi kebanyakan kami hanya jadi tukang tengok sahaja.


Ustaz Imran memotong daging kambing untuk dihidangkan kepada guru
Selain daripada hidangan daging kambing, guru-guru lain juga membawa juadah masing-masing. Antaranya ketupat, nasi impit, nasi kerabu, nasi goreng dan pelbagai kek yang beraneka bentuk. Hari itu, hampir semua guru dan staf tidak ke kantin sekolah kerana jamuan tersebut.

Setiap orang diberi kelebihan dalam bidang tertentu. Cuma, saya sendiri tidaklah berbakat besar dalam memasak. Apatah lagi untuk memasak kambing. Mungkin disebabkan isteri saya juga pandai memasak (berbanding saya), menyebabkan saya lebih suka menikmati hasil tangannya.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...