Thursday, December 18, 2014

DOAKAN KAMI DAPAT MELAKSANAKAN UMRAH DENGAN SEMPURNA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Semuanya bermula apabila kami mendaftarkan giliran menunaikan ibadah haji untuk mak dan ayah mertua saya. Ketika itu tahun 2012, kalau tidak salah saya. Usia mertua saya sudah mencapai warga emas, dan tentulah kudrat mereka tidak sekuat saya dan isteri. 
  "Bila gilirannya?" Tanya ayah mertua saya sebaik kami berurusan di kaunter Tabung Haji Dungun.
"Hermmm, lambat lagi Bak." (panggilan saya kepada ayah mertua)
"Tahun 2045..," Jawab isteri saya pendek.
Kami saling berpandangan.  Semua diam. Persoalan yang bermain di fikiran, adakah sempat membawa mereka menunaikan haji pada tahun tersebut.
Ketika mendaftar haji pun, usia Bak mencecah 72 tahun manakala ibu mertua saya pula 66 tahun.
"Bak dah tak ada waktu tu...", kata Bak optimis dengan nada sayu. 
Ayatnya pendek tapi cukup merentap perasaan. Isteri saya bertekad tetap ingin membawa ibu dan bapanya ke sana, sekurang-kurangnya untuk mengerjakan umrah dahulu.

Saya tekad untuk membuat rayuan, tetapi agak sukar kami mendapat tempat kerana senarai rayuan juga panjang. Ini tahun ketiga saya membuat rayuan dengan harapan musim haji 2015 nanti kami dapat membawa mertua ke sana. 
Akhirnya kami membulatkan tekad membawa mertua menunaikan umrah terlebih dahulu.
Tempat di TH Travels pada awalnya dijanjikan ada, dan kami akan bertolak pada 16hb Disember, pulang pada 27hb berikutnya. Entah di mana silapnya, tempat kami diambil oleh pihak lain. Dalam keadaan serba kalut itu, seorang rakan kami, ustaz Fadzli menawarkan empat tempat untuk umrah Disember, iaitu pada 19hb Disember dan pulang ke tanah air pada 30 hb berikutnya melalui Omega Travel.
Alhamdulillah, ada rezeki untuk membawa ayah dan mak mertua saya ke sana. Segala urusan perjalanan setakat ini sudah dibereskan. Doakan kami selamat pergi dan balik. Doakan juga semoga Allah permudahkan urusan ibadah umrah yang bakal kami laksanakan. 

Maafkan segala silap dan salah sepanjang kita berkongsi ruang di media maya. Kalau ini adalah posting akhir saya, siapa tahu, sebab kata Imam Al-Ghazali, perkara paling hampir dengan manusia adalah mati!

Thursday, December 11, 2014

AKHIRNYA SAYA MELANGKAH KELUAR DARI SINI (UPDATE)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Lewat tengah hari Rabu 10 Disember, satu panggilan telefon diterima meminta saya ke Pejabat Pendidikan Daerah Manjung untuk satu taklimat. Seperti biasa, ini adalah rutin bagi saya kerana sebagai Penolong Kanan Pentadbiran, urusan seperti ini tidak dapat dielakkan.
Saya akan rindukan rutin perhimpunan seperti ini

Taklimat yang dimaksudkan adalah pemberitahuan pertukaran setara sebagai Penolong Kanan Pentadbiran di SMK Seri Samudera, Sitiawan. Ia agak mengejutkan kerana saya memang tidak mendengar sebarang khabar angin sebelum ini. Bagaimanapun, saya menerimanya dengan berlapang dada, kerana yakin perancangan Allah lebih baik untuk hamba-Nya. 

Sudah sah saya akan menoktahkan khidmat di SMK Batu Sepuluh, Lekir, sebuah sebuah sekolah yang istimewa dalam perjalanan kerjaya saya. Di sinilah saya mula-mula bertugas sebagai seorang pendidik, sejak belum berkahwin hinggalah kepada mempunyai 6 orang cahaya mata. Saya melihat jatuh bangun sekolah ini sejak 3 Julai 1995. Ketika itu saya kuat, energetik,  bujang dan baharu menamatkan pengajian di Universiti Pertanian (Putra) Malaysia.
Pintu masuk yang menjadi lokasi menunggu pelajar ini tidak lagi menjadi teman saya

Saya berkhidmat kepada 9 orang pengetua, daripada guru penolong, kemudiannya dilantik sebagai Guru Kanan Bahasa pada 2006, Penolong Kanan Kokurikulum (2010), Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (2013) dan Penolong Kanan Pentadbiran pada 2014. 

Sejarah perkhidmatan saya di sini amat panjang, hampir 20 tahun. Selama itu, ramai anak murid yang telah berjaya dan  ada juga yang kecundang dalam perjalanan hidup. Ramai antara mereka yang sudah berkahwin, termasuk dengan pasangan daripada sekolah yang sama. Jika dikirakan mereka sebagai anak, bermakna saya sudah layak dipanggil datuk.

Pengalaman pahit dan manis biarlah saya simpan sebagai kenangan dan azimat meneruskan kelangsungan hidup. Pasukan di sekolah ini daripada staf sokongan hinggalah kepada barisan pentadbir amat baik dan mampu melakar kejayaan sekolah pada masa hadapan.

Sebagai penjawat awam, saya harus akur dengan perintah pihak atasan. Perpindahan tempat bekerja ini baik untuk saya. Ia juga dapat memantapkan pengalaman saya mendepani cabaran baharu. Patah tumbuh, hilang pasti berganti. Saya inginkan inspirasi baharu, jadi saya perlu ubah dan berhijrah. 

Kepada rakan sejawat di SMKBS, semoga perpisahan ini menjadi sebab kita bertemu lagi pada masa yang lain. Saya doakan SMKBS berjaya dalam apa jua bidang. Maafkan segala kesilapan dan kelemahan sepanjang saya bertugas di sini. 

Kalau kentang menjadi gulai, ubi tidak berguna lagi
Kalau wang menjadi nilai, budi tidak berguna lagi.



Wednesday, December 10, 2014

UWAIS ALQARNI, TERKENAL DI LANGIT DIHINA DI BUMI

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Rasullulah saw pernah berpesan kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra bahawa 'akan lahir di kalangan tabiin seorang yang sangat makbul doa yang akan lahir di zaman kamu. (zaman selepas kewafatan Rasullulah saw)'
Tujuan Rasullulah saw menyuruh Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra mencari Uwais al-Qarni tidak lain ialah meminta Uwais al-Qarni berdoa kepada Allah supaya mengampunkan dosa-dosa sahabat (Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra). Rasulullah s.a.w juga menjelaskan Uwais boleh dikenali melalui tanda penyakit kulit pada tubuhnya.
Mengapa begitu istimewanya Uwais al-Qarni sehingga Rasullulah saw meminta sahabat mencari dan meminta doa daripadanya?
 Setelah kewafatan Rasulullah S.A.W, Uwais al-Qarni akhirnya muncul di zaman Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra. Kedua-dua mereka yang memang menunggu dan mencari kabilah-kabilah yang datang dari Yaman ke Madinah, akhirnya bertemu juga dengan Uwais al-Qarni. Pada pandangan mata kasar mereka, tidak mungkin dia adalah orang yang Rasulullah saw sebut-sebutkan ini kerana, Uwais Al-Qarni dianggap sebagai seorang yang kurang waras di kalangan orang awam atau penduduk setempat.
Uwais Al-Qarni adalah seorang yang berpenyakit sopak di seluruh tubuh badannya, yakni sejenis penyakit kulit yang tidak digemari ramai. Walaupun begitu, beliau adalah seorang yang soleh yang amat mengambil berat tentang ibunya yang uzur dan lumpuh. Beliau begitu tekun untuk mendapatkan keredhaan ibunya. Bapa beliau meninggal dunia ketika beliau masih kecil lagi. Beliau berpenyakit sopak sejak dilahirkan dan ibunya menjaganya sampai beliau dewasa.
Suatu hari ibunya memberitahu kepada Uwais Al-Qarni bahawa dia ingin sekali untuk mengerjakan ibadat haji. di Mekah. Ibunya menyuruh Uwais Al-Darni supaya berikhtiar agar beliau dapat membawanya ke Mekah untuk menunaikan haji. Sebagai seorang yang miskin, Uwais Al-Qarni  tidak berdaya untuk mencari perbelanjaan untuk ibunya kerana pada zaman itu kebanyakan orang pergi menunaikan haji dari Yaman ke Mekah perlu menyediakan beberapa ekor unta yang dipasang di atasnya ‘Haudat’. Haudat ialah sebuah rumah kecil yang diletakkan di atas unta untuk melindungi diri daripada cuaca panas matahari dan hujan. 
Uwais tidak mampu menyediakan perbelanjaan untuk ibunya pergi mengerjakan haji apatah lagi untuk memiliki unta.
Namun atas permintaan ibunya yang sangat Uwais kasihi. Uwais Al-Qarni mendapat suatu ilham. Beliau membeli seekor anak lembu yang baru lahir dan sudah habis menyusu. Beliau membuat sebuah rumah di atas ‘Tilal’ (tanah tinggi). Rumah untuk lembu itu dibina di atas bukit, apa yang beliau lakukan ialah pada petang hari beliau akan mendukung anak lembu untuk naik ke atas Tilal. Pagi esoknya beliau akan mendukung lembu itu turun dari Tilal tersebut untuk diberi makan. Itulah yang dilakukannya setiap hari. Ada ketikanya dia mendukung lembu itu mengelilingi bukit tempat dia memberi lembu itu makan. Perbuatan yang dilakukannya ini menyebabkan orang mengatakan beliau kurang waras.
Memang pelik, membuatkan rumah untuk lembu di atas bukit, kemudian setiap hari mengusung lembu, petang dibawa naik, pagi dibawa turun bukit. 
Namun sebenarnya jika dilihat di sebaliknya, Uwais al-Qarni seorang yang bijak. Lembu yang asalnya hanya 20kg, selepas 6 bulan lembu itu sudah menjadi 100kg. Otot-otot tangan dan badan Uwais Al-Qarni pula menjadi kuat hinggakan dengan mudah mengangkat lembu seberat 100kg turun dan naik bukit setiap hari.
Selepas 8 bulan, apabila sampai musim haji. Rupa-rupanya perbuatannya selama ini adalah satu persediaan untuk beliau membawa ibunya mengerjakan haji. Beliau telah memangku ibunya dari Yaman sampai ke Mekah dengan kedua tangannya. Di belakangnya beliau meletakkan barang-barang keperluan seperti air, roti dan sebagainya. Lembu yang beratnya 100kg boleh didukung dan dipangku inikan pula ibunya yang lebih ringan. Beliau membawa (mendukung dan memangku) ibunya dengan kedua tangannya dari Yaman ke Mekah, mengerjakan Tawaf, Saie dan di Padang Arafah dengan senang sahaja. Uwais juga memangku ibunya dengan kedua tangannya pulang semula ke Yaman dari Mekah.
Setelah pulang semula ke Yaman, ibunya bertanya:
Uwais, apa yang kamu doakan sepanjang kamu berada di Mekah?
Uwais Al-Qarni menjawab:
Saya berdoa minta supaya Allah mengampunkan semua dosa-dosa ibu”.
Ibunya bertanya lagi:
Bagaimana pula dengan dosa kamu?
Uwais Al-Qarni menjawab:
Dengan terampun dosa ibu, ibu akan masuk syurga. Cukuplah ibu redha dengan saya, maka saya juga masuk syurga.
Ibunya berkata lagi:
Ibu inginkan supaya engkau berdoa agar Allah hilangkan sakit putih (sopak) kamu ini.
Uwais Al-Qarni berkata:
Saya keberatan untuk berdoa kerana ini Allah yang jadikan. Kalau tidak redha dengan kejadian Allah, macam saya tidak bersyukur dengan Allah Ta’ala.
Ibunya menambah:
Kalau ingin masuk ke syurga, mesti taat kepada perintah ibu. Ibu perintahkan engkau berdoa.
Akhirnya Uwais Al-Qarni tidak ada pilihan melainkan mengangkat tangan dan berdoa. Beliau lalu berdoa seperti yang diminta oleh ibunya supaya Allah menyembuhkan putih yang luar biasa (sopak) yang dihidapinya itu. 
Allah SWT lalu menyembuhkan serta merta, hilang putih sopak di seluruh badannya kecuali tinggal satu tompok sebesar duit syiling di tengkuknya. Tanda tompok putih kekal pada Uwais Al-Qarni kerana permintaannya, kerana sopak ini adalah satu anugerah, maka inilah tanda pengenalan yang disebut Rasulullah saw kepada Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra:
“Tandanya kamu nampak di belakangnya ada satu bulatan putih, bulatan sopak. Kalau berjumpa dengan tanda itu, dialah Uwais al-Qarni.”
Tidak lama kemudian, ibunya meninggal dunia. Beliau telah menunaikan kesemua permintaan ibunya. Selepas itu beliau telah menjadi orang yang paling tinggi martabatnya di sisi Allah. Saidina Umar ra dan Saidina Ali ra dapat berjumpa dengan Uwais Al-Qarni dan seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah S.A.W, mereka meminta supaya beliau berdoa agar Allah SWT berkenan mengampuni semua dosa-dosa mereka berdua.
Ketika Uwais al-Qarni berjumpa Saidina Umar dan Saidina Ali, beliau berkata:
“Aku ini datang dari Yaman ke Madinah kerana aku ingin menunaikan wasiat Rasulullah S.A.W kepada kamu iaitu supaya kamu berdua berjumpa dengan aku.”
Maka Uwais Al-Qarni pun telah mendoakan untuk mereka berdua.
Setelah itu Saidina Umar, yang ketika itu memegang jawatan Khalifah, saidina umar mahu membuat surat kepada Gabenor Kufah supaya melayan Uwais Al-Qarni dengan layanan yang istimewa. Namun begitu ditolak dengan baik oleh Uwais Al-Qarni. 
Lalu Uwais Al-Qarni menjawab dengan lembut :
“Berada di tengah-tengah orang ramai sehingga tidak dikenali lebih aku sukai.”
Diriwayatkan semasa kewafatan beliau, terlalu ramai “orang” yang menyempurnakan jenazah beliau. Daripada urusan memandikan sehinggalah dibawa ke liang lahad. Agak menghairankan kerana pada masa hidup beliau tiada orang yang memperdulikan beliau yang miskin. Malah ada yang menganggap beliau seorang yang gila. Siapakah “orang-orang” tersebut. Mereka itu adalah penduduk-penduduk langit yang terdiri daripada malaikat-malaikat.
Demikianlah kisah Uwais Al-Qarni yang amat taat dan kasih kepada ibunya. Seorang Wali Allah yang tidak terkenal di bumi, tetapi amat terkenal di langit, kerana jasa dan pengorban terhadap ibunya.

Friday, November 28, 2014

Pelajar Jadi Tikus Putih PT3?

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Caca Marba Pendidikan Malaysia – Mohd Faiez Mohd Ali
(dipetik daripada https://www.facebook.com/abangrajaFANPAGE?hc_location=timeline
 

Published: 22 November 2014

Dalam laporan UN Education Index Malaysia berada di kedudukan 98 daripada 181 negara. Manakala kajian “Programme for International Student Assessment” (PISA), Malaysia corot di tangga 55 daripada 74. Bagi keputusan kajian “Trends in Mathematics and Science Study” (TIMSS) 2011 pula menunjukkan penurunan prestasi Matematik dan Sains mendadak sepanjang empat kali penilaian daripada tahun 1999.”

Apakah maksud semua laporan penilaian pendidikan antarabangsa ini? Maksudnya, para pelajar Malaysia adalah antara yang paling lemah apabila dibandingkan dengan pelajar-pelajar lain di seluruh dunia.
Namun begitu.

Dilaporkan juga Gred Purata Nasional (GPN) untuk peperiksaan PMR meningkat ketara untuk 5 tahun yang lalu iaitu 2.83 pada 2008, 2.78 pada 2009, 2.74 pada 2010 dan terbaru 2.71 pada 2011. Bilangan pelajar yang mendapat A di dalam Matematik juga meningkat dari 26.7 peratus pada 2010 kepada 28.9 peratus pada 2011 manakala untuk subjek Sains pula meningkat dari 18.5 peratus pada 2010 kepada 21.7 peratus pada 2011. Untuk SPM pula, pencapaian 2011 dikatakan pencapaian terbaik dalam masa 5 tahun dengan peningkatan GPN dari 5.19 pada 2010 kepada 5.04 pada 2011. (Rujukan Buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang)


Apa pula maksud laporan peningkatan GPN mengikut prestasi PMR dan SPM ini? Maksudnya, selama berpuluh tahun kita menipu diri kita sendiri sehinggalah datang indeks antarabangsa keluaran UN Education Index, PISA dan TIMSS yang membongkar perihal budaya penipuan yang selama ini berakar dalam konsep pendidikan kita. Bagaimana mungkin GPN PMR dan SPM meningkat walhal para pelajar kita tercampak dalam kedudukan 2/3 tercorot di seluruh dunia?

Rakyat Malaysia terkujat, sekali lagi.

Jadi sekarang kita sudah tidak boleh menipu diri sendiri lagi kerana seluruh dunia sudah mengetahui betapa terkebelakangnya para pelajar kita dalam bidang Sains, Matematik, literasi pembacaan dan penyelesaian masalah kritikal. Untungnya daripada kesedaran ini, kita dapat melihat beberapa usaha ‘transformasi’ pendidikan yang dijalankan Kementerian Pendidikan disamping cadangan tokoh negarawan seperti Tun Mahathir bagi menambah baik pendidikan kita.

Kementerian Pendidikan berjaya membuatkan masyarakat teruja dan bergantung harap dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang setebal 248 mukasurat (yang entah siapa nak baca?) dan memuatkan 11 anjakan strategik sebagai cadangan penyelesaian kepada masalah pendidikan kita.

Hasilnya, tercetus Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menyeksa kehidupan para guru selama empat tahun berturut-turut dengan server yang lembab dan pertambahan kerja pengkeranian mengisi data dan ‘mencipta’ statistik para pelajar. PBS ini dimansuhkan selepas empat tahun berjalan menyebabkan para guru yang bersengkang-mata pukul empat pagi untuk mengisi data online dan berjerih-payah membuat dokumentasi fail pelajar berasa sakit hati dan usaha mereka seperti tersia-sia.

Selepas PBS, lahir pula Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) secara terburu-buru yang sekali lagi menjadikan para pelajar tingkatan tiga pada tahun 2014 sebagai tikus makmal. Hampir dua tahun belajar mengikut format PMR sebelum mendapat ‘kejutan budaya’ PMR dimansuhkan dan digantikan dengan PBS yang ‘tak ada exam’. Tiba-tiba mereka dikejutkan dengan PT3 yang perlu dihadapi dengan masa persiapan kurang daripada dua bulan. Realitinya disaat para pelajar tingkatan tiga disuruh menghadap PT3, sebahagian besar para guru masih terkial-kial cuba memahami konsep PT3. Lalu bagaimana para guru yang masih belum benar-benar mahir dengan PT3 akan mempersediakan para pelajar untuk PT3 dalam tempoh masa kurang daripada dua bulan?

Tapi, ini kan Malaysia. Malaysia amat sinonim dengan perkataan ‘boleh’. Perkara ini sudah pernah pun berlaku dahulu sebagai contoh PPSMI dimana para pelajar dijadikan tikus makmal dan para guru menjadi bidan terjun yang mengendalikan tikus-tikus ini sebelum ‘eksperimen’ itu dihentikan kerana tekanan masyarakat.

Selain daripada itu, kita tidak lupa untuk mengidolakan polisi pendidikan negara lain. Negara seperti Finland, Korea Selatan dan Jepun sering kali menjadi bahan bicara ahli akademik terutamanya tatkala roadshow PPPM hangat dijalankan diseluruh negara dahulu. Kita sibuk melihat kepada teori pendidikan yang digunapakai negara-negara ini sehinggakan kita lupa masalah paling utama dalam pendidikan kita bukannya terletak dalam perbahasan teori sebaliknya di peringkat implementasi.

Masalah implementasi yang tidak pernah selesai

Saya pernah menulis tentang tiga perkara yang banyak mempengaruhi implementasi polisi pendidikan. Saya ingin berkongsi tentang dua perkara tersebut disini iaitu:

1. Mengajar mengikut kepakaran

2. Beban kerja pengkeranian yang terlampau banyak dan tidak mendatangkan faedah sebaliknya menjejaskan kualiti pengajaran dan pembelajaran

Dua perkara ini bukanlah perkara baru. Ianya pernah disebut dan diketengahkan semenjak tahun 80an, sepanjang tahun 90an sehinggalah sekarang dengan sasaran Wawasan 2020 hanya tinggal 6 tahun saja lagi. Namun, perkara ini masih tidak selesai-selesai. Bekas Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (KPPK) Siva Subramaniam pernah menyebut pada tahun 1995 tentang masalah para guru yang ditempatkan tanpa mengikut opsyen. Sedihnya, perkara ini masih lagi berterusan.

Tak perlu saya lambakkan statistik yang banyak dalam laporan-laporan dan kajian-kajian pendidikan. Sebaliknya saya ajak anda berborak dengan antara 400,000 orang guru yang anda kenal untuk mengetahui tentang realiti ‘penempatan guru’ di sekolah. Berapa ramai guru yang belajar Matematik tapi disuruh mengajar Bahasa Inggeris? Berapa ramai guru yang langsung tak pernah belajar teori pedagogi dan ilmu Sains tapi apabila masuk sekolah dipaksarelakan pentadbir untuk mengajar Sains? Dan berapa banyak sekolah yang masih kekurangan guru Kemahiran Hidup walaupun sudah bertahun-tahun matapelajaran itu dimasukkan dalam kurikulum?

Perkara kedua, beban kerja pengkeranian. Ini adalah masalah implementasi paling utama yang dihadapi pasukan pelaksana polisi pendidikan iaitu para guru. Dengan begitu banyak jenis fail yang perlu disediakan di sekolah, data-data yang perlu dimasukkan sama ada secara offline atau online secara berulang-ulang. Disamping perlu bertungkus-lumus membuat kerja seperti mengambil dan menghantar pelajar ke pertandingan, menghias dewan untuk sambutan hari kemerdekaan sehinggalah ke perkara-perkara seperti membina dan mengecat bangunan sekolah dan tandas. Sebenarnya, apa sahaja yang para guru tidak lakukan di sekolah selain mengajar?

Iya, tolong jangan buat-buat pelik seolah-olah anda sedang membaca berita hairan. Kerja guru bukan lagi mengajar. Kerja mengajar dalam kelas sekarang ini bukan lagi kerja paling utama. Sebaliknya banyak lagi benda-benda lain yang tiada langsung kaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang terpaksa para guru lakukan di sekolah dan diluar sekolah.

Walaupun sejak tahun 90an lagi kesatuan guru dan para guru sudah mengeluh meminta lebih ramai pembantu guru gred N17 untuk membuat kerja-kerja yang tak memerlukan kemahiran pendidikan, tapi nampaknya perkara ini seperti masih jauh untuk kita capai walaupun pada hakikatnya sasaran Wawasan 2020 itu semakin mendekat.

Implementasi sistem pengurusan pendidikan dan pengurusan hospital.

Cuba bayangkan jika cara kerja Kementerian Pendidikan kita diaplikasikan Kementerian Kesihatan.

Di hospital-hospital tidak terdapat ramai jururawat sebaliknya para doktor yang perlu melaksanakan tugas-tugas selain bidang kepakaran mereka. Apabila pesakit sampai, para doktor perlu mendaftarkan mereka dikaunter pendaftaran seperti mana guru kelas mendaftarkan para pelajar di awal tahun serta mengambil dan memasukkan data kedatangan setiap hari.

Setelah pendaftaran, para doktor perlu terlebih dahulu memasukkan data pesakit ke dalam fail pendaftaran mengikut kategori dan jenis penyakit. Sama seperti para guru yang perlu menyediakan fail untuk setiap pelajar mengikut bidang ko-kurikulum, kurikulum, disiplin dan peribadi. Belum masuk fail panitia, subjek, peperiksaan dan beratus-ratus lagi fa

Dalam kekalutan para doktor yang mahu bersiap-sedia memeriksa pesakit mereka yang sakit, mereka akan kerap kali dilanda ombak-ombak pemeriksaan pegawai atasan yang datang untuk memeriksa kekemasan fail, data dan statistik. Bagaimana doktor-doktor ini boleh memeriksa dan merawat pesakit mereka dengan tenang jika asyik dikacau untuk dilihat pengurusan data dan fail mereka?

Belum kita kira jika para doktor sendiri yang perlu memandu ambulans untuk mengambil pesakit yang kemalangan jalanraya atau hampir meninggal kerana sakit jantung seperti mana para guru yang selalu-selalu disuruh menghantar para pelajar sama ada untuk menghadiri pertandingan, sakit ke klinik ataupun mengikuti rombongan.

Jika sistem sebegini diimplementasikan Kementerian Kesihatan di hospital-hospital maka semakin ramailah pesakit yang akan mati seperti mana ramainya pelajar kita yang seperti sudah ‘mati otak’ kerana walaupun 11 tahun belajar di sekolah tetapi masih berfikir dan menulis seperti budak tidak bersekolah. Untuk ini, siapa yang nak dipersalahkan? Guru? Eh, bukan kita sibuk-sibuk nak tengok para guru siapkan fail dan uruskan sekolah daripada bertungkus-lumus mengajar dan mendidik pelajar?

Memasukkan data dan statistik sama ada online ataupun offline, mengukur ketinggian dan berat badan murid, mengemaskini fail pengurusan yang beratus-ratus jenis, menghantar para murid ke sana ke sini dan pelbagai lagi benda remeh-temeh yang langsung tiada kesan signifikan kepada pengajaran dan pembelajaran dalam kelas serta sepatutnya boleh dilakukan pembantu pengurusan sekolah dengan kelulusan SPM.

Jadi, mengapa kita bersusah-payah melatih para guru dalam pedagogi dan teori pendidikan terkini jika di sekolah kita hanya perlu mereka untuk melakukan benda-benda yang remeh-temeh? Benda yang menghabiskan beratus-ratus rim kertas setiap hari hanya untuk ‘orang atas tengok’ sebelum diletakkan diatas rak sehingga berhabuk. Tambahan pula, kenapa pula orang atas sibuk nak tengok benda-benda ni? Sudah terang lagi bersuluh perkara-perkara yang remeh-temeh dan menyesakkan otak seperti pengurusan fail, data dan statistik ini semua tetap gagal membawa Malaysia gah dipersada pengukuran indeks antarabangsa seperti PISA dan TIMSS.

Transformasi pendidikan yang bakal gagal, sekali lagi.

Ambillah Fulbright Teaching Assistant daripada Amerika Syarikat ataupun guru pakar Bahasa Inggeris daripada India. Laksanakanlah subjek baru bagi menerapkan nilai moral dan sahsiah seperti yang dicadangkan Tun Mahathir baru-baru ini. Tirulah pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah mirip kaedah Finland ataupun mengadaptasi keghairahan menjawab soalan peperiksaan dalam sistem Korea Selatan dan China.

Apa sahaja teori, polisi dan cadangan penambahbaikan yang datang daripada Kementerian Pendidikan Malaysia setakat ini, saya percaya semuanya bakal gagal. Dalam masa 10 tahun daripada sekarang kita akan mengulangi semula senario kegagalan (baca: corot di PISA dan TIMSS) dan percubaan transformasi (baca: rombakan pelan pembangunan pendidikan) yang kemudiannya bakal gagal sekali lagi. Kenapa? Kerana kita tidak menyelesaikan masalah akar iaitu ‘implementasi’.

Ini bukannya sekadar teori saya semata-mata. Lihat sahaja sejarah perkembangan pendidikan kita. Perkembangan kurikulum daripada General Syllabuses, ke Pendidikan Komprehensif, Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) sehingga sekarang kita sudah memasuki fasa Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) serta Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) yang memakan masa puluhan tahun untuk dibangunkan.

Begitu juga dengan pelbagai laporan dan pelan pendidikan daripada Laporan Razak (1956), Laporan Rahman Talib (1960), Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979), penggubalan Akta Pendidikan (1996), Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 – 2010) dan kini Pelan Pambangunan Pendidikan Malaysia (2013 – 2025).

Mengapa setelah berjalannya kesemua laporan dan pelan pendidikan ini, kita masih bakal gagal menghasilkan pelajar yang cemerlang diperingkat dunia? Saya percaya kerana jurang pendidikan kita semakin melebar terutamanya di antara pelajar dari keluarga kelas atasan dan keluarga golongan pekerja.

Pelajar dari keluarga kelas atasan mempunyai kelebihan dari segi pengaruh dan kewangan untuk menempah pendidikan terbaik di sekolah-sekolah ternama di Malaysia disamping menghadiri kelas tusyen berbayar. Sebaliknya para pelajar golongan pekerja yang mendapatkan pendidikan di sekolah-sekolah harian biasa, terpaksa bergantung harap kepada sekolah dan para guru mereka.

Namun, guru mereka tidak mungkin dapat menyediakan perkhidmatan pendidikan terbaik. Kerana apa? Kerana guru mereka sibuk dikerah untuk menyediakan fail, menilik data, menyimpan statistik dan lain-lain pekerjaan remeh. Guru yang sebenarnya memegang jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, kini lebih layak digelar sebagai Pegawai Pengurusan Pendidikan.

Apabila kita terlalu taksub dengan hal-hal pengurusan maka perkhidmatan pendidikan kita merudum jatuh. Kesannya, pelajar kita pergi sekolah dan tak sabar nak balik. Para guru pergi bekerja dan tak sabar nak bercuti. Para pentadbir bagi kerja dengan alasan ‘orang atas suruh buat’ sebab ‘nanti dia nak datang tengok’. Tak hairanlah kenapa kualiti pendidikan kita terus-menerus berenang di dalam longkang.

Kesimpulannya, saya lihat perkara paling utama yang perlu dilakukan untuk memulihara keberkesanan pendidikan kita adalah dengan cara mengembalikan peranan, tanggungjawab serta kedudukan guru di tempat yang sepatutnya iaitu di dalam kelas, berhadapan dengan klien utama mereka iaitu para pelajar.

Walaubagaimanapun, perkara ini masih gagal disedari mereka yang sekarang ini sedang sibuk menyuruh guru menyiapkan lima jenis laporan berasingan untuk PT3, masukkan statistik markah pelajar di dua portal yang berbeza, masukkan data kedatangan setiap hari, data disiplin setiap minggu dan pelbagai lagi kerja pengurusan lain. Semua ini atas nama ‘transformasi’ pendidikan.


Kepada pegawai kanan KPM, adakah anda mendengar rintihan kami para guru yang berterusan dibebani tugas perkeranian?

Tuesday, November 25, 2014

Siput Mentarang di Lekir

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kami di Lekir dikejutkan dengan berita banyaknya siput mentarang di sekitar pantai Tanjung Kepah dalam masa yang sama dengan berita kerang di Terengganu.
Siput mentarang merupakan sejenis hidupan laut bercengkerang (Kerang-kerangan) yang boleh dimakan. Siput mentarang mempunyai kulit yang nipis dan biasanya lebih menggemari air yang mempunyai suhu rendah. Nama saintifiknya adalah "Pholas orientalis"[1]Siput Mentarang hanya boleh ditemui di pantai yang berselut sahaja seperti di Perlis atau Pantai Sabak, Selangor dan biasanya ia dikutip semasa air surut.Ia juga dianggap sebagai memiliki sifat perangsang seks.
itulah sebahagian daripada maklumat tentang mentarang yang dapat saya kongsikan.

Tuesday, October 21, 2014

ACARA MENYENTUH ANJING (Update)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Dalam Islam, anjing adalah satu daripada haiwan yang dikategorikan sebagai mughallazah, iaitu  najis berat. Ia perlu disamak menggunakan cucia n air tanah dan air bersih mengikut sukatan tertentu. Lanjutan itu, tentunya acara Saya Mahu Sentuh   (Belai) Anjing atau singkatannya SMSA dianggap kontroversi oleh sebilangan besar masyarakat Islam negara ini.

Saya tidak memusuhi anjing kerana ia juga makhluk Allah. Tidak dinafikan memang saya ada rasa takut kepada anjing kerana bimbang dicederakan. Apatah lagi sekiranya anjing seperti Rottweiller yang terkenal dengan ganasnya, atau anjing German Sheppard yang lebih sinonim sebagai anjing polis. Perasaan itu normal bagi insan seperti saya yang sudah terdidik sejak kecil dengan fahaman anjing itu haram di sisi Islam.  

Adakah saya perlu mengelak menyentuh dan membelai anjing? Jawapannya sudah tentu YA. Memang menyentuh anjing dalam keadaan kering dibenarkan, tetapi harus mengikut syarat tertentu. Tidak perlu saya ulas panjang lebar tentang hukum agama, cukuplah jika saya nyatakan perbuatan mengajak orang Islam membelai anjing dalam program SMSA baru-baru ini adalah satu usaha terancang memalukan umat Islam. 

Pihak penganjur, kononnya memberi alasan ingin menyngkirkan persepsi anjing sebagai haiwan ganas, lalu berbondong-bondonglah orang Islam datang bagi menyatakan sokongan mereka terhadap usaha tersebut. Lebih buruk lagi, foto gadis manis bertudung membelai manja haiwan tersebut dipaparkan sebagai bukti betapa 'penyayangnya' mereka terhadap anjing. 

Reaksi masyarakat khususnya komuniti Islam, tentulah terkejut dengan keberanian mereka. Sudah lupakah mereka agama, yang melarang perkara seumpama itu. Mungkin ada yang berpandangan orang Islam terlalu jumud jika menolak perbuatan seperti ini, tetapi hukum tetap hukum. Babi dan anjing tetap haram, malah kalau ada haiwan halal seperti kucing dikacukkan dengan anjing, anak kacukan anjing dan kucing itu haram di sisi agama. 

Saya tertarik dengan kenyataan JAKIM dalam kontroversi ini. Menurut JAKIM, penganjur telah mengadakan kempen memegang anjing secara sengaja dan terbuka kepada umum termasuk mereka yang beragama Islam tanpa sebarang sebab yang munasabah. Hal ini sekaligus telah menimbulkan keresahan awam khasnya dalam  kalangan umat Islam kerana secara jelas telah menyanggah pegangan mazhab dan ‘uruf/ adat di Malaysia. 

Menurut Ustaz Azhar Idrus, lebih baik menyentuh dan mengusap kepala anak-anak yatim kerana tentunya lebih dapat pahala berbanding menyentuh anjing secara sengaja. Ini kerana menajiskan diri tanpa tujuan yang munasabah adalah haram disisi Islam. 

Walaupun Islam meletakkan kaedah sertu apabila terkena najis yang dikategorikan sebagai ‘mughallazah’ namun kaedah tersebut bukanlah alasan untuk membolehkan seseorang itu memegang najis mughallazah secara sengaja. Tindakan tersebut samalah seperti orang yang sengaja melakukan dosa dengan alasan akan bertaubat kemudiannya.

Saya meyakini ada agenda tersirat penganjur yang secara jelas dilihat seolah-olah cuba mencipta budaya baru dan boleh membawa kepada perbuatan menghina Islam. Islam tidak memandang keji kepada binatang anjing sebagai salah satu makhluk Allah. Apatah lagi untuk menyeksa, memukul dan membunuh anjing tanpa sebab adalah sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam. Malah anjing tetap wajar diberi kasih sayang, belas ehsan dan dijaga kebajikannya. Memberi makan kepada anjing kelaparan atau merawat anjing yang sakit bukanlah halangan kepada umat Islam. Malah saya sendiri pernah menyelamatkan seekor anak anjing yang terjatuh dalam longkang  beberapa tahun lalu.

Bagaimanapun, saya tidak akan memperjudikan agama saya semata-mata untuk membuktikan saya tidak takut atau sayang kepada makhluk ini.

Wednesday, September 10, 2014

Banduan Akhir

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Selalu kita mendengar tentang hukuman gantung sampai mati di corong-corong radio dan di kaca televisyen. Hukuman ini dijatuhkan kepada pesalah-pesalah yang telah melakukan jenayah berat seperti mengedar dadah, membunuh dan sebagainya.
Bayangkan jika kita sendiri yang menerima hukuman tersebut, pasti kecut melalui detik berakhirnya kehidupan.

Semoga artikel di bawah ini akan menyedarkan dan menginsafkan kita tentang akibat jika kita terlibat dalam jenayah besar dan juga kecil, kerana dari yang kecil akan membawa kepada yang lebih besar.

Tali gantung yang diimport diperbuat dari jenis jut yang paling bagus dan dibalut dengan kulit lembut supaya tidak mencederakan kulit banduan yang akan digantung.

Setiap satu berharga di antara RM4,000 satu hingga RM5,000. Tali gantung ini semasa diterima daripada ejen pembekal akan diuji ketahanannya dengan menggantungkan patung seberat lebih 90 kilo selama 72 jam.

Setiap tali gantung ini mempunyai nombor siri dan ia diklasifikasikan sebagai senjata dan ianya disimpan di dalam peti besi.

Setiap tali gantung yang diterima ada perkiraannya. Ada cara-cara yang kita kena ikut. Tidak boleh ambil dan terus pasang. Ada empat jenis tali dan tali tersebut dipilih mengikut berat banduan.

Di antara ciri utama tali gantung ialah tembaga pembunuh yang berfungsi untuk mematahkan tengkuk banduan.

APABILA RAYUAN DITOLAK

Di Penjara Kajang, banduan yang dijatuhi hukuman gantung dikenali sebagai banduan akhir dan ditempatkan di Blok Abadi sehingga hukuman dilaksanakan.

Mereka ini menghabiskan hampir 23 jam sehari sendirian di sel mereka dan hanya boleh meninggalkan sel atas kelulusan pegawai yang bertugas.

Banduan akhir mungkin terpaksa menunggu bertahun-tahun sehingga habis keseluruhan proses rayuan yang membabitkan Mahkamah Rayuan, Mahkamah Persekutuan dan Jemaah Pengampunan Negeri.

Sekiranya rayuan kepada Badan Pengampunan ini juga ditolak, Mahkamah Persekutuan akan mengeluarkan waran untuk melaksanakan hukuman dimana di dalam waran itu akan disebut nama banduan, nombor kad pengenalannya serta masa hukuman akan dijalankan iaitu di antara 5.30 pagi hingga 6.30 pagi.

Waktu untuk laksanakan hukuman adalah satu jam . Untuk banduan beragama Islam biasanya hukuman gantung akan dijalankan pada hari Jumaat, selepas solat Subuh. Bagi yang bukan Islam pula, waktunya lebih kurang sama, cuma harinya boleh berbeza.

Selepas waran dikeluarkan, banduan akhir akan dibawa berjumpa dengan pengarah penjara yang akan memaklumkan tentang pelaksanaan hukuman gantung selepas segala proses rayuan terakhir ditolak.

Biasanya banduan akhir ini akan tahu dia akan digantung bila mana dia dibawa keluar dengan tangan bergari dan ada kawalan ketat.

Semasa banduan akhir berada di bilik pengarah ini, kaum keluarganya yang biasanya sudah dimaklumkan seminggu lebih awal sudah menunggu di luar penjara untuk ‘perjumpaan terakhir.’

Lazimnya suasana dan pilu akan menyelubungi setiap perjumpaan terakhir ini.

Banduan juga diberi pilihan untuk ‘hidangan terakhir’ bernilai RM7.50.

HARI PENGGANTUNGAN

Kebanyakan banduan akhir yang menjalani hukuman gantung dangan rela setelah menunggu begitu lama untuk hukuman dilaksanakan.

Mereka yang rajin sembahyang, tak kira agama, menunggu dengan tenang dan sudah bersedia. Ada beberapa orang sahaja yang menjadi agresif sehingga ke saat-saat terakhir.

Menurut seorang petugas penjara yang bernama Samuel, ‘Ada sesetengah banduan puas hati dan beritahu saya nasib mereka lebih baik dari saya kerana mereka tahu bila mereka akan mati. Bila kita buka pintu untuk bawa mereka keluar ke bilik gantung, ada yang salam dengan kita dan ucap terima kasih. Mereka kata mereka dah tak tahan lagi menunggu,’ katanya.

Di hari mereka diberitahu hukuman gantung akan dijalankan, mereka akan meminta pena dan kertas untuk nota terakhir.

‘Jangan ikut tabiat buruk ayah’. Itu antara kata-kata terakhir seorang banduan untuk anak-anaknya, yang masih Samuel ingat.

Banduan juga boleh memilih pakaian apa yang hendak dipakainya pada hari hukuman.

‘Ada banduan beragama Islam hanya mahu pakai kemeja T dan seluar sembahyangnya. Ada yang memilih kot dan tali leher. Ada yang pakai kasut berharga RM300. Mati penuh gaya . Banduan itu kata dengan jenaka,’ cerita Samuel.

Hukuman gantung pula hanya dijalankan selepas semua pihak termasuk pengarah dan doktor berpuas hati dengan keadaan banduan pada hari hukuman akan dilaksanakan.

BILA PINTU PERANGKAP RENGGANG

Pintu perangkap di bilik gantung di mana banduan akhir berdiri akan secara automatik renggang sepenuhnya bila ‘gear’ ditarik.

Di bawah lantai pintu perangkap ada ruang kosong dengan ketinggian 5.18 meter.

Bunyi pintu perangkap yang terbuka dengan kuatnya memecah kesunyian suasana penjara.

Menurut Samuel, proses menggantung dari masa banduan dibawa keluar dari bilik menanti ke bilik gantung dan pengarah memberi isyarat kepada tukang gantung untuk menarik ‘gear’ yang akan antaranya membuka pintu perangkap hanya mengambil masa kira-kira 15 saat.

Semuanya perlu dibuat dengan lancar dan menurut Samuel, kematian berlaku dalam masa di antara 30 saat hingga satu minit dan banduan akan diturunkan dan diletak di atas troli selepas setengah jam dibiar tergantung.

‘Saya sering mengingatkan pembantu-pembantu saya supaya menghormati jenazah kerana dia sudah menjalani hukuman. Kalau kita hormat pada dia, semuanya tak ada masalah.

‘Bagi saya pula, kebiasaannya saya akan pandang muka jenazah ini dan letakkan tangan saya di atas dadanya. Ini petua yang diberi oleh bos-bos saya dulu,’ kata Samuel.

Menjalankan tugas khas ini memberikan banyak keinsafan kepada Samuel. Beliau menasihatkan ibu bapa supaya memupuk nilai-nilai murni kepada anak-anak mereka untuk mengelak mereka terjerumus melakukan jenayah.

‘Segala-galanya bermula dari keluarga. Kalau keluarga tak kawal, lingkup. Dadah, umpamanya, kalau seorang dalam keluarga jadi penagih, satu keluarga akan terjejas,’ katanya sambil menjelaskan bahawa kebanyakan kes hukuman gantung adalah berkaitan dengan dadah.
Share sbb ini penting untuk didik anak2..
pakat2 fikir pakat2 renung!!

Tuesday, September 2, 2014

MALAYSIAKU; Di sini Bermula Sebuah Cinta

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

       Kemerdekaan, bukanlah sesuatu yang mudah diperoleh. Masyarakat Palestin hari ini begitu dambakan kemerdekaan daripada penjarah Zionis Israel yang entah bila akan selesai. 
         Di bumi bertuah Malaysia, kita mencapainya melalui perjuangan orang terdahulu. Tidak dapat dinafikan, mereka yang berjuang membebaskan negara ini telah menabur jasa yang bukan sedikit. 
         Tahun ini, kami sekeluarga berpeluang menyaksikan perarakan Hari Kebangsaan Ke-57 di Ipoh. Itupun bukan satu kebetulan, kerana dua orang anak saya terlibat dalam perbarisan unit masing-masing. Qatrunnada terlibat dengan pancaragam SMK Raja Permaisuri Bainun manakal Atif Faizi bersama kawat kaki KRS SBPI Gopeng. 
       Awal pagi lagi kami sekeluarga bertolak ke Ipoh dan tiba di Medan Kidd, sejurus sebelum perarakan bermula. Kelihatan unit kawat kaki badan kerajaan, berkanun, sekolah dan swasta telah bersedia untuk berarak melalui Jalan utama Panglima Bukit Gantang dan melintasi dif kehormat di pentas utama berdepan stesen kereta api Ipoh. Memang ramai pengunjung hadir menyaksikan perarakan ini. Pelbagai kaum daripada etnik yang berbeza termasuk pelancong asing membanjiri bandar raya Ipoh turut menyaksikan detik bermakna ini. Sudah tentulah para peserta perbarisan berasa teruja melintasi pentas diraja, kerana Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, serta Raja Muda, Raja Dihilir dan Menteri Besar dan kepimpinan negeri bakal memberi tabik hormat kepada mereka. 
Kawalan keselamatan oleh tentera bagi melancarkan pergerakan

Peserta kawat perbarisan Politeknbik Ungku Omar
 
Kakyong dan pancaragam SMK Bainun melangkah penuh gaya

Segaknya wira negara melangkah dengan senjata

Skuad motor Bomba dan penyelamat

Aset tentera yang dipertontonkan dalam perbarisan kali ini

Rejimen Tentera Udara Ipoh berpakaian segak penuh tertib

Antara pengunjung yang tidak melepaskan peluang menyaksikan perarakan

Keberangkatan pulang Sultan Perak (foto terlindung..)
 Kemerdekaan ini harus dipertahankan. Semua kaum sepatutnya tidak perlu mencetuskan konflik sesama kita. Malaysia yang aman ini perlukan rakyat yang matang dan saling membantu tidak kira kaum, bahasa dan agama. 

Sayangi Malaysia, bumi tempat kita dilahirkan. 

Di sini, bermula sebuah cinta!

Thursday, August 21, 2014

Warisan (Lagu Sudirman)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini

 Umum mengetahui tema kemerdekaan nengara ke-57 kali ini adalah 'Di sinilahirnya sebuah cinta'. Dari manakah ia diperoleh? Ia sebenarnya adalah lirik baris pertama sebuah lagu patriotik yang dipopularkan oleh Allahyarham Dato' Sudirman Hj Arsyad. Berikut saya coretkan lirik penuh lagu tersebut.

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan

( korus )
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini

Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki

Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menghunus senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini

( ulang korus )

Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan


Lirik Warisan - Sudirman

Sumber : http://www.liriklagumuzika.com/2008/08/lirik-warisan-sudirman.html#ixzz3AyRIXjyT

Tuesday, August 12, 2014

Sambutan Aidilfitri Asrama 2014

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Pada Ahad, 10 Ogos 2014, bertempat di pekarangan Medan Budi, Asrama SMKBS, sambutan aidilfitri diadakan bagi merapatkan hubungan ibu bapa dan warga asrama.

Sebelum itu, diadakan majlis ringkas anugerah kecemerlangan kepada pelajar asrama yang mendapat keputusan peperiksaan pertengahan tahun yang baik baru-baru ini.
Majlis turut diserikan dengan persembahan pelajar asrama putera dengan lagu-lgu nasyid yang menjadi halwa telinga.
Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Bagi yang tidak berjaya, usaha lagi pada akhir tahun nanti kerana kami memberi ganjaran kepada mereka yang cemerlang dalam akademik.

persembahan Nasyid Soutul Saad

Pelajar asrama harapan bersama YDP PIBG dan ibu bapa.

Petugas aspuri turut membantu menagihkan makanan

Keceriaan jelas terpancar di wajah mereka

antara juadah yang disediakan

saling membantu mencedok minuman

Tuesday, August 5, 2014

SEKOLAH SATU SESI: SATU PANDANGAN

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Sistem sekolah satu sesi atau persekolahan sebelah pagi, merupakan hasrat Kementerian Pendidikan yang dijangka dapat dilaksanakan sepenuhnya pada 2017.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pendidikan dipetik sebagai berkata, kurang 20 peratus daripada keseluruhan sekolah di seluruh negara yang masih mengamalkan sistem persekolahan dua sesi. Antara kekangan melaksanakan sekolah satu sesi adalah keperluan menambah bilangan bilik darjah dan mengatasi masalah kekurangan guru. (SINAR; 10 Oktober 2012)
    
Banyak kebaikan daripada pelaksanaan sekolah satu sesi. Antaranya, tempoh masa boleh dilanjutkan dengan menambah satu atau dua jam untuk mata pelajaran Matematik, Sains atau Bahasa Inggeris. Perbelanjaan pengurusan sekolah juga lebih jimat kerana semua pelajar dan guru berada di sekolah pada satu sesi.
Di samping itu, sesi pembelajaran dari pukul 7.30 pagi hingga 3.30 petang memberikan masa yang panjang kepada pelajar untuk belajar dan berinteraksi dengan guru. Dari sudut psikologi pendidikan, pembelajaran sebelah pagi lebih memberi keselesaan kepada pelajar kerana cuaca dan persekitaran pada waktu pagi lebih nyaman dan mengurangkan rasa mengantuk. Justeru, pelajar dapat memberikan tumpuan kepada pembelajaran dan seterusnya memberi kesan yang lebih baik.
Sekolah satu sesi juga memberikan peluang yang lebih selesa kepada sekolah untuk mengadakan kegiatan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum boleh diadakan pada waktu petang dengan lebih mudah untuk mendapatkan bilik kegiatan serta tiada gangguan.
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 juga mensasarkan pelaksanaan sistem persekolahan satu sesi sepenuhnya sekiranya mendapat peruntukan yang besar.

Kendatipun kerajaan melakarkan hasrat yang baik, langkah untuk mewujudkan sekolah satu sesi memerlukan perbelanjaan yang bukan sedikit. Kerajaan perlu mendirikan bangunan bilik darjah yang lebih banyak dan kawasan yang lebih luas diperlukan untuk tujuan terebut. Keaadaan ini sukar untuk dilaksanakan di kawasan bandar kerana kawasan agak terhad, dan kos pembinaannya lebih mahal.

Saya yakin dan percaya, usaha ini dapat dilaksanakan sepenuhnya apabila kita mempunyai kemampuan kewangan yang stabil. Insya-Allah, sekolah satu sesi akan dapat dilaksanakan. 

Wednesday, July 30, 2014

Selamat Menyambut Syawal 1435

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.



Sunday, July 20, 2014

Tragedi MH17 Perbuatan Tidak Berperikemanusiaan

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Add caption
Awal pagi Jumaat 18/7/2014, kita dikejutkan dengan berita pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak jatuh di kawasan bergolak sempadan Ukraine dan Russia.
Sehingga berita ini saya tulis, jumlah mangsa dipastikan seramai 298 orang, dengan majoritinya rakyat Belanda seramai 192 orang dan Malaysia seramai 44 orang (termasuk 15 orang anak kapal).
Pesawat malang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke KLIA, dikatakan ditembak dengan peluru berpandu oleh pemberontak proRussia. Sehingga kini, mereka menafikannya walaupun bukti nyata menunjukkan jenayah ini dilakukan oleh mereka dengan peralatan canggih dibekalkan oleh Russia.

Tidak sampai 5 bulan selepas kehilangan MH370, MAS sekali lagi diuji dengan tragedi ini.
Allah lebih mengetahui  hikmah di sebalik apa yang berlaku.
Ya Allah, berikan keluarga mangsa MH17 kekuatan semangat.
Moga Allah mengampuni roh orang Islam yang menjadi mangsa MH17. Amin

Friday, June 20, 2014

SELAMAT MENTADBIR TEMPAT BAHARU!

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kami terasa kehilangan Puan Kamaliah Ali yang dinaikkan pangkat sebagai Pengetua SMK Dato' Seri Kamaruddin, Sitiawan Perak berkuatkuasa 2 Jun 2014. Beliau sebelum ini adalah Penolong Kanan Pentadbiran dan telah berada di SMKBS lebih 8 tahun. Sebelum ini beliau menjadi Guru Kanan Sains di Selangor dan apabila berpindah ke Seri Samudera, beliau diberikan amanah sebagai Penyelia Petang. Tugas pertama beliau di SMKBS adalah sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan 4 tahun selepas itu diberikan tanggungjawab sebagai Penolong Kanan Pentadbiran.

Patah tumbuh hilang berganti, itulah hukum dunia. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Selamat bertugas di tempat baharu, Puan K!
Orangnya kecil tetapi jiwanya besar dan pergerakannya pantas.

Jasa Puan K tetap dalam ingatan kami di SMKBS

Sebak ketika memberikan ucapan terakhir di perhimpunan bersama pelajar

Beliau mentor dan kakak yang banyak memberikan tunjuk ajar

Wajah-wajah sedih  guru SMKBS yang kehilangan seorang pentadbir yang baik

Ustaz Ahmad Junaidi (depan( dan cikgu Shamsul (Kaunselor)

Tuesday, June 17, 2014

DEMAM PIALA DUNIA 2014

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Kemeriahan pusingan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Dunia yang kini berlangsung di Brazil bagaikan tidak ada penamatnya. Saban hari di media cetak dan media maya, berita tentang kejohanan ini pasti menjadi tatapan kita.
Berita kekalahan juara bertahan Spanyol di tangan Belanda dengan defisit gol yang banyak tentulah menjadi lebih gempar berbanding kekalahan England di tangan Itali. 
Pasukan pilihan saya tentulah tuan rumah, Brazil, manakala lawannya pada akhir nanti biarlah Jerman. Apa pun, itu hanyalah harapan (boleh juga dikatakan ramalan).
Olala Brasil!
Dua minggu terakhir Piala Dunia lebih mencabar dengan bermulanya Ramadhan bulan penuh keberkatan. Janganlah kerana bola,  kita ketepikan peluang untuk mencari pahala buat bekalan ke'sana' nanti. 


Tuesday, May 20, 2014

Nasib Malang Keluarga Pencari Ketam (UPDATE)

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

 Pintu bilik saya diketuk perlahan. Rupanya seorang pelajar lelaki berpakaian biasa datang berjumpa saya. Usai memberi salam, dia memulakan perbualan.
" Cikgu, boleh tak saya mohon cuti?"
Terkejut dengan pertanyaan itu, saya beritahunya tiada cuti untuk murid sekolah, kecuali jika sakit. Itu pun dengan kebenaran doktor.
"Tapi ayah saya sakit, cikgu." Katanya perlahan.
Saya tak mengajarnya tapi saya kenal pelajar ini. Tahun lepas dia mempunyai rekod kehadiran yang baik tahun lalu, walaupun akademiknya sederhana.
"Ayah kamu sakit apa?" Saya cungkil masalahnya.
"Ayah sakit pinggang. Tak boleh jalan. Ayah jatuh semasa kerja kontrak dua minggu lalu."
"Mak kan ada?" Saya meneka.
"Mak jaga adik baru lahir. Saya anak sulung. Kena ganti ayah. Nak cari duit."
"Kamu nak ambil PT3. Kalau tak datang sekolah, kamu rugi tak belajar apa apa. Kamu nak buat apa kalau tak ke sekolah?" Tanya saya lagi.
Dia diam sekejap. Agak lama dia mencari jawapan.
"Saya boleh cari ketam nipah. Kalau jual harganya RM15 sekilo." Katanya lagi.

Jujur sungguh pelajar ini, bisik hati saya. Kalau nak ponteng, tak perlu minta kebenaran. Tapi dia buat sesuatu yang jarang dilakukan oleh pelajar kaki ponteng.  
" Kamu duduk di mana?" Saya menyoalnya. Kali ini nada saya lebih empati, dan ada sedikit sebak. 
Dia memberitahu kedudukan rumahnya, dan saya berjanji datang bertemu ayahnya nanti.
Banyak yang kami bualkan, tapi tak banyak yang boleh saya bantu.
Alhamdulillah petang itu juga saya sempat ke rumahnya. Niat saya untuk mendapatkan  gambaran yang lebih jelas tentang keadaan keluarganya. 

Bagai menanti ketibaan saya, dia duduk di tangga rumah sewa sederhana besar. Adik-adiknya juga ada bermain di keliling rumah.
Ada sumbangan daripada ALUMNI SMKBS yang saya gunakan untuk membeli keperluan seperti Milo, susu, gula dan tepung. Barang-barang itu saya serahkan kepadanya ketika mengunjungi keluarganya petang itu.

"Ayah ada di bilik," Katanya sambil menerima buah tangan yang saya bawa. 
Saya lantas menuju ke bilik yang dimaksudkan. Langkah kaki menjadi longlai melihat kelibat lemah seorang lelaki yang cuba bangun menyambut kedatangan saya.

Melihat keadaannya yang tidak mampu berdiri, saya boleh bayangkan kepayahan yang dilalui keluarganya.
"Saya lahir di kampung ini, tapi berhijrah ikut keluarga semasa usia 12 tahun." katanya tersekat-sekat menahan sakit.
Dalam dua minggu ini, saya tak dapat berjalan jauh. Usahkan berjalan, berdiri lama pun tak mampu, " Katanya bagai menagih simpati saya.
 
Punca rezekinya mencari ketam nipah yang dijual RM15/kilo. 
Sudah sah lelaki itu mengalami lemah pinggang ke kaki sejak 20 hari lalu. 
Sudah sah juga keluarganya sedang menghadapi masalah kewangan. Anaknya ada 6 orang dan seorang daripada mereka anak istimewa. Dua orang keciciran tidak bersekolah dan abangnya yang sulung sudah berkira-kira 'bercuti' untuk menampung keluarga dengan mencari ketam nipah. Tiada caruman Perkeso untuk ayahnya kerana pekerjaannya bermusim. Dia bekerja sebagai pemotong rumput, bertukang rumah dan dibayar gaji harian. Hanya ada bantuan baitulmal RM300 sebulan untuk menyara keluarganya. 
Andainya masih ada sifat dermawan dalam hati anda, boleh hubungi saya atau kunjungi fb berikut:https://www.facebook.com/izzuddin.alihassan
Anak istimewa ini tidak bersekolah kerana kemiskinan

Jangan lihat reban ayam, lihat baju anak kecil ini. Inilah realiti

Encik Amzah Abdullah tidak mampu berdiri apatah berjalan

Lampin kain untuk anak kecil ini sudah jadi kebiasaan
  UPDATE
Begitu banyak pihak yang menyatakan rasa simpati terhadap keluarga malang ini. Tanpa mengira latar belakang politik dan kedudukan, mereka cuba membantu. Antaranya adalah YB ADUN Pasir Panjang, Dato' Rashidi Ibrahim, YB MP Lumut, Kapten (B) Mohd Imran Abdul Hamid, UMNO, Muslimat PAS, ALUMNI SMKBS, PIBG, Kelab Rekreasi Manjung Cycling Team (MCT) dan orang perseorangan. Terima kasih tidak terhingga saya ucapkan. Moga anak-anak keluarga malang ini dapat bersekolah seperti biasa.

MENJADI TUA ADALAH FITRAH, BUKAN SEMUA INSAN MENIKMATINYA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Pagi Rabu 11 .12.2024, menjadi tarik...