Monday, November 17, 2008

Hidup Ini Lakonan atau Realiti?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Manusia ini sebaik-baik kejadian
. Itulah yang dinyatakan dalam Quran. Bagaimanapun, aku tersentak apabila membaca kisah penkid, gay, bunuh membunuh, haruan makan anak dan seumpamanya. Inilah lakonan hidup manusia.

Gambar hiasan

Penkid atau perwatakan wanita yang 'berlagak lelaki', semakin menjadi virus yang merebak dalam masyarakat hari ini. Lakonan sahajakah mereka?

Tamadun barat semakin hancur, Budaya Kaum Lut menjadi cara hidup

Lelaki yang mengamalkan cara hidup 'gay' atau berhubungan seks sesama jenis, semakin dominan di bandar-bandar besar dan kecil. Mereka berlakonkah?

Semalam, hatiku terusik lagi dengan kematian seorang lelaki yang lehernya ditusuk ketika dalam perjalanan pulang ke rumah. Dia bapa kepada beberapa orang anak, dan suami kepada seorang wanita. Sebelum itu, berita seorang petugas stesen minyak dibunuh oleh perompak di Kuala Kangsar juga merentap jantungku.


Manusia hari ini tidak menghargai nyawa,
mudah sangat membunuh dan dibunuh.

Kisah bapa merogol anak, abang perkosa adik dan datuk menodai cucu, semakin memenuhi dada akhbar. Lakonan atau realitikah ini?

Ketika pulang dari Penang, keretaku terbabas di laluan Taiping-Trong. Laluan kawasan itu memang banyak selekoh. Kealpaan sebentar menyebabkan ia hampir-hampir meragut nyawa dua ibu yang menumpang keretaku. Kami selamat kerana tiada kenderaan dari arah depan, atau belakang yang menabrak keretaku. Syukur kerana Allah masih panjangkan umurku. Inilah babak dalam lakonan hidupku. Andai aku bertembung kenderaan lain ketika itu, mungkin blog ini hanya tinggal sejarah. Lakonankah ini?

Baru-baru ini, media Singapura menganggap bumi Johor semakin tidak selamat, kerana warganya sering dijadikan sasaran penjenayah.

Aku rasakan Malaysia semakin tidak selamat. Atau rakyat Malaysia sudah hilang nilai moral? Adakah polis kita semakin tidak cekap?

11 comments:

  1. serius..

    mcm baca karangan kat sekolah dulu...

    tiada komen yg panjang untuk entry ini..saya juga tertanya2 sepeti cikgu..

    tak perlu bertepuk dada untuk tahu selera kita. sekiranya kita benar2 tak berselera..

    hmm...

    ReplyDelete
  2. Bukan polis tidak cekap..tetapi rasa kemanusiaan yang semakin tipis terhakis...sedar atau tidak rata2 kita mementingkan diri sendiri...
    berapa ramai yang mahu berfikir dulu sebelum melakukan sesuatu ... hmm berdasarkan keadaan sekeliling sekarang tak ramai...

    from dijamina.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. itu lah resam hidup di muka bumi ini cikgu...semua ada pasangannya malams ngan siangs, baiks ngan buruks, tidurs ngan celiks, lelakis ngn perempuans...yang melawan tabiie tu maknanya sengaja melanggar hukums tuhan..gi tu juga kot..ada poliss sbb. tue lah ada pembunuh dan perampoks...hik..hik..ni komen ke apa ni cikgu?...

    ReplyDelete
  4. oh... kita melakonkan watak kita, tapi kita ada akal fikiran utk buat adjustment.

    semoga kebaikan sentiasa memfollow anda.

    errr, boleh tak jawab tag dari maksu? dated hari ni.

    ReplyDelete
  5. brahimnyior, unsur kecindan tu apa maksudnya?

    ReplyDelete
  6. Maksu,

    Kecindan itu maksudnya unsur humor. Dalam Pengajaran dalam kelas, guru perlu ada unsur kecindan untuk mengelakkan pembelajaran menjadi kaku. Misalnya, Maksud selalu masukkan unsur kecindan dalam posting, sehingga membuatkan saya senyum sendirian membacanya.

    Saya kekadang tak upaya nak wujudkan unsur kecindan.

    Kecindan=Humor atau komedi

    ReplyDelete
  7. Apa yang dilakonkan sekadar komersial kerana karya seni alasannya.

    Tetapi bila realiti semuanya kata tak logik alasan hak asasi manusia. Segala mcm aksi tak payah nak tengok pelakon filem, dunia realiti lebih menggerunkan.

    ReplyDelete
  8. Terkedu baca cerita Cikgu Izzuddin.. Keadaan sekarang semakin menakutkan.. Banyak faktor yang menyebabkan keadaan seperti ini berlaku..namun ibu dari segala itu semua ialah kurangnya ilmu agama dan iman dalam diri sehingga dikawal oleh nafsu dan menjadikan syaitan sebagai kawan.

    ReplyDelete
  9. Ada cerita positif dan negatif. Yang baik buat teladan,tak baik buat sempadan. Selamat kembali.

    ReplyDelete
  10. ..Ramai manusia sibuk setiap hari membersihkan dan mencantikkan diri yang lahir. Tapi anggota batinnya dibiarkan kotor dan berdaki. Padahal rosaknya kehidupan di dunia berpunca daripada kekotoran batin.

    ReplyDelete
  11. kan ada yang kata dunia nie satu pentas dan kita manusia adalah pelakonnya. jadi ada yang menjadi dirinya yang sebenar dan ada yang menjadi pelakon dengan macam2 watak.
    mungkin mereka nie adalah pelakon yang tak jumpa diri mereka yang sebenarnya???

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan