Tuesday, December 2, 2008

Minyak Turun Menjelang Aidil Adha

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Mulai esok, minyak turun 10 sen. Itulah kenyataannya. PM yang akan berundur Mac nanti, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi mengesahkan harga minyak dunia yang semakin stabil membolehkan kerajaan menurunkan harga minyak demi memberi keuntungan kepada rakyat.

Secara relatifnya, harga minyak dunia kini di bawah US$60 setong. Ini bertentangan dengan kenyataan Datuk Saberi Chik, Menteri Penerangan yang berdebat dengan saudara Anwar tempoh hari. Dalam debat yang ditonton jutaan rakyat, Datuk Saberi menyatakan harga minyak tidak akan turun. Nah, apa dah jadi?

Ini bermakna, dengan RM50, kita dapat tambahan 1.3 liter menjadi 26.3 liter. Bersyukurlah. Tapi tak pasti hingga bila. Mungkin tahun depan, harga minyak naik semula.

Yang pasti, harga barang tak turun dengan mudah. Tambang bas naik mencanak, siap dengan surcaj 30%, dan ia takkan turun dengan cepat. Di Malaysia, peniaga berkuasa. Rakyat terpaksa hadapi keadaan ini, sebab penguatkuasaan kita sangat lemah.

Pihak berkuasa seperti KPDNHEP, Polis harus pastikan penurunan harga minyak selaras dengan penurunan harga barang keperluan. Barulah rakyat dapat manfaat.

Tapi, kita sebagai pengguna pun harus bijak mainkan peranan. Boikot adalah satu cara mengajar peniaga yang bongkak.

Harap-harap kadar inflasi dan indeks harga pengguna dapat stabil dan rendah. Dengan cara ini, kita masih dapat menikmati hidup dengan selesa. Tak ada gunanya gaji besar, tapi harga barang naik.

Yang merasa keperitan ini ialah orang kampung dan mereka yang berpendapatan rendah.

16 comments:

  1. Salam Tuan Izzuddinali-Minyak dah turun lagi, si miskin di kampung masih menanti bantuan tiba, sebabnya harga barang melambung lagi. si miskin di bandar pula terpaksa buat OT(overtime) untuk cari belanja yang masih berbaki.
    Hebat sungguh cabaran dunia hari ini..

    ReplyDelete
  2. Harga minyak turun. Harga barang ...?. Di Terengganu musim banjir sekarang. Ke laut pun tidak, ke kebun pun tidak. Sukarnya kehidupan..........

    ReplyDelete
  3. salam,

    minyak turun 10 sen mulai hari ini. Alhamdulillah.....

    ReplyDelete
  4. Harga minyak turun, harga barang dan lain-lain tak turun..Manfaatnya dikecapi oleh orang yang ada kenderaan saja. Yang lain-lain tu tetap susah macam biasa sebab harga barang tak turun. Bawak rm50 pergi market, tak nampak apa yang dibeli. Harga ikan pun melambung naik.. Kalau tak beli, nak makan apa pulak ye.. Semua gerai lebihkurang sama aje harganya..so tak ada pilihan melainkan terpaksa beli..

    ReplyDelete
  5. yop - apa erti minyak turun.teman pakai gas...harga barang susah benor nak turun. teman orang berniaga yop....sakit.sakit....

    ReplyDelete
  6. Cikgu yang naikkan minyak dah janji akan turun kan minyak dan turunkan jawatan tu..tapi barang-barang di kotaRaya tempat sayer nih tak turun-turun pun..saye terbayang kalau kakitangan bawahan (P.A.R) dan (P.R.A) macam manalah mereka yang duduk dibandar ini bergelut untuk beri makan keluarganya..tak kan nak bagi makan dan minum minyak kot..ish.ish..saya sekadar berkongsi kesedihan mereka....

    ReplyDelete
  7. Di Mesir minyaknya murah dan stabil malah lebih bagus untuk lapisan ozon. Makanannya juga jarang naik mendadak..

    ReplyDelete
  8. bagus ek, moga ada keringanan di poket

    ReplyDelete
  9. Rahisam saudaraku,

    Harga barang melambung, kos sara hidup tambah meningkat. Golongan marhaen memang akan menderita secara perlahan-lahan. Tahun 2009 belum menjanjikan apa-apa.

    Bersedialah. Elok sediakan payung sebelum hujan. Keadaan ekonomi tak menentu, sama macam musim tengkujuh yang melanda pantai timur sekarang.

    ReplyDelete
  10. Pokli,

    Keadaan Terengganu agak perit sekarang ni. Mertua saya bakal buat kenduri nikah adik ipar saya 10hb Disember ini. Harap-harap tak hujan hari itu. Jemputlah ke Kg. Darat Batu Rakit, boleh kita sembang panjang.

    ReplyDelete
  11. saudara Mazemie,

    Syukur, biar pun seposen, harapan saya agar ada perubahan pada harga barang.

    ReplyDelete
  12. Tirana,

    Seingat saya, RM10 dalam tahun 1990-an, besar nilainya. Dengan RM10, beli ikan segar, sayur dan rempah untuk dimasak.

    Hari ini, kena bawa RM20 untuk barang yang sama.

    Maknanya, pendapatan wang kita biarpun bertambah, tidak memberi nilai yang banyak, sebab pendapatan benar kita berkurang kerana kadar inflasi yang meningkat.

    Sejak akhir-akhir ini, pemimpin kita sering bercakap soal kuasaperpaduan, glokal dan seumpamanya. Saya mencebik muka sebab mereka tidak langsung memikirkan keadaan harga marang dan inflasi yang menghimpit.

    ReplyDelete
  13. Bro Jinggo,

    Guna NGV taklah terasa sangat. Tapi secar relatif, barang keperluan digunakan semua orang. Bro Jinggo pun pasti terasa tempiasnya, biarpun masih mampu membeli itu dan ini.

    Sabo jer lahhhhhhhhhhh

    ReplyDelete
  14. Habiha69,

    Saya selalu melepak dengan orang kampung, dengar keluhan mereka yang berpendapatan tak menentu.

    Harga sawit jatuh, harga baja tak turun. harga barang mencanak naiknya. Nak beli susu anak, beras dan keperluan lain, semuanya menyebabkan mereka mengeluh panjang..

    ReplyDelete
  15. Ibnurashidi,

    Isteri saya bekas lulusan Al-Azhar, selalu bercerita betapa murah harga minyak dan barang keperluan di Mesir. Kobisnya besar-besar, anggur sejambak yang segar masih murah dan mengenyangkan.

    Ada rezeki, teringin ke bumi anbiya.

    ReplyDelete
  16. Maksu,

    Ringan poket? Makin kosong le tu.

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan