Tuesday, November 25, 2008

BERKAT REZEKI KERANA SEDEKAH

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.


Adik (ipar)ku Wan Murzulaika yang menuntut di UHTM, Batu Pahat Johor, sering menghantar beberapa emel berupa renungan yang menarik untuk kuhayati. Satu daripadanya ialah renungan berikut. Terima kasih Ika..

Kekayaan tidak membawa erti tanpa ada keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta/rezeki yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan akan dirasakan sempit dan susah meskipun banyak harta.

Dalam kisah Nabi, ada diceritakan Nabi Ayub ketika sedang mandi tiba-tiba Allah datangkan seekor belalang emas dan hinggap di lengannya. Baginda menepis-nepis dengan bajunya. Lantas Allah berfirman 'Bukankah Aku lakukan begitu supaya kamu menjadi lebih kaya?' Nabi Ayub mejawab 'Ya benar, demi keagunganMu apalah makna kekayaan tanpa keberkatanMu' . Kisah ini menegaskan betapa pentingnya keberkatan dalam rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Cara untuk mendapatkan keberkatan daripada Allah.

1. Bersyukur atas apa yang diberikan oleh Allah.

2. Belanjakan harta pada jalan yang diredhai oleh Allah.

3. Berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal

4. Keluarkan sedekah wajib (zakat) jika sampai nisab dan berikan sedekah sunat kepada orang miskin dan anak yatim.

5. Bersedekah kepada anak yatim/miskin kalau boleh setiap hari. (cari anak-anak yatim untuk diberikan). Insyallah akan diganti oleh Allah tanpa kita sedari.

6. Ikhlaskan pemberian/sedekah hanya kepada Allah bukan mengharapkan pujian dan sebagainya. (Pemberian tangan kanan tanpa diketahui tangan kiri). Sedekah mulakan dengan keluarga sendiri dahulu selepas itu barulah kepada jiran dan orang-orang yang lebih jauh. Jangan anggap pemberian itu hak kita sebenarnya dalam harta kita ada hak mereka.

7. Hulurkan pemberian sunat secara rahsia – tetapi pemberian wajib (zakat) perlu diberi secara terangan sebagai menegakkan syiar Islam.

8. Konsep sedekah : berikan sesuatu yang kita sayangi. Ini jelas dalam ayat Quran Ali Imran ayat 92

9. Cari harta dunia untuk dijadikan bekalan akhirat. (Dunia untuk akhirat - bukan dunia untuk dunia)

10. Amalan yang diberkati ialah hasil peluh sendiri dan juga melalui jualbeli (perniagaan) . Menurut Nabi 9/10 (90%) daripada sumber rezeki ialah berpunca daripada perniagaan. Makan gaji mungkin 1/10 sahaja (10%). Nabi Muhammad sendiri sebelum diutus menjadi
rasul adalah seorang ahli perniagaan yang jujur, cekap dan amanah. Peniaga yang amanah akan dibangkitkan bersama para nabi dan rasul di akhirat kelak. Perniagaan merupakan amalan fardu kifayah. Barang makanan orang Islam sepatutnya dikeluarkan sendiri oleh orang Islam. Kalau tidak ada menjalankan aktiviti ini, seluruh umat Islam berdosa.

11. Hulurkan bantuan kepada janda yang ketiadaan suami.

Dalam satu hadith, Nabi menerangkan setiap awal pagi, semasa terbit matahari ada dua malaikat menyeru kepada manusia di bumi. Yang satu menyeru 'Ya Tuhanku, kurniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kerana Allah. Yang satu lagi menyeru 'Musnahkanlah orang yang menahan hartanya (lokek)'

Orang yang bakhil tidak manfaatkan hartanya untuk dunia dan akhiratnya. Menginfaqkan (Belanjakan) harta adalah berkat, sebaliknya menahannya adalah celaka. Dalam hadith lain, nabi bersabda takutilah api neraka walaupun dengan sebelah biji tamar. Dan sabdanya lagi Sedekah itu penghapus dosa sebagaimana air memadam api.

Sedekah walaupun kecil tetapi amat berharga di sisi Allah. Dan digalakkan memberi sedekah pada awal pagi.

Sekiranya dapat diamalkan perkara-perkara di atas, insyallah rezeki yang dikurniakan oleh Allah akan kekal walaupun telah digunakan. Allah akan membalas atau menggantikan apa yang telah dibelanjakan. Amalkan ilmu yang ada, nanti Allah akan menambahkan ilmu lagi. Begitu juga harta - belanjakan harta yang ada, Allah akan tambahkan lagi dari sumber yang kita tidak ketahui.

p/s: Teringat kata pujangga: Orang yang murah hati sentiasa rasa besar hati menolong orang lain, manakala orang yang bakhil akan berasa berat hati membantu mereka yang memerlukan.

Aku dan anda, bagaimana ye?

10 comments:

  1. Salam dan selamat pagi cikgu Izzuddin..semoga ceria hari ni..

    Kalau kita tengok para sahabat Nabi dulu..pagi dapat harta, petang dah habis mereka bahagi-bahagikan harta tersebut kepada yang layak diberi bantuan. Kita sekarang bagaimana??? Mungkin nak sedekahkan seringgit pun berkira agaknya (saya la tu..hehehe..) Betul kata cikgu Izzuddin, harta selagi di sedekahkan, makin banyak yang kita dapat..bermakna rezeki kita makin bertambah jadi jangan lah takut miskin untuk bersedekah. Begitu jugak ilmu..semakin banyak yang kita kongsikan, semakin bertambah ilmu kita dan semakin mudah untuk kita memahaminya.

    ReplyDelete
  2. Tirana,

    Puan bagai kakak yang menasihati adiknya.

    Saya doakan puan, suami dan anak-anak sentiasa dalam rahmat Allah.

    Cuba bayangkan begini, 1 masjid, 500 orang solat Jumaat x RM1 x 4 minggu= RM2000.00 sebulan. Dengan RM2000 itu kita buat majlis ilmu, tapi selalu kita lihat di masjid, tandas selalu kotor..

    Selalunya masjid kita kotor, nape perlu tunggu tender kerajaan cuci tandas? Tak boleh guna duit tabung tu? Gajikan bekas penagih dan budak muda yang tiada kerja, sekurang-kurangnya mereka dapat pendapatan, kan?

    ReplyDelete
  3. yop brahim - ini ada satu pandangan mengenai sedekah ( memberi ) - orang yg memberi ini kita kelompok kepada dua : MEMBERI DAN MENGAMBIL.Orang yg MEMBERI tidak akan pertikaikan APA AKU AKAN DAPAT - sementara orang yg MENGAMBIL dihujung APA AKU AKAN DAPAT......dan orang yg MEMBERI dalam kelompok MENGAMBIL memang tidak pernah puas hati kalau dia tak dapat....macam orang politik. Memberi dalam bentuk apa !!!! Sebab di hujungnya semua HURU HARA...

    cerita yop membuat saya teranjak satu kesedaran - macam KITA.MEMBERI ilmu - usah di persoalankan di hujungnya : sebab...dunia ini adil....

    ReplyDelete
  4. Surah Al Hadiid Ayat 18.
    Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah, dan orang-orang perempuan yang bersedekah, dan mereka meminjamkan kepada Allah satu pinjaman yang baik, akan dilipatgandakan untuk mereka, dan bagi mereka upah yang mulia.
    (lelaki perempuan sama; pinjaman kepada Allah)

    Semoga ayat ini memotivasikan kita untuk bersedekah. Amin.

    ReplyDelete
  5. Bro Jinggo,

    Benarlah tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima..

    ReplyDelete
  6. Pokli,
    Makaseh kukuhkan pendapat melalui petikan ayat Quran, sebab memang Allah mahu umat Islam menjadi penyumbang kepada kebaikan.

    Cuma kekadang kita rasa nak sedekah tu, susah sangat yer? Saya tak kata orang lain, diri saya ni.. Nampak orang bawa surat derma, hati mula berkata-kata; takleh percayalah, konon nak tipulah, bla..bla..bla...

    Buruknya perangai..

    ReplyDelete
  7. Maksu,

    "Apabila mati seorang anak Adam, terputuslah segama urusan dunianya, kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kesejahteraan ibu bapanya.."
    Hadith drp B&M

    Sedekah jariah itu yang membantu kita di barzakh..

    ReplyDelete
  8. Salam Cikgu..

    Lama tak nampak ya?busy melancong barangkali..

    Pasal sedekah ni, saya tengok yang paling best ialah org sedekah pastu siap adakan majlis. Ambik gambar byk2..masuk media..tunjuk..sedekah senyap2 takleh ke?

    ReplyDelete
  9. Ibnurashidi,

    Begitulah konsep 'sedekah' zaman moden ni, nak menunjuk kat manusia, bukan kerana Allah (agaknyalah).

    Hari ini, manusia berlumba nak bagitau satu dunia, tentang sumbangannya kepada si polan dan si polan.

    Dah salah konsep sebenarnya..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan