Thursday, November 13, 2008

Pastilah Sudah, Bahasaku Merempat Di Bumi Sendiri..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Kupetik berita daripada BERNAMA tentang pandangan (atau keputusan?) Menteri Pelajaran tentang nasib bahasaku di bumi bertuah ini.

Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris tidak gagal

KOTA BAHARU: Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan sejak 2003 tidak gagal dan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang diumumkan hari ini, membuktikannya, kata Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Katanya, beliau bangga dengan keputusan itu kerana jumlah calon yang lulus dalam semua subjek adalah tinggi walaupun jumlah calon yang mendapat 5A berkurangan sedikit.

"Ini bukti PPSMI ini tidak gagal tetapi saya tidak katakan dasar ini sudah lengkap atau tepat dan ia boleh diperbaiki," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Jubli Emas Sekolah Kebangsaan Paloh Pintu Gang di sini, hari ini.

Hishammuddin berkata demikian mengulas desakan termasuk daripada tokoh akademik yang mahukan subjek Sains dan Matematik kembali diajar dalam Bahasa Malaysia bagi mengelakkan bahasa itu terpinggir.

Pada pengumuman keputusan UPSR hari ini, seramai 46,641 atau 9.2 peratus daripada 518,616 calon memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimudin Mohd Dom ketika mengumumkannya berkata keputusan itu adalah lebih baik berbanding purata 7.8 peratus yang mencapai keputusan yang sama untuk tempoh lima tahun sebelumnya.

Mengulas perkara itu, Hishammuddin berkata pada UPSR lalu, 57 peratus calon telah menjawab soalan menggunakan Bahasa Inggeris dan ia membuktikan calon juga selesa untuk menggunakan bahasa tersebut dan ia merupakan satu kebanggaan kementerian.

"Jauh sekali untuk kita meminggirkan Bahasa Malaysia ini tetapi pada masa yang sama apa yang Kementerian lakukan adalah mahukan pelajar turut mempraktikkan Bahasa Inggeris demi masa depan mereka," katanya.

Hishammuddin berkata rumusan terhadap keputusan UPSR itu akan dibawa ke persidangan meja bulat yang akan diadakan nanti dan dibentangkan kepada anggota persidangan itu sebelum dibawa ke Kabinet.

BERNAMA

Khabar angin sebelum ini kuat bertiup bahawa bahasa Melayu akan kembali digunakan dalam pengajaran Sains dan Matematik.

Tapi, berdasarkan senario terbaru, harapan untuk melihat bahasaku kembali perkasa, nampaknya, semakin malap. Bahasaku dihina di buminya sendiri..

Emosikah aku? Sedangkan menteri kata, jangan beremosi. Entahlah. Berbagai-bagai perasaan bersarang dalam hati.

Keputusan UPSR bukanlah boleh dijadikan ukuran. Aku masih berpendapat, bahasa Inggeris penting dan boleh dipanjangkan masa pengajarannya. Tetapi, jangan korbankan subjek sains dan matematik.

Anak orang bandar, yang ibu bapanya mempunyai pendedahan luas tentang bahasa ini, akan dapat banyak manfaat, berbanding anak Wak Sabran di Ulu Kayan, anak Munisamy di Estet Arcadia, anak Ah Chai di pedalaman Tg. Tualang.

Bahasaku sedang ditalkinkan...

Guru? Apalah sangat nak dibandingkan elaun PPSMI dengan remuknya perasaan melihat anak bangsa terkulat-kulat nak memahami isi pelajaran..
(Datuk Menteri Pelajaran dan Datuk Ketua Pengarah Pelajaran, sudi baca blog saya ke?...)

11 comments:

  1. salam..
    di sekolah td dibincang/diulas panjang lebar oleh kami..guru bi, maths, sains dengan pandangan mereka..guru lain yg terbabit secara langsung tapi turut menyumbang dlm mdidik anak bangsa juga punya pandangan sndiri..semua org terkena tempias....ermm..

    ReplyDelete
  2. payah jugak jadi guru ni kan?

    hmm...

    ReplyDelete
  3. Salam sdr.

    Saya yang bukan guru ni lagilah tak faham tentang dasar kementerian pelajaran. Dulu saya di sekolah emputeh. Selepas beberapa tahun sekolah emputeh dihapuskan. Lepas sekarang timbul pula nak jadi emputeh.

    Jepun yang tak tau berbahasa inggeris pun maju mengatasi kebanyakan negara barat. Jadi apa masalahnya. Memang saya keliru atau saya yang bodoh?

    ReplyDelete
  4. Saya lebih simpati kepada pelajar luar bandar seperti saya,merangkak nak jadi pandai apatah lagi dalam BI.

    ReplyDelete
  5. Azza, guru ni pelaksana, Menteri dan orang-orang bijak ' di atas sana' pembuat dasar.

    Ikut jer lah..

    ReplyDelete
  6. Razor, setiap kerja, ada susah dan senang.

    Payahnya jadi guru sebab kita berdepan dengan manusia yang ada hati dan perasaan, bukan mesin.

    Tak boleh samakan kejayaan seorang jurutera menghasilkan sebuah kereta dengan seorang guru yang bertungkus lumus membentuk dan mendidik manusia.

    Tapi setiap orang ada peranan.

    Saya kecewa dan sedih kalau orang hentam integriti guru.

    Mungkin ada manusia bergelar guru yang perangai tak senonoh. Logiklah, Ramai, hampir 300,000 orang di seluruh negara kita.

    Macam-macam perangai....

    ReplyDelete
  7. Mountdweller,

    Tuan bukan guru, tapi bapa kepada dua orang puteri. Sedikit sebanyak, ada sifat guru yang mendidik, mengasuh dan mengajar mereka jadi manusia.

    Guru juga lah tu......

    ReplyDelete
  8. Saudaraku Rahisam,

    Saya mengajar di luar bandar, dan berasal dari luar bandar. Saya dapat rasakan perasaan bebudak yang berdepan dengan suasana begini.

    Kita serupa kot?

    ReplyDelete
  9. Salam cikgu Izzuddin..

    Setuju dengan Cikgu, murid2 yang tinggal dibandar tiada masalah dengan bahasa inggeris. Saya tinggal di KL, anak-anak saya berkomunikasi dalam bahasa inggeris, di rumah dan di sekolah. Itu bukan beban bagi mereka. Tapi saya berasal dari kampung. Saya tahu keadaan murid-murid di kampung. Tak ramai yang boleh berbahasa inggeris. Saya pernah menjadi tutor BI untuk budak2 sekolah semasa di KB. BI mereka lemah sedangkan subjek lain ok belaka. Dengan ketiadaan asas BI seperti vocab dan grammar, murid-murid akan menghadapi masalah untuk menguasai dua subjek itu.

    Saya setuju murid-murid kena mahir berbahasa inggeris kerana bahasa juga merupakan cabang ilmu dan dalam dunia pekerjaan sekarang, bahasa inggeris perlu credit (kawan saya baru bagitau seya semalam) tapi untuk mengajar BI dengan menggunakan Maths dan Science, saya kurang setuju. Itu bukan caranya. Untuk mengajar bahasa, kita perlu menggunakan bahasa itu sendiri..bukan menggunakan subjek lain. Bahasa, tidak kira bahasa apa perlu diajar ketika anak-anak masih kecil, di bawah 6 tahun kerana waktu itulah yang paling efektif sekali. Bila dah tua macam kita ni..boleh juga, tapi agak susah. Jadi pada pendapat saya, kalau nak tingkatkan kemahiran berbahasa inggeris di kalangan penduduk Malaysia, didik anak-anak tadika kita menggunakan bahasa inggeris..fokus pada mereka. Untuk murid-murid yang dah terlajak macam kita (hehehe..), we have to learn BI by hard. Sekolah patut buat kursus intensif BI. Belajar segala-galanya tentang BI (vocab, grammar dll). Bila kita dah ada asas BI, tak menjadi masalah sangat untuk mengaplikasikannya. Bayangkan murid yang tiada asas langsung dalam BI, macam mana diorang nak menjawab soalan Maths dan Science dalam BI? Murid-murid di sekolah2 kampung selalu menjadi mangsa. Kalau dulu, BI aje yang mereka lemah, sekarang tambah lagi dua, maths dan science...

    ReplyDelete
  10. Tirana, saya hormati pandangan puan. Puan adalah lambang ibu yang ada ilmu, yang berpendidikan dan sering beri pendapat yang bernas.

    Benar, BI penting. Saya setuju BI diajar lebih panjang, tingkatkan kualiti guru BI, Naikkan tarafnya. Jadikan mata pelajaran wajib lulus, macam bahasa Melayu.

    ReplyDelete
  11. abis tu apa keputusannya wak? anak maksu tahun dpn upsr, si kaklang tu. ckp melayu ker omputeh?

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan