Monday, July 11, 2011

RESOLUSI WACANA KHAS GEJALA SOSIAL DI MALAYSIA 30 MAC 2011

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

(disalin semula daripada web rasmi ABIM)

Atas kesedaran peningkatan jumlah anak tidak sah taraf yang amat merisaukan, ABIM, institusi-institusi kerajaan dan badan bukan kerajaan telah duduk bersama bagi membincangkan masalah kewujudan anak tidak sah taraf yang semakin berleluasa dalam masyarakat dalam memahami isu ini, maka beberapa aspek telah disimpulkan untuk penyelesaian masalah tersebut, antaranya :

PENDIDIKAN

1. Keperluan bagi setiap ibu bapa dan sekolah untuk memiliki Akta Kanak-Kanak 2001 dan Convention on the Rights of Children (CRC) untuk lebih memahami realiti, hak dan perundangan kanak-kanak.

2. Pendidikan spiritual harus ditekankan sebagai teras kepada pendidikan utama dalam masyarakat.

3. Memperkasakan pendidikan golongan lelaki sejak usia kanak-kanak yang biasa dikaitkan sebagai pemangsa dalam menyedarkan mereka sebagai golongan yang memegang amanah dan tanggungjawab yang besar khususnya dalam melindungi pihak wanita yang biasa dikaitkan sebagai mangsa.

4. NGO khususnya pertubuhan Islam dan persatuan pelajar Islam harus diberi ruang untuk beperanan di sekolah-sekolah dalam mengisi agenda Tauhid dan Kerohanian dalam menguatkan pegangan agama para pelajar.

5. Dicadangkan agar diadakan pengasingan pelajar lelaki dan perempuan di sekolah-sekolah sama ada pengasingan kelas atau pengasingan sekolah.

6. Kerajaan perlu mewujudkan ‘White School’ untuk mengasingkan pelajar-pelajar yang bermasalah dari pelajar-pelajar yang ingin betul-betul belajar di sekolah.

7. Generasi muda harus dididik dengan makna sebenar dan bahaya zina bagi mengelakkan kekeliruan dan salah faham terhadap penggunaan istilah sebagai contoh antara istilah zina dengan ‘projek’.


PENGUATKUASAAN
8. Menutup ruang-ruang maksiat dan gejala zina dengan menyokong usaha-usaha pihak berkuasa untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat ilmu dan ekonomi bukan pusat hiburan.

9. Kerajaan harus mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang bagi mengawal penyebaran unsur pornografi dan kelucahan melampau.

10. Pihak media harus mengelakkan unsur-unsur yang boleh membawa kepada zina, maksiat dan percintaan yang keterlaluan dalam kandungan program tv dan media cetak.


MASYARAKAT

11. Penekanan kepada kemahiran keibubapaan dan komunikasi dalam setiap program-program berkaitan kekeluargaan bagi ibubapa memahami kehendak dan citarasa semasa anak-anak mereka.

12. Segala perbincangan dan tindakan dalam menangani isu ini harus disandarkan bukan semata-mata kepada statistik tetapi berdasarkan kajian.

13. Anak tidak sah taraf tidak harus dipandang bersalah, bahkan mereka harus dijaga maruah, dididik dan diberikan motivasi agar terus berjaya dalam lapangan hidup.

14. Menubuhkan sekretariat khas terdiri dari gabungan NGO Islam yang dipimpin oleh ABIM bagi melaksanakan dan menyelaraskan hasil perbincangan hari ini. Semua pihak harus memainkan peranan secara holistik dalam menangani isu gejala sosial ini.

DR MUHAMMAD RAZAK IDRIS
Presiden, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...