Saturday, February 27, 2010

Patah Tumbuh Hilang Berganti (Hajah Che Saliha)

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.


SITIAWAN: Setelah menjadi pengetua selama 5 tahun, 5 bulan dan 27 hari di Lekir, akhirnya Puan Hajah Che Saliha bt Che A. Rahman mengakhirinya kariernya dalam profesion pendidikan pada 27 Februari 2010 di SMK Batu Sepuluh, 16 km dari sini.

Memulakan kerjaya pendidikan sebagai guru pada tahun 1978 di beberapa buah sekolah di Negeri Sembilan dan Perak, wanita yang cekal ini pernah menjadi Guru Cemerlang sebelum menjawat jawatan pengetua pada tahun 2002 di SMK Seri Perkasa, Hutan Melintang. Pada Ogos 2004, Hajah Che Saliha bertukar ke SMK Batu Sepuluh, sehinggalah beliau bersara. Jawatan terakhirnya ialah Pengetua Kanan, dengan gred DG54. Beliau yang lebih mesra disapa sebagai “Bonda” dalam kalangan pelajar SMK Batu Sepuluh, merupakan pengetua ke-7 dan pengetua perempuan pertama di sekolah berkenaan.

Hajah Che Saliha yang mendapat kelulusan Pengajian Melayu di Universiti Malaya, berkahwin dengan Laksamana Hj Mohd Imran bin Abdul Hamid, yang juga merupakan rakan sekampungnya di Klang, Selangor. Beliau pernah menjadi peserta Kapal Persahabatan Belia Antarabangsa Jepun ketika masih belajar di SMK Raja Ampuan Rahimah, Klang.

Pada tahun 11 Februari 2005, beliau kehilangan empat orang anak gadis serentak apabila terbabit mereka dalam kemalangan di Jalan Raya Timur-Barat dekat Bersia, ketika dalam perjalanan pulang dari Kelantan ke Sitiawan. Bagaimanapun, beliau tabah menghadapi dugaan Allah dan menganggap takdir tersebut harus diterima walaupun sukar dilupakan.

Buat Hajah Che Saliha, saya bangga menjadi seorang daripada murid cikgu semasa di SMKAB 1984-1990.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...