Monday, July 18, 2011

Mabuk Dengan Dunia Menyebabkan Kita Terdedah Kepada Maksiat

Terima kasih kerana sudi membaca di blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Para Nabi dan iblis mengajak manusia ke arah yang bertentangan. Nabi mengajak berbuat kebaikan, manakala iblis dan syaitan pula sebaliknya. Yang menghairankan, manusia lebih suka menyahut seruan syaitan, kerana mereka dapat rasakan nikmat apabila berfoya-foya dalam kemaksiatan. Manusia demikian adalah manusia yang kotor jiwanya. Seperti mana Allah memperlihatkan kepada manusia apakah itu air yang suci, atau najis, agar mereka dapat membezakan kedua-duanya. 

Air mata-air yang jernih dari bumi adalah air yang bersih. Para Nabi mengajar manusia dari sumber air mata-air syurgawi. Sebahagian manusia sebaliknya lebih gemar mengejar sumber air yang kotor, ini adalah manusia yang mabuk, dan mendambakan maksiat seperti orang yang ketagihan arak. Pemabuk memikirkan mengenai minuman arak setiap malam, pada sangkaannya, apa yang di rasakan itu, adalah nikmat. Manusia yang menjadikan kebiasaan meminum arak, akan melakukannya berterusan, kerana bagi mereka, itu adalah nikmat yang besar.

Dalam longkang yang di penuhi dengan air najis, kita tidak akan menemui selain dari tikus yang kotor dan busuk. Tikus itu akan berkata, “Ini adalah kawasan kami, kami memerintah di sini. Ikuti kami, dan kamu akan seperti kami, kamu akan bahagia. Kami adalah raja dan permaisuri di sini. Setiap yang datang dan mencampuri aktiviti kami, kami akan memberi mereka kenikmatan (palsu).” Manusia yang masuk ke dalam perangkap itu, tidak akan dapat keluar. 

Manusia yang sesat, apabila mereka melihat manusia yang mengikuti jalan yang suci, mereka akan berkata, “Apa yang mereka percayai semuanya kolot semata2, mereka tidak rasai apa yang kami nikmati (dengan melakukan perkara2 maksiat).”

Ini adalah zaman di mana manusia telah menjadi mabuk dengan kehidupan dunia. Seluruh nikmat dunia ini menjadikan jasad dan kerohanian mereka mabuk. Manusia zaman ini tidak menghiraukan kerohanian mereka, mereka memandang seluruh ilmu mengenai kerohanian sebagai fahaman yang kolot, mereka memandang kehidupan dunia mereka sebagai yang moden dan canggih, dan mereka menumpukan perhatian mereka kepada mencari nikmat untuk jasad mereka sahaja. 

Aneh sekali, manusia merasakan ini sebagai zaman kecanggihan dan kemodenan! Adakah manusia mencapai sesuatu kemuliaan dengan kehidupan modennya? Tidak, malahan moral mereka hancur dan binasa.


Allah memerintahkan seluruh manusia untuk mengubah cara hidup mereka, sehingga mereka berada di atas landasan yang benar. Jika tidak, kita akan di timpa musibah, maka senantiasalah bertaubat kepada Allah. Moga Allah mengampuni kita.

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...