Thursday, February 18, 2010

Penjual Ubat Pandai Melabun

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Jika anda pernah ke pasar-pasar malam, tentu ada pernah melihat kelibat penjual ubat. Dengan modal air liur dan kepetahan bercakap, mereka berusaha menarik khalayak melihat persembahan seterusnya membeli ubat yang dijual.Ubat-ubat yang dijual pula ada bermacam-macam. Ada ubat makan, sapu dan seumpamanya.

Modus operandinya, hampir sama. Bahasanya mudah dengan laras yang senang difahami. Dialeknya kekadang pekat seperti pertuturan Indonesia, Malaysia Timur atau loghat Utara. Siapa juga mereka, golongan ini pandai melabun. Melabun maksudnya bijak memanipulasi percakapan. Rata-rata kalau mereka mempunyai kelulusan dalam undang-undang, mereka mampu untuk menang kes di mahkamah!

Makin ramai orang terjenguk-jenguk untuk melihat misteri di sebalik kotak hitam, makin seronoklah dia melabun. Itulah yang dia inginkan sebenarnya. Makin ramai orang, makin dapat perhatianlah kata-katanya. Soal percaya atau tidak, letak di tepi. Yang penting, dia perlu meyakinkan khalayak agar tidak meninggalkan premisnya secepat mungkin.


Pagi Sabtu lalu, sempat saya melihat aksi seorang penjual ubat. Dialeknya seperti Indonesia, tapi mungkin juga dari Sarawak atau Sabah. Ramai yang teruja untuk mengetahui rahsia di sebalik kotak misterinya.

"Yaaa... Rapat bang, rapat kak,.. Datang dari jauh bukan untuk bikin riuh yaa...Mari, mari.. " Begitulah cara dia menarik perhatian orang ramai untuk memenuhi kawasan jualan ubatnya. 

Berpeluh-peluh badannya, di tengah-tengah premis itu ada kotak misteri yang kemudiannya dibungkus dengan kain hitam, yang entah apalah ada di dalamnya. 
Saya tak menunggu lama, sebab tak berminat untuk melayan 'labun'nya..

P/S: Usah percaya sangat dengan kemujaban ubat mereka, kerana kebanyakannya tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan.

 


7 comments:

  1. ha.teman dah kena kena labuh....
    dengan penjual ubat dari siam....
    rupanya2 dinasihat dr ubat tu - bahaya untuk digunakan..............
    moralnya jangan kena labun...

    ReplyDelete
  2. hahaha
    tingat lagi orang jual ubat tu buat demoa
    masuk perempuan keluar lelaki
    lawak jer

    ReplyDelete
  3. Salam Bang Harun,

    Nasib baik kena 'labun' dengan penjual ubat Siam... Kalau kena labun dengan 'Ayam Siam', lagiiiiii naya... Kakakakaka...

    Hans,

    Kekadang yang nyampah tengok tu, penipuannya jelas sangat... Tapi masih ramai terjenguk-jenguk nak tau... Kena tipu idup-idup..

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. wah...fenomena~yang tak tahannya org kat dlm masjid sibuk bertazkirah,dia kat luar terpekik terlolong.Tak reti nak slow sikit...huhu

    ReplyDelete
  6. hahahaha
    xsemestinya yang tgok tu tertipu
    macam den
    den saja jer nak tgok
    rasa macam tgok drama fantasi
    hahaha

    ReplyDelete
  7. sy pn ada nmpk penjual ubt 2..kt pasar sabtu ari2..tp sy x da la p dekat tgok..
    dh bleh agak apa yang nk dicakapnye..
    tp memag ramai org lekior yg kene tipu idup2..

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan