Wednesday, January 7, 2015

BANJIR PENUTUP KALENDAR 2014

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini, 

Dalam kekalutan menghadapi kehilangan pesawat Air Asia QZ8501 (yang akhirnya disahkan terhempas di Laut Jawa pada 26hb Disember 2014 dan ia berlaku hampir 10 tahun selepas tsunami gergasi melanda Asia Tenggara), negara juga berdepan cabaran menangani banjir besar. 

Peristiwa banjir di Kelantan, Terengganu dan  Pahang turut menjangkiti Perak, khususnya kawasan yang berdekatan Sungai Perak. Daerah Kuala Kangsar dan Hilir Perak serta Manjung turut mendapat tempiasnya.

Di Manjung, kawasan yang terlibat dengan banjir adalah Kampung Ulu Kayan dan Parit Jerman, kedua-duanya terletak di mukim Lekir. Di kawasan saya, ia juga berlaku tetapi tidak seteruk di dua kawasan yang saya nyatakan tadi. Rumah jiran saya, Asri atau lebih dikenali dengan nama Pak Abu telah dinaiki air separas buku lali. Beliau tenang menerima keadaan ini kerana telah biasa berdepan air separas lutut.  

Sebaik pulih daripada kesan 'jet lag' semasa umrah, saya sempat meninjau keadaan banjir di sekitar Kayan. Saya dapati mangsa banjir daripada dua kampung yang dinyatakan ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Kayan, kira-kira 2 km daripada kawasan bencana. Di situ juga pihak Polis, JPAM, Bomba, KEMAS dan RELA telah membuat persediaan menghadapi pelbagai kemungkinan. YB Datuk Rashidi Ibrahim turut serta menghulurkan bantuan meninjau keperluan di kawasan DUN Pasir Panjang tersebut.

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Apa yang saya lihat dengan keadaan rumah ditenggelami air, pastinya lebih berat untuk ditanggung oleh mangsa banjir itu sendiri. Biarpun tidak seteruk mangsa banjir di Manek Urai di Kelantan, musibah ini harus diterima secara berlapang dada, dan tidak menyalahkan takdir Allah. 
  
Banjir sebenarnya adalah isyarat daripada Allah untuk hamba-Nya.  Moga kita lebih menghormati isi alam terutama tumbuh-tumbuhan. Allah tidak menjadikan pokok-pokok besar hanya untuk mencantikkan lanskap bumi semata-mata. Dari segi geografi, pokok besar bertujuan mencengkam tanah dan menjadi pelindung kepada kepanasan matahari. Fotosintesis pula mengeluarkan Oksigen untuk bekalan kelangsungan hidup manusia dan haiwan. Apabila kita terlalu tamak meneroka hutan untuk membangunkan kawasan, banjir adalah kesan langsung daripadanya. 

Inilah harga yang perlu kita bayar akibat daripada kesilapan kita sendiri.


Rumah Pak Abu yang agak rendah telah dinaiki air separas buku lali

Jambatan Ulu Kayan dikhuatiri tidak mampu bertahan

Air deras dari arah petak sawah ke sungai menuju ke laut

Pokok sawit ditenggelami air

Banjir juga membawa rahmat dan rezeki kepada mereka yang berusaha

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

TUN DAIM YANG DERMAWAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Tun Daim Zainuddin, mantan menteri k...