Friday, December 12, 2008

Bekerja Sementara Boleh Menambah Keyakinan Diri

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Kalau anda pernah ke mana-mana restoran Kentucky Fried Chicken(KFC), anda mungkin biasa disapa begini:
"Selamat pagi, encik. Nak makan di sini, atau bungkus?" tanya petugas yang muda remaja, dengan senyuman manis di wajah. Dari situ, bermulalah tempahan makanan sehinggalah kepada menu dihidangkan di hadapan kita.

Pada akhir sesi di kaunter itu, petugas akan menutup perbualan dengan kata-kata yang lebih kurang begini:

"Terima kasih, encik. Enjoy your meal. Datang lagi."

Menariknya, KFC merupakan restoran francais makanan segera yang berjaya di Malaysia, dan dunia amnya. Aku tak berniat nak bercerita tentang resepi rahsia Kolonel Saunders yang 'menjilat jari' tetapi aku lebih tertarik dengan petugas-petugasnya.

KFC mempunyai identiti tersendiri, dari segi pakaian staf dan cara pertuturan, semuanya ditetapkan. Ada juga bekas pelajar yang bekerja di KFC Lumut, seperti Sha dan Sobri. Kekadang mereka terus melayani aku apabila kelibat aku dilihat di kaunter. Paling menyeronokkan, biasanya merekalah yang 'membelanja' aku.


"Tak apa, cikgu. Saya belanja."

Dari apa yang aku lihat, bekerja di KFC (sementara atau lama) sebenarnya adalah batu loncatan untuk menambah keyakinan diri seseorang. Bayangkan, kalau kita bertugas di kaunter, bermacam karenah pelanggan yang kita hadapi. Ada yang nak cepat, yang tak kisah, dan pelbagai lagi ragam yang perlu ditangani.

Sebenarnya, remaja Melayu patut gunakan peluang ini terutama selepas SPM, sebab ia membantu menambah kemahiran komunikasi dan keyakinan diri.

Berdasarkan pengalaman, aku dapati kebanyakan remaja Melayu mengalami krisis keyakinan diri apabila berdepan dengan orang ramai. Di KFC, kaki tangan diajar dari A hingga Z untuk berdepan dengan pelanggan. Jika kita dapat menguasai kemahiran komunikasi, tentu pelanggan tak lari. Ini bermakna, pekerja adalah aset kepada KFC, bukan setakat resepi rahsia semata-mata.

Hari ini, seorang ahli parlimen menyatakan dengan terang dan jelas, bahawa pelajar universiti hari ini malas membaca. Itu pun sebenarnya satu daripada tanda krisis keyakinan diri. Mungkin ada dalam kalangan kita yang marah apabila ditempelak begitu, tapi itulah kebenaran, walaupun pahit. Mungkin juga salah sistem pendidikan yang terlalu mengarah kepada peperiksaan.


Selepas SPM dahulu, aku bekerja di kilang mencetak baju. Bukan mudah mencetak baju T dengan acuan yang perlu dibancuh dengan warna yang dikehendaki pelanggan. Aku terpaksa menerima teguran dan peringatan jika salah mencetak, sebab ia meningkatkan kos.

Selepas STPM, aku bekerja di kilang memproses ayam di Kg. Acheh, Lumut. (Aku bekerja di bahagian ayam hidup, tugas aku mengeluarkan ayam hidup dari sangkar dan menggantungnya sebelum disembelih). Ayam-ayam hidup ini kekadang menyebabkan aku tak berselera makan, sebab bau najisnya melekat hingga ke baju.

Semasa cuti semester Tahun 1, aku mengambil peluang bekerja di sebuah resort di Teluk Batik. Semuanya memberi aku pengalaman berdepan dengan realiti kehidupan. Baru aku tahu susah senangnya mencari duit. Paling menyeronokkan, apabila aku tak menyusahkan ayah untuk mengambil lesen memandu.

Kesimpulannya, peluang bekerja sementara menunggu keputusan peperiksaan harus digunakan dengan sebaik mungkin. Mungkin itu peluang sebenar untuk kita menentukan apa yang kita nak ceburi pada masa hadapan.

12 comments:

  1. setuju dengan topik.

    berani je. zero to hero.

    sume ada pengalamang masing2. kaunter mcd, kfc, jual tiket, penerangan. pengalamang saya dari kaunter despatch (tot cop surat2) sampai la ke kaunter teller dalam bank.

    bila kije jmpa customer, sdkt sbyk kita buleh tambah keyakinan diri.

    sekian

    ReplyDelete
  2. Yop : Wakil Raayt tu Tajuddin Rahman...memang betul yop...maaf kredebiliti lepasan pengajian tinggi hari ini boleh dipertikaikan.Jawapannya susah nak membaca.Tak tahu bagaimana untuk meletakkan diri ditempat yg betul pada masa yg betul. Semua dikaitkan dengan membaca. Minta maaf....

    KFC - betul apa yg yop cakap. Pepatah India ada berkata : Kelaziman akan membentuk budaya akan membentuk tabiat akan membentuk sikap akan membentuk takdir..Keperluan kerjaya akan membentuk kelaziman...dan seterusnya...

    Kerja lepas SPM.Kerja Pam Minyak.Seminggu kerja kena rombak Pam Minyak yop...tumpo !...

    ReplyDelete
  3. Razor, pengalaman kerja slp sekolah banyak membentuk hidup saya.

    Saya kira pengalaman yg kita dapat tidak ternilai, sebab lagi banyak kita buat, banyak pengalaman kita kutip.

    Mung banyok kije, pah ni buleh la mung mulakang bisnes. Ngape mung tak guna sumber di Pancur Sejuk ni? Keli ke, lintah ke, cacing... sume duit tu...

    ReplyDelete
  4. Wah, Bro Jinggo ada pepatah India. Hebat tu...

    Teman pun ada pengalaman keghoje tesen minyak. Memanjang kena 'potong elaun' sebab terlebih isi kat customer. Masa itu mana ada self service.

    Mangkor jawabnya. Tak tahan asik kena denda..

    ReplyDelete
  5. Zaman saya mungkin tidak terdedah seperti sekarang. Dulu lepas sekolah saya jadi penoreh getah aje. Tetapi anak-anak saya sudah terdedah dengan kerja sambilan dengan pelbagai kerja dari kedai buku, kedai makan, kedai runcit, jadi promoter. Semoga mereka lebih luas pengalaman dari saya.

    ReplyDelete
  6. salam cikgu..tul tue,kerja nie membuatkan kita lebih terdedah kepada keadaan yg realistik..alhamdulillah jue dah pon mengalaminya dulu..memang ianya meninggalkan kesan yg mendalam dalam diri jue terutamanya soft skill..bukan senang untuk kita berkomunikasi nie...amat memberi keyakinan untuk jue berhadapan dengan semua lapisan masyarakat..then semua pengalaman tersebut dapat digunakan dimana2 shaja..kita akan lebih senang bergaul dengan sesiapa sahaja..merasa ler kerja kat kilang sarung tangan YTY tue..then bila cuti kat u dulu selalunyer jadi cikgu ganti..he.he..semua pengalaman tu amat berguna waktu jue mula2 kerja dulu..at least takde ler cultural shock!!k,apa2 pon thanks atas segala apa ilmu yg telah diperturunkan..especially ilmu kepimpinan...terima kasih cikgu,hanya Allahyg dapat membalasnyer...Amin..

    ReplyDelete
  7. Pokli sezaman dengan Pak Anjang saya. Pergi sekolah ompteh, naik basikal dengan jarak 15 km, sesi petang...

    Pagi, turun ke kebun getah tolong atuk saya menoreh.

    Tapi semangat itu membawanya menjadi pegawai kanan kastam..

    ReplyDelete
  8. Jue, begitulah adanyer. Jue akhirnya boleh jadi hebat daripada cikgu, cikgu bangga...

    ReplyDelete
  9. salam cikgu.

    pengalaman adalah pelajaran yg paling mahal..kata org la.

    ReplyDelete
  10. saya kerja kat kilang kasut, sementara tunggu keputusan peksa dulu :)

    amvoi... cik brahimnyior, senyap2 udah ler, ya....kan ke ini dunia siber, bukan dunia sebenar :(

    ouh, by the way, masa saya mula2 blogging, mmg saya guna nama sebenar, tapi semua org pun guna nama samaran weh...so, saya guna title saya kat rumah, bukan nama samaran pun.

    ReplyDelete
  11. Tempat yg sesuai utk menimba pengalaman di samping mengasah keyakinan diri berdepan dengan orang ramai...

    ReplyDelete
  12. hmmm pengalaman lalulah yg buat kita jadi lebih dewasa.... teringat jugak zaman2 lepas spm dulu... kerja kat kilang papan... sampai satu masa batuk sampai tak keluar suara... ahaha...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...