Monday, March 13, 2017

KOMENSMEN NPQEL DI USIM NILAI

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Lebih 850 orang pentadbir khususnya Penolong Kanan yang telah lulus Kursus Kelayakan Profesionalisme Pemimpin Pendidikan atau NPQEL telah menerima diploma masing-masing dalam satu majlis Komensmen anjuran Institut Aminuddin Baki (IAB) di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, negeri Sembilan pada Sabtu 11 Mac 2017.

Tentulah saya juga berasa bangga kerana dapat bersama mereka dalam majlis yang diadakan dua sesi, iaitu pada sebelah pagi untuk ambilan 1/2016, dan sebelah petang untuk ambilan 2/2016. 

Pelbagai pahit manis selama 6 bulan bergelar pelajar 'lama' yang terpaksa mengasah kembali saraf neuron untuk belajar semula, menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan, khususnya dalam kumpulan kami, SMG3 seramai 31 orang. 

Daripada jumlah tersebut, 8 orang sudah pun menerima amanah sebagai pengetua, bermula daripada Cikgu Rozemi, Cikgu Mohamad Saad, Cikgu Kasmiyati, Cikgu Anuar Lela, Ustaz Ahmad, Cikgu Jee, Cikgu Ravi dan Cikgu Tajul Ariffin. 

Dengan rasa syukur kepada Allah, saya panjatkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada isteri tersayang, Wan Akmal dan anak-anak, di samping sokongan semua rakan guru SMK Seri Samudera, khususnya pengetua, Puan Sabarina Jamaluddin yang begitu banyak membantu khususnya dalam melengkapkan kerja kursus sandaran. 

Saya kongsikan beberapa keping foto yang sempat dirakamkan di komensmen Sabtu lalu.
Inilah penyokong dan pendorong saya selama ini

Rakan SMG3 yang jatuh bangun bersama selama 6 bulan di IABGH

Haji Aziz, saya dan puan Sanafiza

Hanya 2 orang anak perempuan yang dapat menyertai kami di USIM

No comments:

Post a Comment

Jejak yang ditinggalkan

DAMAILAH IJAN, WIRA NEGARA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Keranda jenazah Ijan dibawa ke masji...