Wednesday, September 4, 2013

Tanda Putera: Memori Rusuhan Antara Kaum Didalangi DAP

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Saya salin semula kisah pengalaman Esa Adam

Keadaan selepas pilihanraya pada tahun 1969 itu sangat tegang. Aku pada masa itu menuntut jurusan statisik di Jalan Othman Petaling Jaya. Pak Arshadlah yang banyak membawa anak2 Melayu dari Kampong belajar dalam jurusan2 yang asing bagi anak Melayu ketika itu seperti statistik, actuary, business, plantation, banking dll. 

Pada 12hb Mei orang2 cina menaiki lori2 kecil pergi ke kampong2 Melayu disekitar PJ dan KL menghalau kami semua balik kampong. Di belakang Maktab Mara adalah Kawasan Melayu. Jadi mereka ini lalu-lalang di hadapan Maktab Mara kerana mereka tahu Maktab Mara pelajarnya adalah Melayu. Mereka tidak hormat langsung kat orang Melayu ketika itu. Mereka seolah sudah dirasuk dan akan perintah Selangor pada ketika itu. Bendera2 roket dikibar.





Pada petang 13hb Mei kami semua dibawa ke Kampong Baru (tak tahu arahan siapa). Dengan hanya berbekal buku2 sahaja, kerana kami sepatutnya balik ke hostel di seksyen 17 Petaling Jaya. Yang peliknya Driver bawa parang.

Bas bertolak hampir senja melalui Jalan Travers. Kami ditahan Polis di Jalan Travers dan disuruh patah balik. Tapi kami ramai2 bertekad meneruskan perjalanan ke Kampong Baru. Kami melalui Jalan Tunku Abdul Rahman dan melintasi Chow Kit lepas senja. 

Waktu itu aku lihat orang2 China bawa galah meyerbu ke bas kami. Dalam hati habislah. Teringat mak bapak di kampung. Driver memberanikan diri memecut bas ke round about Jalan Pekeliling. Disitu sudah ada beberapa motosikal yg sedang terbakar. 



Kami semua ada yg sudah pucat lesi kerana bukan ini yg kami cari. Bas bergerak ke Jalan Tun Razak menuju ke balai Dato Harun. Lagi ada kereta yg terbakar. Dengan Ikhsan Polis kami dibenar masuk menuju ke rumah Datuk Haron. Belum sampai kami disuruh keluar bas. Bila berkumpul diluar bas beberapa das pemedih mata ditembak ke arah kami oleh FRU. Masa itu kami semua bertempiaran lari. Aku dan beberapa org kawan melompat masuk ke dalam perkarangan sebuah rumah. (tak ingat rumah siapa). 

Tembok yg tinggi dapat ku panjat. Dalam rumah tu kami dapat tengok TV dan disitulah baru kami tahu apa yg telah berlaku. Dari perkarangan rumah tersebut kami dapat melihat api dari bangunan yg terbakar. Kami juga dapat mendengar perutusan dari Tunku mengenai apa yg telah terjadi. Pada pukul 10 malam Askar Melayu mengambil tugas dari FRU dan kami dibenar masuk ke dalam rumah Dato Haron. Suasana memang tegang. Kumpulan2 dari Sungai Manek dan Parit sulung sudah pun ada didalam rumah Dato Haron berzikir.


Dari situ kami mendapat maklumat mengatakan ada masjid yang telah dibakar. Beberapa kumpulan akan keluar dari rumah Dato Haron mempertahankan kawasan2 yg diserang oleh orang2 Cina. Ali Munawar adalah seorang dari ketua disitu. Kampong Baru dikawal oleh Gengster Melayu dengan senjata api. Pertempuran berlaku sepanjang malam. 

Paling hebat ialah di Kampong Pasir, berdekatan dengan Jalan TAR. Ada berita mengatakan beberapa orang Melayu dibunuh Cina dalam panggung Federal di Chow Kit. Kawan saya juga terkena tembakan dikaki di Kampong Pasir.


Lebih kurang pukul 4 pagi Askar Melayu mula menghantar balik pelajar2 ke hostel. Bukan naik APV atau Hummer tapi naik lori tentera aja. Masa itu takut sungguh melalui KL, menyusur jalan Bangsar. Banyak bangunan2 yg terbakar di Jalan TAR.


Post-13Mei ration makan kami adalah roti dua keping cecah kari. ration kami diagih ke kawasan2 Melayu.

Malam kami berjaga bergilir-gilir menjaga hostel. Setiap hari gendang Cina dipukul kuat di PJ Old Town. Dan khabar angin akan sampai mengatakan kami akan diserang.

Tun Dr Ismail adalah seorang pemimpin ulung yg bawa keamanan di Malaysia kerana ketegasan beliau. Sumbangan beliau tak ada tuluk bandingnya.

Jadi kalau ada orang mengatakan 13 Mei bukan Cina DAP dalangnya mereka ini sebenarnya silap. Tapi ada hikmahnya. Kalau mereka bersabar tentu negara ini telah terlepas ke tangan mereka. Kerana kerakusan niat mereka tidak kesampaian. Inilah kesilapan yang mereka terpaksa bayar.


No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan