Wednesday, February 3, 2010

Malang Akibat Ponteng Sekolah

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sudah menjadi kebiasaan penduduk di sekitar Lekir, apabila ada pelajar ponteng, mereka akan memaklumkan kejadian tersebut kepada pihak sekolah.
Hari ini, awal pagi lagi beberapa orang pelajar tingkatan 4 melompat pagar dan menunggang motor meninggalkan sekolah. Kelima-lima mereka adalah remaja Melayu. Setelah mendapat kebenaran pentadbir, saya bergegas meronda ke kawasan jalan utama. Ketika itulah saya nampak kelibat pelajar tersebut bermotosikal dengan laju, kemudian parkir di sebuah rumah tepi jalan, tanpa menyedari gelagat mereka sedang diperhatikan.

Saya terus mengekori dan memberhentikan kereta di tepi rumah tersebut. Menyedari kedatangan saya, seorang pelajar sempat memulas minyak motor meninggalkan kawasan itu, manakala empat orang lagi tidak sempat berbuat apa-apa, melainkan meredah hutan melarikan diri.

Seumpama nampak hantu, mereka cuba melarikan diri secepat yang boleh, tapi malang seorang daripadanya, terpijak kaca ketika lari berkaki ayam. 

Kakinya luka, dan mereka pula terkepung di kawasan rumah yang berpagar.

"Buat apa kamu lari, saya bukan nak makan kamu.." kata saya ketika mengepung pelajar berkenaan.

Mereka diam. Masing-masing senyap tak berkata apa. Semuanya tunduk. Saya kenal semuanya. Saya tahu rekod disiplin mereka.

"Dah. Mari saya bawa kamu balik ke sekolah." Saya memujuk empat orang pelajar tadi. Semuanya akur, termasuk yang cedera. Saya ingin membawanya ke klinik, kerana bimbang lukanya menjadi serius.

"Tak apa, cikgu. Nanti kalau mak saya tau, dia bising pula. Lagi pun luka sikit aja." katanya. 

Walaupun saya menawarkan diri membawanya ke klinik, dia berkeras untuk kembali ke sekolah. Luka di kakinya dibalut dan darah semkin kurang mengalir.

"Ini mungkin kaffarah dari Allah untuk kamu, sebab ponteng sekolah. jangan buat lagi." Pesan saya.

Keempat-empatnya dihukum rotan, mengikut peraturan sekolah.

6 comments:

  1. Salam sdr. Brahim.

    Masih boleh pakai ke lagi hukuman rotan ni? Rasanya budak sekarang sudah tidak ada rasa malu lagi.

    Kalau zaman kita dulu, kita takut bukan sebab sakit dirotan, tetapi malu kena rotan.

    ReplyDelete
  2. Dalam kes-kes seperti ini, kerjasama di antara pihak sekolah dengan ibubapa dan masyarakat amat penting. Andaikata pihak sekolah ambil tindakan kemudian ibubapa datang bawak parang panjang menyalahkan cikgu yang merotan anaknya, sudah tentu semakin buruk tingkah laku murid-murid tersebut.

    ReplyDelete
  3. Rotan itu di mana cikgu? Dulu-dulu ustaz kami merotan di telapak kaki.

    Pada mereka, mungkin ini sesuatu yang advanture sedangkan mereka telah melakukan kesalahan sekolah - kecelaruan identiti sebenarnya.

    ReplyDelete
  4. Salam Pakdin,

    Boleh guna lagi. Rotan adalah satu ganjaran negatif yang terakhir... agaknya?

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Tirana,

    Kalau bawak parang nak jumpa cikgu, itu bukan lagi berbincang, tapi nak cincang..

    Setakat pengalaman di sekolah luar bandar, rasanya hormat ibubapa terhadap guru masih tinggi. Satu dua kes, kalau ada, terpencil..


    Salam Farid,

    Saya setuju. Remaja yang melanggar peraturan mengalami kecelaruan personaliti. Mereka tak boleh bezakan baik buruk..

    Kelmarin, seorang pelajar yang ponteng itu, telah ponteng Amali Solat keesokannya.... Hmmm, ponteng solat pun tak rasa berdosa.

    ReplyDelete
  6. rotan bertempat & kena terangkan tujuan rotan supaya pelajar tu ingat dan cikgu bukan saje-saje nak rotan tapi mendidik :)

    p/s: seronok plak terkenang kena rotan :)

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan