Saturday, July 10, 2010

Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit Dalam Kalangan Pelajar Sekolah

Marcapada ini, telefon bimbit menjadi satu daripada alat komunikasi yang menguasai dunia tanpa memilih usia, status dan kedudukan ekonomi seseorang. Tidak hairanlah telefon bimbit menjadi medium penting untuk masyarakat berinteraksi dalam dan luar negara. Namun begitu, penggunaan telefon bimbit mendatangkan pelbagai kesan buruk terhadap pengguna, khususnya pelajar sekolah. Dalam kalangan pelajar sekolah hari ini, telefon bimbit sinonim dengan mereka. Malah, ada ibu bapa yang berkemampuan menyediakan telefon bimbit untuk kegunaan anak-anak.

Malangnya, ada pelajar yang menyalahgunakan teknologi ini demi keseronokan dan kepuasan jiwa. Mereka gemar berbual dengan rakan sebaya sehingga lewat malam. Ini menyebabkan masa untuk mengulangkaji pelajaran terbuang begitu sahaja. Apabila lewat tidur, tentulah masa tidur tidak mencukupi. Ini pasti menjejaskan prestasi mereka semasa di dalam kelas. Akibatnya, mereka tidak mampu memberikan tumpuan yang sepenuhnya semasa guru sedang mengajar.

Lebih membimbangkan, telefon bimbit menjadi alat menyebarkan bahan lucah. Dengan kemampuan telefon bimbit menghantar dan menerima mesej SMS dan MMS, segelintir pelajar sanggup merakam dan memuat turun klip video, menyimpan dan mengedarkan foto lucah dan seumpamanya. Menurut statistik PDRM, jenayah rogol dan cabul meningkat akibat salah guna telefon bimbit. Lebih buruk lagi, remaja sekolah mudah terdorong dengan ‘cinta monyet’ yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri mereka, terutama bagi remaja perempuan. Sesetengah mesej lucah yang disebarkan boleh menjatuhkan maruah dan harga diri seseorang remaja. Ia juga menggalakkan pergaulan yang tidak sihat seperti hubungan seks bebas dan perzinaan. Inilah punca yang mengakibatkan kes pembuangan bayi persis zaman Jahiliah di Tanah Arab dahulu.

Selain itu, telefon bimbit turut mendatangkan masalah terhadap keputusan akademik pelajar kerana mereka teruja untuk menggunakan perkakasan tersebut berbanding mentelaah buku pelajaran. Sikap suka bertangguh akan mula bertapak di dalam jiwa kerana terlalu obses dengan telefon bimbit. Ini sekaligus menyebabkan prestasi mereka merudum, apatah lagi jika mereka diberi ruang menggunakannya pada usia yang masih belasan tahun.

Penggunaan telefon bimbit juga menyebabkan masalah kewangan. Ada pelajar sekolah yang sanggup mengikat perut semata-mata untuk memastikan telefon mereka mempunyai baki kredit prabayar. Selain itu, ada pelajar yang sanggup berbohong terhadap ibu bapa semata-mata untuk mendapatkan duit poket yang lebih. Secara purata, seorang pelajar sekolah memerlukan antara RM20 hingga RM30 sebulan untuk membiayai nilai tambah kad prabayar mereka. Ini tentulah dianggap suatu pembaziran kerana pesanan SMS dan perbualan berkenaan tidak penting dan hanya celoteh kosong sahaja.

Ada segelintir pelajar menganggap telefon bimbit lambang kekayaan. Bagi sesetengah ibu bapa yang berkemampuan, mereka membeli telefon bimbit yang canggih kepada anak-anak. Sikap suka menunjuk-nunjuk dan menayangkan kepada rakan-rakan sebaya membuka ruang kepada persaingan yang tidak sihat. Alangkah baiknya jika wang menukar beli telefon tersebut digunakan untuk tujuan lain yang lebih berfaedah.

Telefon bimbit juga menyebabkan segelintir pelajar menipu dengan membuat panggilan palsu kepada agensi tertentu. Antaranya, nombor talian 999 untuk kecemasan sering disalahgunakan demi keseronokan yang menyusahkan pihak lain. Mereka harus sedar bahawa penggunaan telefon bimbit yang berterusan dalam tempoh yang lama juga, boleh mendatangkan kesan kepada otak seperti peningkatan sel-sel barah.

Konklusinya, teknologi komunikasi seperti telefon bimbit bergantung kepada niat penggunanya. Sebagai pelajar, kita harus bijak menggunakan peranti teknologi maklumat ini dan tidak menyalahgunakannya untuk tujuan yang sia-sia.

36 comments:

  1. Adik saya juga punyai telefon bimbit. dia ckp guna untuk komunikasi dengan org yg amik dia aje. kalau dia tidpu tak tahu ler hehehe.

    ReplyDelete
  2. Khairi, makaseh pandangan tu. Tapi ada baiknya semak mesej dan klip dlm HP adik tu.. Jgn percaya bulat2..

    ReplyDelete
  3. ala,lek r ...korg mcm baik sgt
    hahaha

    ReplyDelete
  4. Salam, kawan..teman amek isi karangan untuk buat isi bahas yee....

    ReplyDelete
  5. askum.... mekasih abg Brahim dengan isi penting yang bagus ini boleh saya gunakan di dalam karangan saye

    ReplyDelete
  6. erm , telefon bimbit menjejaskan kesihatan ka ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. semasa kita menjawab panggilan telefon, telefon bimbit akan mengeluarkan gelombang yang boleh mengganggu sistem saraf otak dan boleh menyebabkan barah @ kanser.

      Delete
  7. thanks..sy tlh gunakn isi ini utk bhas,..

    ReplyDelete
  8. thx...... sy kn guna isi ini utk karngn sy

    ReplyDelete
  9. MEKASIH..SY AMBIK POINT2 YG PENTING DLM ARTIKEL INI..COZ NK TARUK DLM ASSGMENT..

    ReplyDelete
  10. kajian menunjukkan bahawa telefon bimbit mempunyai lebih banyak bakteria berbanding dengan mangkuk tandas walaupun persepsi kita sebaliknya. Ini kerana telefon bimbit mempunyai haba yang boleh membiak bakteria berbanding dengan mangkuk tandas yang sejuk dan tidak membiakkan bakteria. Bayangkanlah kalau seseorang individu menggunakan telefon bimbit selama berjam-jam lamanya?

    ReplyDelete
  11. pelajar banyak menggunakan gadget ( termasuk telefon bimbit) berteknologi canggih untuk menangkap gambar nota, arahan guru dan sbgnya menyebabkan banyak kemahiran spt kemahiran mengambil nota , kemahiran mendengar di dalam kuliyah semakin menurun. Sedangkan kemahiran ini juga sebhg juga dari skill yang perlu ada untuk proses pembelajaran di alaf baru ini.

    ReplyDelete
  12. sdcfpsofoghvcvm,df x146d♣gf4c 56f465xc65+65321365g6+f5xc x6+gh5fx hg+f+5gf+65+6
    5
    2v
    52+g 5+fgnc

    bhjibhjik bui kft
    gv
    hn ftgv
    nhyfct
    gu
    fc tv
    f c
    tu
    fgu
    f
    hgr
    uhg
    hj
    vg
    bh
    jyucf
    r

    aw

    HJ
    5tw

    drik
    7yt8
    ;

    ReplyDelete
    Replies
    1. maksudnyer..

      Delete
    2. terima kasih banyak-banyak ....
      karangan yang mantap untuk dijadikan contoh ...
      penghuraian setiap isi sungguh bombastic ...
      saya akan jadikan contoh untuk buat karangan yang lagi best ....

      Delete
  13. terime kasih....
    saya suka karangan encik....
    dan saya menggunakan point.2 karangan itu....

    ReplyDelete
  14. saye amek isi karangan ini,utk dijadikan bahan ujian lisan,,tq

    ReplyDelete
  15. erm ... terbaik !!!

    ReplyDelete
  16. heemm.. sya sekarang sdang mncari kebaikan penggunaan telefon bimbit nie...

    ReplyDelete
  17. Type je lar kebaikan penggunaan telefon bimbit apa susah..

    ReplyDelete
  18. saya mantan guru disiplin di sekolah,banyak keburukannnya
    1.Pelajar meniru dalam peperiksaan melalui sms.
    2.Pelajar merakam pelajar dalam tandas dan sebarkan kepada pelajar lain
    3.Berkongsi video lucah dgn rakan2 sebaya(pelajar lelaki)

    Di sekolah pun dah ada beberapa public phone utk kemudahan pelajar
    Harap Timbalan menteri Pelajaran jgn sesuka ati kau nak ubah peraturan krn guru di sekolah yg menghadapi pelajar

    ReplyDelete
  19. thanx.. saya gunakan point2 penting untuk rangka karangan saya..

    ReplyDelete
  20. Mohon keizinan untuk dijadikan bahan rujukan :)

    ReplyDelete
  21. thank i can understand the essay

    ReplyDelete
  22. tTerima kasih sbb bagi idea untuk karangnan saya ... mmg bernas

    ReplyDelete
  23. Terima khasih kerana anak saya menggunakan telefon bimbit untuk video yang tak baik

    ReplyDelete
  24. Guna fon kerana Allah :) biar niat tu hny krn Allah, baru tak dapat keburukannya hhi ^^

    ReplyDelete
  25. a perfect picture

    ReplyDelete
  26. THANKS..BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN BACAAN..DAN BOLEH MENYELAMATKAN DIRI..

    ReplyDelete
  27. Thank ya dude nice essay!!

    Luv it!

    ReplyDelete
  28. krangan nye excelent..thanx..sya telah mengambil point2 penting untuk membantu sya membuat karangan...

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan