Saturday, November 15, 2008

Selamat Menduduki Peperiksaan, Aku...

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Hari ini, hari terakhir kursus di Copthorne yang serba indah ini. Tapi ia hari yang lebih mengganggu, kerana hari ini juga aku dan rakan lain dari seluruh zon Utara (Perak, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang) akan menduduki peperiksaan yang disebut Ujian Akhir Kursus (UAK).

Inilah tugasan terakhir sebelum kami melengkapkan kursus PTK DG44. Sebelumnya, kami mesti menyiapkan tugasan individu antara 15-20 halaman. Kami wajib mengikuti enam siri ceramah sepanjang berada di sini.

Kami mesti memberikan public speaking dan pembentangan bahan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu secara individu. Semalam, kami membuat pembentangan kumpulan dan hari ini, UAK membawa kepada 40% markah keseluruhan.


Grup Ismadi, Hj Khairudin, Cikgu Zainab sedang buat pementasan kisah gejala sosial di Cafe Siber. Kami ketawa berdekah-dekah dengan lawak selamba Ismadi. Somchit di hujung sana jadi pembaca berita.Haaiyon jadi wartawan. Cikgu Azahar(berkaca mata) jadi Inspektor Sahab...

Sebelah kiri ialah juri (Juri pertandingan?). Yang lain sebagai penonton yang menyaksikan persembahan kumpulan lain. Kumpulan aku ketika ini dah lega. Kami yang pertama buat persembahan dalam bentuk mesyuarat.

Persediaan? Entahlah. Semalam aku menyertai perbincangan kumpulan bersama guru-guru yang lebih senior. Antaranya, Haji Ibrahim (aku hormati dia sebagai seorang yang berpengalaman dalam hidup, ada gaya seorang guru), Cikgu Maizatul, Cikgu Halim, Cikgu Zuhida, Cikgu Chang dan ustazah Zaliha.
Sesi sumbang saran dan perbincangan kumpulan. Semua nampak serius dan beri perhatian. Aku saja yang snap sana, snap sini...

Malam, tadi, bersama room mate dan Cikgu Hassan dari bilik sebelah. Nak kata sedia, mungkinlah, tapi tidak mantap.

Semuanya dalam bentuk aplikasi terhadap tugas Pengajaran dan Pembelajaran. Ada rezeki anak-anak, luluslah. Tahun depan, PTK DG44 hanya melalui peperiksaan. KPM tiada duit untuk buat kursus seperti ini lagi.Aku dan Hj Ibrahim, antara senior yang boleh menjadi panduan dalam melayari hidup penuh mencabar. Banyak tips kehidupan yang diberi, untuk membantu aku menjadi manusia yang brtanggungjawab kepada tugas sebagai pendidik dan suami, ayah.

Yang penting, aku selesai menjalani kursus yang memeritkan ini. Memanglah perit, sebab terpaksa meninggalkan isteri dan anak-anak tersayang selama seminggu. Insya-Allah, hari ini aku akan pulang, dan aku harap perjalanan itu tidak bermasalah. Doakan, ya...

P/s: Teringat tentang nasihat Azza, rakan blogger aku, agar tak terlalu 'open' di blog ini. Bahaya, pesannya.. Patutlah Tirana tak tampilkan diri sebenar, fikirku. Apa pun, semuanya bergantung kepada niat. Aku harap tak ada orang yang berniat jahat melayari blog ini. Tapi rambut sama hitam, berhati-hati macam Azza dan Tirana, lebih baik.

15 comments:

  1. Alhamdulillah..kursus dah tamat..Tentu lega ye Cikgu Izzuddin. Mudah-mudahan cikgu lulus dengan cemerlang...hehehe..Tak sabar nak jumpa isteri dan anak-anak tentunya.. Selamat dalam perjalanan pulang, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Tirana,

    Begitulah adanya. Anak dan isteri memang keutamaan saya. Jauh di mata, dekat di hand phone. hehehehehe

    ReplyDelete
  3. cikgu din, perasan kat p/s tu. saya baru nk curi gambar cikgu nak bomoh.huhu...

    welldone..

    Doa dah, Usaha dah, Ikhtiar dah, Tawakal je la...D.U.I.T

    ReplyDelete
  4. Good luck u exam. semoga dapat 4-4. Saya antara batch yg amik exam tahun depan. Ada sejuta rahsia yg Allah janjikan kenapa saya tak perlu menjalani kursus.

    sentiasa berhati-hati amalan yg baik tp semuanya terpulang pd niat di hati...

    ReplyDelete
  5. Razor,

    Boleh 'bomoh' guna foto di internet ker? Patutlah Azza bimbang..

    Hihihihihihihihi..

    ReplyDelete
  6. Hazlin,

    Puan 'beruntung' sebab tak perlu sedia tugasan, kursus public speaking, bla..bla..blala..alabla...

    ReplyDelete
  7. salam..
    erkk...boleh bomoh ke guna foto kat internet..?..canggih2 betul..hehee..

    azza ckp dr pengalaman..sb penah terkena..br mggu lps..tersebar cerita apabila ada sorang manusia masuk ke blog azza semata2 nak check psl azza...nasib baik dapat tahu dr kwn2...tapi cerita tetap dah tersebar di sebuah forum...rs down skjp..skrg ni alhamdulillah..dah kembali tenang..alhamdulillah suami paham...sb cerita ni melibatkan suami juga...anak turut disebut dlm cerita ni...anak..bila masa azza ada anak...ermm..
    ni la org yg suka amik tahu hal org tanpa pk dimana kewajaran dan rasionalnya...

    ReplyDelete
  8. tahniah...semoga berjaya ye cikgu...sy orang baru dalam ni...baru nak blaja...best blog ni...mcm semua cikgu2...boleh la nak minta tips2...hehe...

    ReplyDelete
  9. cikgu izzuddin
    semoga dapat 4,4 dalam ptk. UAK senang ke? lega kan bila selesai kursus nie. alhamdulillah

    ReplyDelete
  10. cikgu ein..

    kisah orang hendak menggunakan kesempatan atas apa yang ditulis pada blog memang ramai yang dah kena.. termasuk saya.. dulu pernah rasa nak tutup blog (smpi ada yg buat utube lagik cerita pasal saya tau).. tapi saya kuatkan semangat.. tapi lama-lama fikir.. kalau cerita yang disebarkan tak betul.. lama2 yg xbetul tu org akan tau juga.. manusia bukan bodoh dan tidak semudah itu juga untuk diperbodohkan..

    Insyallah.. semoga dapat keputusan yang cemerlang.. dapat naik gaji n gred..

    ReplyDelete
  11. Azza, dan Iina,

    Terima kasih peringatan seumpama ini. Maknanya, kena berhati-hatilah. Kalau Azza dan Iina pernah diuji, tentunya saya juga boleh hadapi kedaaan begitu.

    Moga-moga tidak...........

    ReplyDelete
  12. cikgu..itu antara sbb sy tutup blog..kalo saya mulakan berblog semula, saya x mahu terang2an lg..serik :(

    wilda

    ReplyDelete
  13. Wilda dan Azza,

    Moga kita kekal dgn persahabatan yg tulus, ikhlas dan jujur. Begitulah harapan saya pada semua blogger.

    Mungkin blogger perlukan etika..

    ReplyDelete
  14. oh.. ada sesi lakunan-lakunan, teringat zaman saya dulu, tapi yg menang adalah grup lain, dorang buat lakunan 7 dwarfs (menggunakan pelakun2 lelaki tahap tinggi melampau).

    opening kat blog, saya mmg tak suka. tapi kalau ada orng nak kena-kenakan, pelbagai cara dorang boleh guna, bukan sekadar berbomoh, tapi termasuklah sabotaj, memburuk2kan bla bla bla, mcm ada member saya pernah terkena.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...