Friday, June 19, 2009

Ke Mana Hala Tuju Iran Sekarang?


Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Saya amat menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Adakah Iran sesuatu yang asing bagi anda? Jika anda mengikuti perkembangan semasa akhir-akhir ini, dapatlah disimpulkan berita tentang 'kemarahan' rakyat Iran terhadap kemenangan Ahmadenejad memenuhi dada akhbar seluruh dunia.

Di Malaysia, tempiasnya turut terpercik apabila sekumpulan rakyat Iran mengadakan bantahan (demontrasilah tu..) membantah kemenangan Presiden Iran tersebut dalam pilihan raya, yang mengalahkan calon beridentiti hijau, Mousavi.

Mousavi juga menuntut diadakan pilihan raya semula kerana mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengiraan undi.

Amerika Syarika (AS), khabarnya tidak gembira dengan kemenangan Ahmadinejad. Terasa bagai Mousavi ditaja oleh kuasa besar pula.

Tapi, hakikatnya, Iran sedang cuba diporak-porandakan dan akhirnya perbalahan antara puak dalam kalangan rakyatnya akan mengundang campur tangan asing. Jika ini terjadi, Iran juga akan senasib dengan Iraq, jirannya kini yang masih dijajah tentera AS.

Jika kita menelurusi sejarah, kedaan ini samalah juga dengan perbalahan Raja Ismail dan Raja Abdullah di Perak, yang akhirnya memberi peluang Inggeris campur tangan. Penjajahan Sungai Ujong juga adalah dek perebutan kuasa antara Datuk Kelana dan Datuk Syahbandar.

Mudahnya kita dikuasai. Andainya Iran jatuh, apakah ada lagi negara Islam seberaninya?

4 comments:

  1. adakah akan bermulanya api kekacauan di sebuah lagi negara islam..?

    ReplyDelete
  2. :: Benarlah seprti yang sdr perkatakan.Saya setuju sama sekali.

    :: Sayangnya, kita lebih nampak kuman di seberang laut berbanding gajah di hadapan mata.

    :: Itulah yang terjadi di tanah air kita.. Renung-renungkanlah... Wajarkah apa yang berlaku sekarang.

    Marilah kita fikirkan bersama :

    :: Apakah yang mencetuskan porak-poranda?

    :: Siapakah yang dikategorikan sebagi PENCETUS dalam negara kita?

    :: Siapa pula yang gemar membuat onar dan terjerit-jerit dan menyemarakkan api demonstrasi jalanan... ermmm...

    :: Kematangan berpolitik amat penting....

    ReplyDelete
  3. Salam,

    Setiap perkembangan dunia yang ada unsur-unsur Islam mesti US akan campur tangan. Pelbagai alasan dikemukakan. Namun hakikatnya mereka takutkan kebangkitan Islam sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Mazemie,

    Itulah dalam fikiran saya kini. Rasanya mudah untuk AS menjarah jika keadaan begini berterusan. Alasannya mudah, AS sebagai 'pelindung demokrasi' melihat Iran sebagai 'pembunuh demokrasi'

    Azlan,

    Benar, dan ada yang tidak benar..
    Benar, kerana di negara kita juga berlaku demontrasi, tapi tak benarnya kerana demontrasi sudah bermula sejak zaman penentangan Melayu terhadap Malayan Union lagi..

    Farid,

    AS memang takut kebangkitan Islam, terutama Iran. Hanya itulah negara Islam yang masih berkuasa nuklear. Pakistan, kita tolak ke tepi sebab ia bagai dicucuk hidung..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan