Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Saya menyusun 10 jari memohon maaf dan khilaf yang telah dilakukan. sama ada dalam hubungan maya atau hubungan fizikal sesama kita.

Hakikatnya, hari raya adalah hari kemenangan bagi umat islam yang telah berpuasa dan menahan nafsu sepanjang sebulan Ramadhan.

Orang yang paling seronok sebenarnya, ialah kanak-kanak. Selain dapat berbaju baru dan duit raya, sesetengah mereka pulang ke kampung untuk bertemu nenek dan datuk. Sebagai contoh, anak-anakku yang begitu teruja balik kampung dan berjumpa Tokki dan Tok Chek mereka.

Bagi aku, zaman gembira berhari raya sebenarnya sudah berlalu. Kenangan berhari raya dahulu hanya kenangan yang akan kubawa hingga mati.

Apabila menonton iklan raya, kisah tentang bapa dan anak yang berbual, hatiku tersentuh apabila dialog tersebut dibualkan. Antara petikan dialog yang membuat aku tersentuh ialah:

Anak: Siapa ada di kampung, ayah?
Ayah: Dulu ada nenek dan datuk..kini dah tiada.
Anak: Habis, mengapa kita balik?
Ayah:(sebak) Sebab ayah tak pernah balik semasa mereka masih ada.

Moral: Hargailah orang tua, tak kira sama ada ibu bapa kandung atau mertua selagi masih ada.



3 comments:

  1. Waaa...udah balik kampung ya Pak. Selamat Menyambut Hari Raya, AidilFitri ye Pak!

    ReplyDelete
  2. salam buat cikgu idola ku...mr.noor izzuddin..jue jugak nak ucapkan slamat hari raya..maaf atas segala keterlanjuran kata yang sengaja mahupun tidak.halalkan ilmu yang telah dicurahkan kepadaku..sesungguhnya apa yang diperolehi amat mematangkan diri ini.doakan agar kejayaan terus menjadi milik anak muridmu ini..jue berharap agar cikgu akan terus menabur bakti sehabis baik untuk generasi yang akan datang...wassalam -juzaidah@miss jaz-

    ReplyDelete
  3. jgn lupa jenguk2 ler my blog. http://juzaidah.blogspot.com.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...