Saturday, March 18, 2017

Jazmi Belum Lagi Dapat Melihat

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini.

Grup whatapps KK5 UPM mendapat perkhabaran tentang kesihatan seorang rakan kami baru-baru ini. Berita mengejutkan adalah dia mengalami 'kebutaan' secara tiba-tiba, dalam masa yang singkat tanpa sebarang sebab yang jelas. 

Selepas solat maghrib, saya menghubungi nombor telefon yang diberikan. 

Apabila dapat mendengar suaranya, terus saya tanya tentang matanya.

"Beginilah aku, Din... Tak nampak apa dah," katanya dalam perbualan kami. 

Saya rasa sebak tiba-tiba. Mana tidaknya, Jazmi@Kodoq yang saya kenal semasa di kolej kelima UPM dulu seorang yang ceria. Dia tak lekang dengan dialek Terengganunya, dan mudah tersenyum.

"Aku dah jadi OKU dah Din.." Katanya lagi. Kali ini nadanya pula yang sebak. 
Jazmi di Wad 6A, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar

Kami sama-sama terdiam sebentar. Kemudian dia menyambung perbualan. 

"Kena redhalah dengan apa yang berlaku." Katanya bagai berserah kepada nasib.

"Apa kata doktor?" Saya cuba ubah suasana.

"Doc nak tengok dalam seminggu dua ni, masuk ubat steroid dulu." Jazmi bersuara lagi. 

"Insyaallah.. Ada peluang sembuh," Saya pujuk Jazmi, supaya hilang rawan hatinya.

"Entahlah Din, .. Doc suspect ada ketumbuhan, tu sebab dua dua mata tak nampak."

Ayatnya benar-benar mengejutkan saya. Tapi suaranya cukup tenang. 

Saya memejamkan mata seketika. Dalam keadaan gelap, muncul perasaan gelisah, tak selesa, takut dan seumpamanya. Namun bagi Jazmi, sudah lebih seminggu dia berada dalam kegelapan. Saya harap dia kuat semangat.  

Pagi tadi saya mesej Rabiah, isterinya, bertanya keadaan Jazmi.

Pendek sahaja mesejnya.

'Tiada perubahan..'

Kami sepakat membuat tabung 'Prihatin Bantu Jazmi' dalam kalangan rakan-rakan yang sedia untuk membantunya. Jika anda mempunyai ihsan untuk membantunya, sumbangan boleh disalurkan melalui Maybank Hj Khairul Anuar Ismail 1011-6914-6403. 

Hj Khairul adalah bendahari kami yang dilantik untuk menguruskan tabung tersebut. 

Sila maklumkan kepada saya jumlah sumbangan dan nama bagi tujuan rekod kami (whatapps 0135106454)

8 comments:

  1. Assalamualaikum, saya bekas pelajar beliau, boleh saya tahu hospital mana beliau admitted.?

    ReplyDelete
  2. Hospital sultanah bahiyah tingkat 6

    ReplyDelete
  3. Semoga cikgu jazmi diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusannya

    ReplyDelete
  4. Moga ckgu jazmi sabar dgn ujian Allah. Syafakallah. Ex student smpt ckgu jazmi ajar bio .

    ReplyDelete
  5. Semoga cepat sembuh Cikgu. Aamiin

    ReplyDelete
  6. Cg jazmi orgnya yg suka melawak...dia klau jmpa student dia...selalu tegur...semoga cg jazmi diberi kesembuhan sepenuhnya dan kembali mengajar seperti biasa..in shaa allah

    ReplyDelete
  7. Cg jazmi orgnya yg suka melawak...dia klau jmpa student dia...selalu tegur...semoga cg jazmi diberi kesembuhan sepenuhnya dan kembali mengajar seperti biasa..in shaa allah

    ReplyDelete

Jejak yang ditinggalkan

MENJALA TALAPIA

Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog ini. Saya menghargai perkongsian pendapat dan cerita di sini. Agak lama juga saya tidak menjala ik...