Saturday, December 6, 2008

Tak Belajar Daripada Tragedi 15 Tahun Lalu?

Terima kasih kerana sudi melayari blog saya. Saya alu-alukan perkongsian cerita dan ilmu di blog ini.

Marilah kita ambil iktibar dengan apa yang berlaku ini. Pada tahun 1993, ketika aku masih di UPM, Serdang, negara digemparkan dengan tragedi Highlands Towers, Ulu Kelang.

Pagi tadi, hanya 1.5 km daripada tapak tragedi itu, berlaku lagi runtuhan tanah yang menimbus 14 buah rumah mewah di kaki bukit.

Foto daripada Mstar

[Sumber Mstar:DIKEMAS KINI, 5 petang] KUALA LUMPUR Kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Bukit Antarabangsa akan dijalankan sepanjang 24 jam bagi mengesan kira-kira enam orang yang masih dipercayai tertimbus.

"Ada enam orang yang masih hilang. Pasukan menyelamat menggunakan anjing pengesan dan peralatan elektronik.

"Pada pukul 12 tengah hari tadi kita dapat mengesan dua mangsa di rumah hujung yang masih tertimbus.

"Kita sedang berusaha mendekati, harap-harap mereka boleh bertahan sampai kita datang," kata Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar kepada media di tempat kejadian.

Kawasan kejadian melibatkan keluasan kira-kira empat hektar (10 ekar) manakala penduduk di kawasan satu kilometer membabitkan kawasan sekitar lokasi kejadian sedang dipindahkan.

Setakat ini, tiga mayat sudah dikeluarkan.


Menurut sumber berita, TPM mahu semua pembinaan bangunan di kaki bukit dihentikan serta merta. PM pun begitu. Malah, Tun Dr. M semasa tragedi 1993, pun kata begitu.

Habis, apa jadahnya (meminjam tagline Wan Kamaruddin, wartawan NTV7) mengulangi kesilapan serupa? Kalau kawasan di situ sudah diketahui tidak selamat, mengapa dibenarkan pembinaan bangunan baru di atas bukit yang runtuh itu?

Siapa yang luluskan pembinaannya? Tentulah ada tangan-tangan yang menerima suapan untuk meluluskan projek lereng bukit. Aku percaya tragedi ini berlaku apabila kita tidak mematuhi peraturan dan hukum Allah.

Jabatan Alam Sekitar, di manakah peranan dan fungsi anda?

Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, mengapa luluskan pembinaan lot banglo yang tak siap di atas bukit?

Pegawai-pegawai kerajaan yang menanda tangan kelulusan pelan, adakah kamu sudah bingung kerana terlalu banyak mentekedarah duit suapan? Sudah butakah hati dan perasaan kamu dengan tragedi 1993?

Hakikatnya, kita tidak belajar daripada tragedi Highland Towers. Apa yang dinyatakan, tidak dikotakan. Kita hanya mengamalkan sikap 'hangat-hangat tahi ayam', dan biasanya pihak berkuasa bertindak apabila berlaku sesuatu tragedi (seperti hari ini, pelbagai cadangan dan arahan dikeluarkan.. Tapi bagaimana pelaksanaannya?)

'Sudah terhantuk, baru terngadah,' apabila terjadi tragedi, semuanya nak bersuara dan mencadangkan itu dan ini. Inilah budaya pemimpin, pihak berkuasa dan rakyat Malaysia.

Kita tak pernah belajar sebenarnya.

Percayalah, akan ada lagi tragedi seperti ini berlaku, selagi kita tidak belajar daripada hukum alam. Selagi ada pegawai kerajaan yang menerima rasuah, selagi ada pemaju rakus yang memikirkan keuntungan wang semata-mata, selagi itulah bencana seperti ini menghantui hidup kita. Kita tak pernah belajar daripada peristiwa lalu.

Kita rosakkan khazanah bumi ini, dan akibatnya kita juga menjadi mangsanya.

p/s: Maaf, emosi sedikit petang ini, perasaan sedih membaca berita tragedi menjejaskan mood saya. Esok saya pulang ke rumah mertua di Terengganu. Mungkin blog ini pun jarang dapat dijenguk. Salam aidil adha buat semua saudara-saudara bloggerku: Bro Jinggo, Pak Din, Tirana, Azza, Maksu, Ibnurashidi, Iina, Miss Jaz, Wilda, Shifu67 dan semua yang sering bertandang ke sini. Maaf, saya tak pandai buat kad raya maya.

12 comments:

  1. Dulu heboh bukit antarabangsa ni tidak selamat untuk dijadikan kawasan perumahan, kemudian sampai surat dari pihak berkuasa yang mengatakan khabar2 angin itu fitnah belaka..mereka kata bukit antarabangsa selamat untuk diduduki. Sekarang apa dah jadi? Siapa yang nak bertanggungjawab atas kejadian semalam? Bila nampak "apa aku akan dapat" (pinjam kata2 dari blog jinggo), pihak2 yang terlibat dalam projek pembinaan tersebut terus meluluskan projek itu walaupun sebenarnya mereka tahu kawasan itu tidak selamat sebenarnya tapi mereka tutup mulut sembunyi fakta kerana habuan sedang menanti untuk diraih. Tak kena pada anak beranak mereka sendiri, tentu kejadian seperti itu tidak meninggalkan bekas sedikit pun di hati mereka. Bila terkena pada keluarga sendiri, baru tahu langit tinggi atau rendah.Saya suka kalau penduduk yang terlibat menyaman pihak2 yang terlibat walaupun itu tidak akan mengembalikan yang telah pergi tapi sekurang-kurangnya bagi pengajaran pada pihak yang terlibat itu. Maaf saya pun teremosi jugak pada petang ini.. Geram bila mereka rakus mengaut keuntungan tanpa memikirkan kerosakan yang mereka lakukan dan yang menjadi mangsa adalah orang yang tidak bersalah.

    ReplyDelete
  2. Diorang tu kelas kaya.... hari ni runtuh esok boleh buat rumah lain... la ni pun dah ada 5-6 biji rumah lain... kalau taraf kita yg runtuh rumah.. alamat meraung tak berair mata la... semoga mereka sabar menghadapi musibah.

    Selamat Hari Raya, buat 'korban' ke... tahun ni kami tak buat la kot pasal beraya lebih atas jalan je... mem exam la pulak raya ke2 tu... diorang buat jadual tak perihatin langsung... emmm

    ReplyDelete
  3. salam selamat balik kampung..dah penat rasanya beremosi mengenai benda2 begini.mereka hanya tutup sebelah mata jer..yg jadi mangsanya kita..tak tau lah...k,cikgu hati2 memandu,kalau letih tukar2 lah memandu ngan kak wan..he..he..selamat hari raya qurban.wassalam

    ReplyDelete
  4. السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

    SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA.

    MEMAHAMI ERTI PENGORBANAN NABI IBRAHIM YANG SANGGUP MENGORBANKAN ANAKNYA KERNA CINTA PADA ALLAH

    MARDHOTILLAH

    :-)

    ReplyDelete
  5. BrahimNyok,
    Bila mana manusia alpa dan mengambil mudah pada alam sekitar,bentuk mukabumi serta kelembapan yang sememangnya di anugerahkan pada bumi Malaysia, maka inilah jadinya..

    Selamat Hari raya Aidil Adha..

    ReplyDelete
  6. Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha juga buat Encik Izzuddinali dan semua muslimin muslimat seluruh dunia.

    Manusia seringkali alpa dan leka dengan setiap bala yang Allah turunkan. Cubalah renung dan ambil iktibar sekali sekala kalau tidak mahu berkala-kala pun. Aura Tsunami, pasti ramai melupainya.

    Jangan lupa ibadah korban bagi sesiapa yang mampu:D..hati-hati di jalanraya.

    ReplyDelete
  7. sedih dan geram benor teman yop : teman ni mewakili sekelompok manusia yang dah lama bercakap topik ini : berlaku lagi.comfirm yop - sekejap aja.....

    Cakap pun tak gunakan yop : teman senada dengan puan tirana......

    ReplyDelete
  8. salam.

    haha. saya nampak cikgu di masjid tadi. avanza af# ####. segan la nak tegur cikgu.

    selamat beraya haji di batu rakit.

    mendung je..

    ReplyDelete
  9. Razor, awat tak tegur? Saya tercari-cari gak. Jemput ke rumah mertua 10 Dis ni, adik ipo nikah.

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  11. segan la. tapi kalau cikgu perasan saya, cikgu ada terpandang pada saya. haha..saya agak cikgu sekeluarga je yg pakai sampin tadi. cikgu mmg best!masa smayang belakang mertua cikgu je. time balik, saya ada kat sebelah avanza tu. hehe. serius, tak pernah tegur blogger dulu. segan a.


    nyway, esok dah nak balik kl.

    selamat berkenduri..hihi

    ReplyDelete
  12. highland tower tu? time tu saya baru kawin.

    tak perlu kad...tak yah susah2

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan