Friday, March 3, 2017

Hidung Berdarah, Jangan Pandang Ringan

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

USAH pandang ringan jika ada diantara anda mengalami masalah hidung berdarah atau tersumbat, terutama pada sebelah bahagian saja.

Anda mungkin hanya menyangka suhu badan terlalu panas hingga darah keluar dari hidung atau hidung tersumbat disebabkan selesema sahaja, hati-hati jika sangkaan anda meleset dan sebaliknya, bahaya menanti sekiranya ia adalah gejala Kanser Hidung.

Walaupun ia menyerupai gejala masalah kesihatan biasa yang lain, ia sebenarnya antara gejala kanser hidung atau nasopharyngeal carcinoma (NPC) yang boleh membawa maut.

Kanser ini terjadi pada bahagian belakang hidung dan di atas tekak pesakit.

Pesakit kanser hidung juga selalunya tidak menyedari mereka menghidap penyakit itu kerana cuma mengalami sakit biasa seperti bengkak di leher, telinga berdengung di sebelah bahagian, sakit kepala yang berterusan mahupun penglihatan kabur atau imej yang dilihat agak berbayang.

Risiko lelaki mengidap kanser hidung dua kali ganda lebih tinggi berbanding wanita.

Di Malaysia, penyakit ini sering dihidapi lelaki berbangsa Cina dengan nisbah 14:100,000 manakala perempuan Cina (3.8).

Di kalangan lelaki Melayu, daripada 100,000 orang, empat mungkin terdedah penyakit itu manakala wanita Melayu dengan nisbah 1.3. Masyarakat dikalangan kaum India paling sedikit dikesan mengalami masalah itu iaitu 1:100,000 (lelaki) dan 0.2 (wanita).

Mereka yang telah menjangkau usia 50 hingga 69 tahun lebih terdedah kepada risiko kanser hidung. Antara punca penyakit pembunuh ini ialah genetik keturunan, faktor pemakanan, terutama makanan yang diawet dengan kandungan garam tinggi seperti ikan masin dan sayuran jeruk serta jangkitan kuman Epstein-Barr Virus (EBV).

Kebanyakan kanser berpunca daripada sel yang menyerang tetapi untuk NPC, serangan virus memang terbukti menjadi antara puncanya kerana ia terkandung dalam sel kanser hidung.

Individu yang pernah diserang virus EBV sebelumnya, dalam masa 10 tahun boleh mendapat 200 kali lebih tinggi kanser hidung berbanding mereka yang bebas daripada virus itu.

Jangkitan EBV juga boleh merebak melalui ciuman, air liur, jangkitan sakit tekak dan faktor kebersihan lainnya. Mereka yang terdedah dengan persekitaran kotor atau tidak menjaga kebersihan boleh mendapat jangkitan kuman berkenaan.

Pakar Perunding Hidung, Telinga dan Tekak Pusat Perubatan Taman Desa, Dr Khairuzzana Baharuddin, berkata kanser hidung boleh dirawat dan disebabkan itu, kesedaran masyarakat mengenai gejala berkenaan perlu dipertingkatkan lagi kini.

“Ia tidak dialami di seluruh dunia tetapi lebih banyak dihidap penduduk di Asia dan Afrika. Kanser hidung direkodkan paling banyak berlaku di China.

“Bagi mereka yang tidak mempunyai gejala ini, pencegahan dan pengesanan awal boleh dilakukan dengan cara menjalani ujian darah (EBV serology) atau pemeriksaan menggunakan kamera melalui hidung (teleskop kamera). Ujian ini digalakkan untuk masyarakat Cina dan mereka yang ada ahli keluarga menghidap kanser hidung,”

katanya.

Jika masalah ini dapat dikesan lebih awal, jangka masa untuk pulih adalah lebih cepat. Misalnya, 90% penghidap kanser hidung tahap satu menunjukkan tindak balas positif pada rawatan dan dapat memanjangkan lagi jangka hayat mereka lebih daripada lima tahun.

Lewat sedar, membunuh

Malangnya, kurang 10% pesakit mendapatkan rawatan pada tahap awal menghidap kanser itu, sebaliknya kebanyakan pesakit datang berjumpa doktor apabila penyakit itu di tahap serius.

Menurutnya lagi, jika lambat mendapatkan rawatan, kanser hidung boleh merebak ke mata hingga pangkal otak.

Penghidap kanser hidung tahap satu yang cepat mendapatkan rawatan boleh bertahan hidup lima hingga 10 tahun manakala pada tahap tiga atau empat, jangka hayat mereka untuk bertahan selama lima tahun kira-kira 30 hingga 40 peratus.

Rawatan untuk penyakit ini ialah kemoterapi dan radioterapi. Pesakit yang menjalani kemoterapi dan radioterapi tetapi selepas itu penyakit berkenaan menyerang kembali perlu menjalani pembedahan.

Jika masalah terjadi di leher, pembedahan membuang bahagian diserang kanser akan dilakukan manakala jika di hidung, pesakit akan menjalani prosedur endoskopi.

Lebih kurang 70%s pesakit kanser hidung mempunyai bengkak di leher yang berbentuk berbiji-biji.

Sudah dua hari sejak semalam, hidung saya berdarah ketika bangun daripada tidur. 

sumber : http://www.suarapeople.com/2012/10/jangan-perlekeh-hidung-berdarah/

2 comments:

  1. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  2. Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
    sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
    Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
    NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan