Saturday, November 29, 2008

Tahniah Kepada Tapa..

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.
Sudah ramai anak muridku, yang berjaya mahupun kecundang dalam bidang masing-masing. Ada yang masih sudi menegur, ada juga yang menyombong diri. Ada yang baru habis SPM, jumpa aku di pasar malam pun tak memandang. Wah, benci sangat pada aku agaknya. Tapi masih ramai yang ingat akan diri yang semakin menginjak tua ini.

Bertalu-talu mesej mengucapkan selamat hari lahir kepadaku, yang dikirimkan bekas pelajar. Begitu juga dengan 16 Mei, yang sinonim dengan Hari Guru. Maknanya, masih ada bekas muridku yang masih sudi berhubungan dengan diri ini.

Dua minggu lalu, aku menerima mesej dari Nor Azfar Hanif bin Mazlan, atau mesra dengan panggilan Tapa.

"Tolong doakan saya, cikgu. Saya akan mewakili Malaysia dalam pertandingan kemahiran peringkat Asean" begitulah maksud tulisan dalam mesej tersebut.


Inilah Tapa. Anak Melayu yang memenangi pingat emas dan akan mewakili
Malaysia dalam pertandingan peringkat dunia di Kanada tahun depan.


Seperti yang aku percaya selama ini, setiap usaha yang diiringi doa dan tawakal, akan membuahkan hasil. Aku yakin Tapa boleh membuat yang terbaik, sebba aku kenal perwatakannya.

Tidak lama kemudian, aku menerima mesej daripada Tapa, menyatakan dia berjaya memenangi pingat emas dan menjadi johan pertandingan kemahiran tersebut. Berita kemenangannya disiarkan dalam akhbar perdana baru-baru ini.

Semalam, Tapa datang ke rumahku dan kami berbual panjang. Banyak juga kisah di sebalik pertandingan itu yang dapat kukongsi bersamanya.

Tapa, seorang daripada anak murid yang masih tidak lupa asal-usulnya, berbadan kurus dan menghormati guru. Aku sangat kagum dengan pencapaiannya yang berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Dia berjaya mengalahkan peserta Singapura, Thailand dan Filipina. Tapa kini bekerja sebagai pegawai Teknikal Proton Edar di Glenmarie, Shah Alam.

"Sebenarnya, cikgu. Pihak Proton bukan kekurangan pekerja mahir, tapi ramai yang cabut.." kata Tapa sebelum mengakhiri perbualan kami.

"Ngapa pulak?" tanyaku kebingungan.

"Pihak pengurusan kurang menghargai pekerja. Saya nak tengok dulu respons Proton selepas pertandingan kemahiran ni. Dia orang ada janji untuk saya."

Sememangnya Tapa adalah aset Proton yang patut dihargai. Dengan kemenangannya dalam pertandingan kemahiran menewaskan wakil Toyota dan Honda baru-baru ini, ia patut membuka mata pihak berkenaan agar tidak memandang rendah akan keupayaan budak Melayu sepertinya.

"Dah dapat tawaran lain?"Aku menguji.

"Ada tawaran daripada pegawai di BMW, tapi saya sayangkan kerja di Proton. Tengoklah dulu, bagaimana keadaannya hujung tahun ni," kata Tapa yang seakan-akan masih berharap kekal di Proton.

Apa pun yang Tapa akan buat, terpulang kepadanya. Bagaimanapun, aku tetap bangga dengan pencapaiannya. TAHNIAH TAPA. Cikgu bangga dengan kamu..

"Bila nak jemput cikgu makan nasi minyak?" tanyaku pada akhir perbualan.

Tapa hanya tersengih, dan tersenyum memandangku. Penuh makna senyumannya.

8 comments:

  1. tahniah juga utk tapa..
    dan tahniah juga utk cikgu..
    itulah saat kepuasan kita sbg pendidik..

    ReplyDelete
  2. Salam cikgu,
    itulah nikmatnya menjadi guru. :)

    ReplyDelete
  3. yang pastinya yop telah berjaya melahirkan tapa : semuga tapa untuk hari2 seterusnya tak lupa pada cgu yop brahim.......tahniah tapa dari org kampung......seronokkan yop bila anak murid tahu meletakkan kita ditempat yg betul....

    ReplyDelete
  4. emmm.. sedar atau tak sedar ni semua hasil Dasar Pandang ke Timur la ni... cuma harap2nya diorang tu biar pandai2 la bawa diri kannn!

    ReplyDelete
  5. Azza,

    Saya berharap anak-anak yang kita didik ini boleh jadi manusia yang menyumbang untuk agaman, keluarga, masyarakat dan negara.

    Itulah harapan saya..

    ReplyDelete
  6. Hazlin,

    Begitulah. semakin lama dalam bidang ini, semakin sayang rasanya dengan profesion pendidikan.

    Nikmat menjadi guru, hanya guru yang faham dan dapat menghayatinya.

    ReplyDelete
  7. Bro Jinggo,

    Lapangan kita tak jauh bezanya. Teringat sajak Usman Awang-Guru.

    Lagi satu, teman bukan takbur, tapi nak kongsi kebanggaan dengan kengkawan blogger lain.

    Tapi yang tumpor pun ghamey jugak Yop... yang isap dadah, bunting tan berbapak, ada jugak, tapi maleh (malu yang benonyer..) nak posting..

    ReplyDelete
  8. Cikgu Deen,

    Tapi yang saya respect tuh, setiap peserta diberi soalan berupa kereta yang ada masalah elektrikal, kena solve problem dan buat report.
    Kalu saya, hancor dibuatnya..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...