Blog ini adalah pandangan peribadi saya, dan jika pendapat kita berbeza, tidak sepatutnya menyebabkan kita bermusuh. Kita boleh berkongsi cerita dan pandangan, asalkan menjaga adab sopan berbicara. Terima kasih kerana singgah di sini. Saya amat menghargai kunjungan anda.
Monday, December 18, 2023
MENJALA TALAPIA
Monday, October 23, 2023
MAK ANJANG KHALIJAH GURU MENGAJI YANG HEBAT
Bersama Mak Anjang dan anak anaknya |
Tuesday, October 17, 2023
PALESTIN BERDARAH LAGI, PEMIMPIN ARAB DAN ISLAM MEMBISU.
Wednesday, September 13, 2023
KEMBARA 4 TAHUN ADIL HILMI KE MESIR
Alhamdulillah syukur, terima kasih kepada pengetua dan guru guru SABK MIA (abangcik di sana sejak tingkatan hingga tingkatan 5) dan SABK Al-Mizan (STAM), jemaah surau Nur Al-Hidayah (tempat Abangcik menjadi imam solat fardhu) serta saudara mara, kenalan dan jiran tetangga sekitar Batu 10 Lekir yang mendoakan dan memberi kepercayaan, ada juga ang memberi sumbangan kepada abangcik.
Monday, September 11, 2023
TRIP MPSM MANJUNG KE SABAH 6 -9 SEPTEMBER 2023
Ikan air tawar di kampung Marakau |
Selain itu para peserta dibawa menikmati suasana dingin kaki gunung Kanabalu di Kundasang dan Desa Dairy Farm, memberi ikan makan di Bombon Kampung Marakau, berjalan di jambatan Tamparuli rumah terbalik dan menikmati keindahan batu karang di Pulau Sapi.
Kundasang Sabah sejuk mendamaikan |
Wednesday, August 23, 2023
TIPU DAYA SYAITAN (KITAB TALBIS IBLIS)
Wednesday, July 12, 2023
MENGINGATI KEMATIAN
(USTAZ AZMIL)
KITAB SAKARATUL MAUT ( halaman 164)
Kupasan ayat 'Sesungguhnya kamu tetap datang kepada Allah secara sendirian, sama seperti semasa kamu lahir ke dunia.'
1. Setiap insan pasti mati dan bersendirian berdepan dengan Allah di alam kubur.
2. Kisah seorang abid yang fakir, bernama Said bin Amir, dilantik sebagai Gabenor di wilayah Hims, di Syam. 4 perkara yang dilakukannya menyebabkan Khalifah Umar al-Khattab mengaguminya:
a. Keluar dari rumah selepas tengahari, kerana sebelah pagi beliau menguruskan hal keluarganya.
b. Dalam seminggu, satu hari diperuntukkan untuk menguruskan hal berkaitan keperluan keluarga, manakala hari lain untuk tugasan gabenor.
c. Tidak keluar rumah selepas solat Isyak, kerana ingin peruntukkan masa kepada Allah.
d. Kerap pengsan apabila mengingati kematian
3. Abu Al-Ittahiah seorang penyair yang berani mengingatkan khalifah Harun al-Rashid tentang kematian yang pasti ditempuhi.
4. Seorang sahabat, Rabi'ah bin Ka'ab apabila ditanya kehendaknya, lalu dia memberitahu kepada Nabi, dia ingin bersama Rasulullah seperti mana ketika di dunia. Nabi menyuruhnya banyak bersujud (beribadah) kepada Allah.
5. Abdullah bin Amru Al Ansari, menyertai perang Uhud dan syahid, Nabi s.a w. memaklumkan kepada anaknya Jabir bin Abdullah, roh ayahnya dinaungi sayap malaikat ketika diangkat ke langit.
KESIMPULAN:
Kehidupan kita umpama musafir yang singgah sementara di dunia. Banyakkan mengingati kematian dan ikhlaskan hati beribadah, bukannya mencari dunia semata-mata.
Untuk lebih mendapat penjelasan, datanglah ke majlis ilmu di surau kita.
Insyaallah, tidak rugi mendapat ilmu daripada para asatizah yang menyampaikan kuliah.
Terima kasih
Sunday, May 21, 2023
BOLING SANTAI SIPARTNERS PERAK 2023
Sunday, April 23, 2023
Blok BRICS Mengancam Dollar Amerika
Penggunaan USD sebagai mata wang antarabangsa menjadikannya sangat berpengaruh dalam ekonomi dunia. USD menjadi alat pembayaran utama dalam perdagangan dunia. Selain itu, USD juga menjadi instrumen dalam perdagangan komoditi seperti minyak dan emas.
USD yang stabil dan kuat telah mengakibatkan nilai tukaran mata wang negara-negara membangun seperti Malaysia menjadi lemah, menyebabkan harga barang dan perkhidmatan dari negara-negara tersebut menjadi lebih mahal. Hal ini mempengaruhi daya saing negara tersebut di pasar antarabangsa.
Selain itu, penggunaan USD juga menguntungkan AS, terutama dalam hal pengurusan pinjaman dan kewangan. USD memungkinkan AS mencetak Dollar bagi membiayai defisit anggaran dengan mudah, sementara negara-negara lain harus menstabilkan mata wang masing masing untuk mengurangkan risiko inflasi.
Friday, April 7, 2023
KEMBALI SEBENTAR KE SMK PANGKALAN TLDM
Monday, April 3, 2023
WARGA MANJUNG PANIK BEKALAN AIR TERPUTUS
Wednesday, March 22, 2023
AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN
Tuesday, March 7, 2023
Bak Pergi Buat Selama-Lamanya
Pukul 12.35 mlm ketika melepasi pekan Gerik, saya mendapat perkhabaran dalam grup keluarga KAW, Bak sudah tiada buat selama lamanya. Perjalanan diteruskan hingga saya turun di bulatan Batu 6, dan sampai di rumah mentua selepas solat subuh di Masjid Pantai Batu Rakit.
Friday, February 24, 2023
KISAH INSPIRASI YANG BOLEH MENJADI PANDUAN KITA
Wednesday, February 8, 2023
TERRENCE TAN, TAK NAMPAK DUNIA TAPI TERANG MATA HATI
Terrence Tan yang cerah mata hati |
Monday, January 30, 2023
HEBATNYA ALLAH MENCIPTA SUKUR IBRAHIM
Thursday, January 26, 2023
MENANGANI TEKANAN PERASAAN (STRES)
Monday, January 9, 2023
Pemuda Yang Baharu Melihat Dunia
MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...
-
Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Hari ini, Rabu 23 Mac 2011, keputusa...
-
Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Kisah pembunuhan seorang pensy...
-
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Sudah lama saya tidak menghadiri ...